Resepi Gulai Ikan Salmon Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari

Assalamu’alaikum & salam sejahtera semua.

Dah tengahari ni, so, mesti masing-masing sibuk menghadap lunch masing-masing kat pejabat atau pun di rumah.

Oh sebelum tu, teringat ada orang kata tak elok makan banyak sangat gulai & kari kepala ikan ni?

Betul ke? Katanya sampai boleh naikkan tekanan darah tinggi? Betul ke tak betul, ni ada video pasal tekanan darah tinggi

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Nak dijadikan cerita, semalam kami di AEON Taman Universiti ada membeli sedikit keperluan rumah. Ketika melintasi kawasan sushi ternampak baki ikan salmon yang terdiri daripada kepala ikan salmon & sedikit bahagian tulang & isi untuk dijual. Murah je. RM10 +, tak sampai RM11. Biasanya ini adalah baki ikan salmon yang diorang guna untuk buat sushi salmon tu. Diorang ambik isi je. Yang lain termasuk tulang memang akan diasingkan.

resepi gulai ikan salmon
kebetulan sungguh dapat beli bahagian salmon yg ini kat area sushi

Pagi tadi saje la sambil cerita dengan adik beradik online ku dengan topik kepala salmon. Mana taknya, saya dari pagi tadi cari resepi gulai ikan salmon. Yang ada banyak dalam carian adalah resepi sup ikan salmon.

Hehe.. Riuh jugak bunyi nya. Sampai la terkeluar topik gulai.

Gulai menurut bahasa & fahaman orang Kedah lebih kepada masakan yang berasaskan santan & rempah kari. Kari ikan dipanggil gulai ikan. Kari daging adalah gulai daging. Masakan gulai yang sangat ingat dari air tangan mak saya yang orang Kedah ni ialah gulai pisang, gulai ikan kering, gulai dalca. Semua gulai ni mesti ada sedikit rempah kari & juga santan. Kalau lauk kurma biasa mak sebut kurma ayam atau kurma daging. Takde istilah gulai di hadapannya. Hehe..

Berbeza pula dengan fahaman di negeri Perak & juga di Terengganu. Asalkan masakan ada santan semuanya disebut gulai. Contoh:  gulai kari, gulai kurma, gulai lemak & gulai tempoyak. Kat Terengganu biasa suami suka sebut gulai itik bila ada itik yang dimasak bersama rempah & sedikit santan.

Ni saya Google balik “Resepi Kari Kepala Salmon”. Terjumpa jugak akhirnya. Resepi penuh ni saya dapat dari http://khairulabdullah.com/resepi-mudah-kari-kepala-ikan-salmon/.

Sebenarnya sama je macam masak gulai ikan biasa. Takde beza pun.
Bahan asas buat gulai ikan (cara mak saya di utara):
  • Santan
  • Rempah kari ikan
  • Halba campur
  • Bawang besar/ bawang merah
  • Bawang putih
  • Air asam jawa
  • Ikan

Kalau ada tambahan pun macam kacang bendi / tomato / daun kari.

Disebabkan bahan yang limited inilah hasilnya… Tadaaa…

resepi gulai ikan salmon
ninadalah gulai sebenanye bukan kari

Saya main campak-campak je ni sebenanye.

Oklah bagi korang yang memang nak sukat-sukat bahan, boleh jenguk resepi gulai ikan salmon yang mudah by isteri kepada Khairul Abdullah tadi ni. Boleh apply jugak untuk ikan yang lain.

resepi gulai ikan salmon

Beza cara saya adalah saya meletakkan santan dalam gulai ikan salmon saya tadi ni. Saya juga tak letak cili langsung. Memang plain kari + santan + ikan… hehehe..

resepi gulai ikan salmon

Gulai ikan salmon sama juga seperti gulai ikan yang lain. Sedap dimakan bersama nasi putih, ulam-ulaman & sedikit sambal belacan jika mahu. Biasanya keesokkan pagi kuah gulai ikan boleh dicicah dengan roti atau roti canai. Memang best!!!

Oklah selamat mencuba semua. 🙂

Kot ada yang ada masalah kolesterol tinggi atau masalah tekanan darah tinggi macam lelaki dalam video tadi, apa lagi, ikuti saja semua tips yang dikongsikan.

Nak tengok lagi video tadi?

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Perlukan suplemen yang sama & konsultasi?

Hubungi kami

019-7646021

fb: Produk Vitamin Semulajadi

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Resepi Gulai Ikan Salmon Yang Sedap Sehingga Menjilat Jari”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge