Resepi Mudah Bubur Pesakit Rotavirus

Sepanjang Auni Batrisyia berada di dalam wad atas sebab rotavirus, saya memesan hanya bubur nasi untuknya. Sementara itu, Rafiuddin pula perlu berpuasa kerana perlu menjalani pembedahan appendix akibat serangan rotavirus ini.

Sesudah discaj, doktor menyarankan hanya bubur nasi & lauk-lauk stim sahaja untuk mereka berdua disamping menghindari makanan manis & susu buat sementara waktu (3-5 hari)

Selera makan semakin bertambah

Memang tidak menyangka, selera makan Auni Batrisyia menjadi semakin bertambah selepas pulih dari jangkitan rotavirus ini. Kadang-kadang agak kalut juga sebab belum sempat masak, dia dah merengek menunggu depan pagar sebelum ke dapur.

Kali ni saya nak kongsikan resepi mudah bubur khusus untuk anak-anak yang baru sahaja pulih dari jangkitan rotavirus. Bubur ini juga sesuai dimakan untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan.

Bubur Nasi Ikan Genius (2-4 sajian)

Bahan-bahan untuk bubur nasi

  • 3 sudu besar beras
  • 300 ml air bertapis/ air mineral

Bahan-bahan untuk sup ikan genius

ikan merah, gambar sekadar hiasan
  • sepotong ikan merah
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/3 biji brokoli
  • 1 inci halia
  • 5 biji lada hitam
  • 2 ulas bawang putih
  • garam secukup rasa
  • lada sulah secukup rasa
  • 100 ml air bertapis/ air mineral
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sebiji kapsul Omega Guard Shaklee

 

Cara-cara menyediakannya

(A) Bubur Nasi

  1. Didihkan air dalam periuk yang agak kecil
  2. Setelah air mendidih, masukkan beras. Masak sehingga menjadi bubur. Sejukkan.
ni terlebih air. sila ikut sukatan yg diberi

(B) Sup Ikan Genius

  1. Tumis bawang putih, halia & lada hitam
  2. Masukkan air & didihkan.
  3. Tambah lobak merah. Biarkan lobak merah empuk seketika.
  4. Masukkan ikan & biarkan ikan masak dalam lebih kurang 5-10 minit.
  5. Tambahkan brokoli, lada sulah & perasakan dengan garam.
  6. Tutup api apabila brokoli telah empuk. Sejukkan sup sebelum dihidang.
  7. Apabila sup sejuk, koyakkan kapsul Omega Guard & picit keluar minyak ikan ke dalam sup.
resepi mudah bubur
cukup hanya sebiji utk 2-4 sajian bubur nasi ini

minyak ikan Omega Guard yang tulen dan bukan dari minyak hati ikan

resepi mudah bubur
sup ikan genius dah tinggal separuh baru teringat nak capture

 

Masa nak suap, pastikan isi ikan diasingkan dari tulangnya.  Lecek-lecekkan sayur-sayuran & ikan nya yang tanpa tulang ini untuk memudahkan penghadaman.

Bubur ini sangat cepat & mudah untuk disediakan. Selamat mencuba.

Kenapakah saya menambahkan sebiji kapsul Omega Guard?

Apakah khasiatnya?

  • Omega Guard adalah dari minyak ikan tulen yang melalui penyulingan proprietari 3 molekul bagi memastikan ketulenan & bebas dari logam berat & sisa industri yang berbahaya
  • Omega Guard membantu perkembangan memori
  • Minyak ikan ini dapat membantu meningkatkan sistem imun serta membantu menyihatkan paru-paru

Semoga resepi mudah bubur ini bermanfaat.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Omega Guard mahupun sebarang vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi beserta tips panduan pemakanan yg betul, eksklusif & konsultasi yg berterusan, saya adalah wakil pengedar sah & bertauliah anda. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi saya seperti butiran berikut:

Nama: Zaleha Abdul Salam

Email: produkvitaminsemulajadi@gmail.com

Phone/message/whatsapp: 019-7646021

Postage serendah RM6 (S/M) maksimum sehingga RM20 (S/S)

COD sekitar UTM Skudai, Taman Universiti, Skudai, Senai, Kulai & Johor Bahru

Klik

SENARAI PENUH HARGA VITAMIN SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE

HARGA SET PENJAGAAN RAMBUT SHAKLEE

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge