resepi kue tiaw hong kong

Resepi Kue Tiaw Hong Kong Yang Sedap & Mudah Nak DiMasak

Sebenarnya paling mudah, order jelah kue tiaw hong kong kat mana-mana gerai masakan panas ala Thai.. kan..kan..

Hihi.. tapi ada kalanya lagi best kita masak sendiri kat rumah. Lagi bersih & lagi menyihatkan sebab kita tahu apa yang kita sediakan.  😉

Apatah lagi kalau masakan tu memang dah jadi feveret seisi rumah.

Suami & anak saya agak gemarkan kue tiaw hong kong ni. Rafiuddin sebut kue tiaw hong kong sebagai “mi telur”.. haha  :mrgreen:

Oklah saya share resepi kue tiaw hong kong yang mudah untuk disediakan. Ini adalah cara saya & ia menjadi kegemaran suami & anak-anak. Boleh modify mana-mana yang anda lebih suka ya.

Resepi Kue Tiaw Hong Kong Mudah & Sedap

Bahan-bahan untuk kuah kue tiaw hong kong:

100 gm udang (dibersihkan)

100 gm isi ayam (dipotong dadu)

3 ulas bawang putih (dicincang/ketuk)

1/2 labu bawang holland (dipotong kasar)

1 inci halia (dihiris halus panjang-panjang)

1 ikat kailan (dibersihkan & dipotong kasar)

1 batang lobak merah (dipotong panjang-panjang)

100 gm cendawan tiram (belah kasar)

1/4 biji bunga kubis (dipotong kasar)

1 biji cili hidup (dihiris kasar)

Sedikit daun ketumbar (dihiris kasar)

Serbuk lada sulah

Garam secukup rasa

2 sudu besar Sos tiram 

Stok ayam (optional)

1 liter air bertapis (ikut sukatan yang disukai)

Minyak untuk menumis

resepi kue tiaw hong kong

================================

Bahan-bahan untuk kue tiaw hong kong

500 gm kue tiaw (dibersihkan & ditoskan)

2-3 biji telur ayam

Garam (secukup rasa)

Sedikit lada sulah

 Minyak untuk goreng ‘deep fright’

====================================

Cara Memasak Kuah Kue Tiaw Hong Kong

  1. Gorengkan udang dalam periuk kuah sehingga separuh masak
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sebentar bersama-sama udang tadi
  3. Masukkan isi ayam. Sekiranya nak tukar rencah kepada sotong/ daging, boleh juga. Lagi banyak rencah lagi meriah & lagi sedap.
  4. Masukkan cendawan, lobak merah & hirisan batang kailan. Masak sebentar.
  5. Tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan stok ayam.
  7. Tambahkan sayur-sayur yang lain. Bunga kubis, daun kailan, daun ketumbar & hirisan cili merah.
  8. Perasakan dengan garam & sedikit lada sulah. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.

resepi kue tiaw hong kong

Sekiranya anda suka kuahnya pekat, boleh tambahkan 1 sudu bancuhan tepung jagung ke dalam kuah kue tiaw hong kong ini di akhir langkah memasak tadi.

====================================

Cara Memasak Kue Tiaw Hong Kong

  1. Pukul sebiji telur di dalam mangkuk
  2. Perasakan dengan garam & sedikit lada sulah
  3. Masukkan sedikit kue tiaw di dalam telur tadi & gaul sehingga rata.
  4. Goreng kue tiaw di dalam minyak yang banyak & panas sehingga garing. Siap untuk dihidangkan bersama kuah tadi.

Saya suka gorengkan sedikit demi sedikit kue tiaw ni. Maksudnya 1 biji telur untuk 1 pinggan kue tiaw. Ulang lagi bancuhan telur untuk bahagian kue tiaw yang seterusnya. Ini bertujuan mendapatkan kue tiaw yang garing.

resepi kue tiaw hong kong

Seterusnya hanya perlu siram kuah ke atas gorengan kue tiaw yang garing tadi. Tadaaa! Sedia untuk dimakan. 😉

resepi kue tiaw hong kong
best masak sendiri sebab boleh letak banyak sayur kegemaran.. Nyum!

Boleh juga ditambah serbuk bawang goreng & kicap pedas jika mahu.

Senang je kan nak masak resepi kue tiaw hong kong ni?

Selamat mencuba!  😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge