rahsia turunkan berat badan

Rahsia Turunkan Berat Badan Dengan Cepat & Sihat Sebab Nak Lawa Punya Fasal

Tengok kalendar sekarang.

Kurang 10 hari je lagi kita nak sambut Syawal bersama keluarga & seluruh sanak-saudara serta sahabat handai. Tengok pula baju lama, aduh, dah x muat pakai (kompemla jap lagi kena gi cari banyak baju baru)

Tragedi cemas begini bukan kisah dongeng.

Rata-rata wanita yang selepas bersalin atau yang dah wean off susu badanlah yang dihantui masalah berat badan yang mendadak.

Tips & Rahsia Turun Berat Badan Dengan Cara YangĀ Sihat

Memandangkan di bulan Ramadhan ni bulan kita melatih hawa nafsu, apa kata kita disiplin kan sikit diri kita. Tak susah pun, inshaa Allah.

Ops jom lebih positif! MUDAH je ni nak amalkan…

Hendak sejuta daya kan.. šŸ˜‰

Rahsia Turunkan Berat Badan 1: Lebihkan Serat

  • Dalam makanan harian kita, serat boleh didapati dengan banyak melalui pengambilan sayur-sayuran & buah-buahan. Pelbagaikan jenis sayur & buah bagi mengelakkan rasa jemu.
  • Nasi dari beras perang juga mengandungi serat yang lebih tinggi. Kalau tak biasa, memang kita akan pada mulanya rasa tak sedapnye makan nasi dari beras perang ni. Walaupun macam tak best, tapi nasi dari beras perang dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama berbanding nasi putih. Cuba & amalkan dahulu. Ingat balik motif kita yang sebenarnya.
  • Kalau dulu kita mungkin lebih gemar ambil roti putih, apakata kali ini kita tukar je pada roti serat penuh.

 

Rahsia Turunkan Berat Badan 2: Amalkan Minum Air Kosong Suam

  • Air adalah medium utama yang berperanan penting dalamĀ sistem pengangkutan dalam tubuh badan kita.
  • Setiap 25 kg berat badan, kita perlukan 1 liter air kosong setiap hari.

Rahsia Turunkan Berat Badan 3: Hentikan Minuman Berkarbonat

  • Kajian telah menunjukkan air berkarbonat mengandungi gula pada kadar yang tinggi.
  • Gula adalah musuh utama kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ini kerana, gula yang tidak digunakan sepenuhnya menjadi tenaga akan disimpan di dalam tubuh sebagai lemak. For sure kita tak nak tambah lemak tak perlu lagi kan?

Rahsia Turunkan Berat Badan 4: Kerap Minum Air Limau

  • Air limau kalau boleh letak sedikit saja gula ya. Kalau boleh minum tanpa gula lagi baikĀ  šŸ˜‰
  • Air limau juga boleh merujuk pada air lemon. Cuma jika dibandingkan antara limau & lemon, sudah tentu kosnya jauh berbeza (lemon lagi mahal dari limau). Tapi, khasiat antara limau & lemon jika diukur dari segi kalori, kadar fiber & karbohidrat tidaklah banyak perbezaannya.

Rahsia Turunkan Berat Badan 5: Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Harian

Menurut kadar yang disarankan (RDA), secara puratanya kita memerlukan sejumlah protein seperti berikut:

  • Wanita (19 – 50 tahun) : 45 gm protein sehari
  • Lelaki (19 – 50 tahun) : 55.5 gm protein sehari

Bayangkan ini adalah keperluan yang sebenar yang kita perlukan setiap hari. Bagaimana pula nak ukur banyak mana protein yang kita kena ambik?

rahsia turunkan berat badan
Ini sekadar contoh beberapa jenis protein. Semua bahan dalam keadaan mentah melainkan dinyatakan (spt cooked/ boiled)

Apa makanan/ minuman sumber protein yang bagus?

  • Ikan, daging (tanpa lemak), ayam (buang lemak & kulit), telur, kekacang, susu, hasil tenusu seperti keju.
  • Saya sarankan, kita sediakan sendiri makanan untuk berdiet ni sebab kita lebih tahu apa persediaan sebelum & selepas memasak. Jadi tak lah timbul bahan mentah dah OK tapi banyak pula perasa (garam/gula/penambah perasa) yangĀ Ā ditambah.
  • Paling-paling tak rajin pun, kita boleh sediakan semua makanan tadi dengan cara mengukus ataupun membakar.Ā Sekarang ni kan dah banyak pemanggang ajaib di pasaran kan? Bolehlah guna untuk menyediakan makanan tanpa perlu menggoreng šŸ˜‰

X rajin memasak?Ā  šŸ˜†

Oh ok, worst come to worst, ambik jela suplemen protein yang terbaik macam yang pernah diceritakan kat sini.

Semoga kita semua boleh memanfaatkan 5 rahsia turunkan berat badan tadi demiĀ kesihatan yang lebih baik! :mrgreen:

Rujukan: Nutrition for life, Lisa Hark & Dr Darwin Deen, Dorling Kindersley, 2005

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge