raya musim PKP

Raya Musim PKP Cara Kami | Aidilfitri 2020 | Syawal 1441H

Selamat hari Raya semua!!

Maaf Zahir & Batin tau. Walau kita semua jauh, namun kita sebenarnya boleh sentiasa dekat di hati. Teknologi dah semakin canggih untuk mendekatkan kita antara satu sama lain.

Tahun ni kami sepatutnya beraya di Kedah pada hari raya pertama.

Namun, redha & akur, stay at where we are now, kami bersyukur dapat beraya bersama keluarga di sebelah mentua di Terengganu. Raya di rumah saja, bersama ibu & adik-adik.

raya musim PKP

Raya Musim PKP Cara Kami

Cerita Sehari Sebelum Raya

Sehari sebelum raya, Alhamdulillah dapat jumpa daun kelapa. Tak sangka harganya wow betul. Sebab selama ni tak penah beli. Kat Kedah, kami guna pucuk daun dari pokok kelapa yang ayah tanam. Rendah je pokoknya.

1st time lah kat rumah mentua di Kemaman ni, saya anyam & siapkan sarung untuk kami merebus ketupat dari daun kelapa. Sementara di sebelah kampung saya di utara, mak & ayah memang dah jadikan rutin kami untuk memasak 2 jenis ketupat.

Mak – ketupat palas

Ayah – ketupat sate

Namun sedih betul. Asbab kami tak dapat balik, ayah hilang mood nak anyam & buat ketupat sate sorang-sorang. Biasanya ada saya atau adik bongsu yang kerja di KL yang turut sama bantu ayah siapkan anyaman & isi beras. Namun apakan daya. Redho saja kami sekeluarga.

Sementara itu, kami di sini Alhamdulillah dengan bantuan ibu mertua & adik ipar, siap jua sampai jadi ketupatnya. Risau jugak sebab selalunya kerja merebus ketupat tu ayah & mak je yg biasa buat. My bad.. Insof lah. Lepas ni boleh dah tlg mak ayah siapkan dari A to Z..

Besar betul hikmah Raya Musim PKP ni.

Cerita Pagi Raya

Bangun awal pagi, dah siap-siap kejut anak-anak mandi. Tak boleh lupa, rutin dari kecik mak dah ajar, untuk mandi sunat Aildilfitri.

Kami alas perut dulu sambil sarungkan baju baru.

Alhamdulillah sempat beli online baru raya saya & anak-anak. Baju sedondon saya & Auni saya beli dari Kak Irda Bay .    Mujur semua sempat sampai sebelum raya. Bukan apa, kami sekeluarga ni pakaian memang hampir sehelai sepinggang.

Setiap 2 hari wajib basuh skali baju untuk ada bekalan pakaian bersih di hari esoknya. Packing asal pun untuk balik cuti seminggu. Dah biasa ala-ala backpack gitu.

Maka, redo jugalah kami untuk beli baju baru.. Yeayyy.. Another hikmah Raya Musim PKP

Ok sampai sini jelah coretan Raya Aidilfitri 2020 kami.

Video dalam Youtube tu memang dah ceritakan apa aktiviti kami sepanjang hari raya. Jemput tonton, like & subscribe lah skali ya. TQ korangsss.

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge