Beberapa hari lepas ada bertanya suami, apa masakan dari daging yang dia nak makan untuk bersahur.
Kami berdua sepanjang bulan puasa ni memang tak berapa makan berat selepas berbuka puasa. Jadi, kami makan berat hanya tiap kali masa bersahur.
Jadi, encik suami pun request la nak makan daging masak kicap.
Ni saya nak share resepi daging masak kicap yang memang sedap, mudah & cepat juga nak disediakan.
Resepi Daging Masak Kicap
100 gm daging lembu dihiris nipis
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar Holland dimayang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Kicap pekat manis ABC
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
2 sudu besar minyak
Hirisan tomato (jika mahu)
Hirisan cili merah (jika mahu)
Cara-cara Menyediakan Daging Masak Kicap
- Perapkan hirisan daging lembu dengan serbuk lada hitam, garam & kicap pekat manis ABC. Biarkan dalam 1 -2 jam sebelum memasak.
Saya siapkan perapan ni petang sebelum berbuka puasa & simpan di dalam peti sejuk. Tengah malam baru saya mula memasak untuk sahur. Terpulang pada puan-puan untuk mula perap bila. Minimum sejam pun inshaa Allah perapan dah menjadi.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih & bawang besar Holland sehingga terbit bau.
- Masukkan perapan daging & tutupkan kuali. Pastikan api dapur sederhana supaya daging dapat masak empuk tanpa hangus.
- Boleh tambah sedikit air kalau nampak daging hampir kering.
- Apabila daging sudah empuk, tambahkan air asam jawa.
- Tambah hirisan cili merah & tomato jika suka.
- Tutup api & siap untuk dihidangkan.
Senang kan? Orang yang tak reti masak pun boleh sangatlah masak lauk ni
Selamat mencuba..
Waaa sedapnye nampak…
Kicap ABC Semudah ABC hehe..
Ini memang fav saya, nenek saudara selalu buat. Memang sedap. Empuk je dagingnya.
radin fadli recently posted…Review: Thistle™ Johor Bahru
daging kicap feberet 1 keluarga ni..kicap 1 botol tak cukup sebulan…asyik2 masak kicap hihi
Aniey Yusoff recently posted…Mereka Ini Berjaya Berhenti Merokok Dengan Cara Luar Biasa!
Sy sudah buat.. Tq sis.. Snang dan simple….
sama2… best bila masak dengan air tangan sendiri… 🙂
ibu Uddin & Auni recently posted…Punca & 6 Cara Mengawal Penyakit Gout Supaya Tak Melarat
Tqqqq resipi simple sangat!!! Sy dah cuba & tambah halia, rempah. Skrg da jadi menu mingguan.tq!!!!
Alhamdulillah.. bolehla buat lauk sahur nnt 🙂
ibu Uddin & Auni recently posted…ODA Vitamin: Apa Beza ODA & RDA Dalam Pengambilan Vitamin Setiap Hari?