Resepi Nasi Lemak Mudah Disediakan Sedap Hingga Licin Sepinggan

resepi nasi lemak

Assalamu’alaikum & selamat petang 😀

Awal pagi tadi sejurus selepas solat Subuh, dah terbayang-bayang nak ke pasar sebab nak beli bahan-bahan basah untuk memasak selama seminggu.

Dalam kepala dah senaraikan jugak bahan-bahan untuk prepare nasi lemak istimewa untuk seisi rumah hari tu.

Ala.. tak banyak pun bahan yang perlu disediakan untuk masak nasi lemak ni. Jap lagi saya senaraikan.

Sebelum tu, nak cerita kisah di sebalik resepi nasi lemak yang saya guna ni.

Nasi lemak ni saya sediakan seperti cara mak saya.

Dulu mak berniaga nasi lemak & kuih-kuih tradisional selama hampir 10 tahun jika tak salah saya.

sekadar hiasan.. tak penah sempat simpan gambar nasi lemak mak jual

Keenakkan rasa & bau harum nasi lemak yang mak sediakan seawal jam 4 pagi setiap hari masih terbayang-bayang dalam ingatan.

Mak guna daun pisang untuk membungkus nasi lemak yang dijual di hadapan kilang-kilang kat belakang kawasan perumahan kami di Sungai Petani dulu.
Memang laku sangat.

contoh cam gini la.. sama macam cara mak jual dulu.

Zaman tu sebungkus 40 sen je mak jual. Telur gred C dibelah kepada 3 bahagian.

Ada beberapa pilihan lauk.

Mak akan tanda luar bungkusan guna pen marker untuk bezakan lauk dalam nasi lemaknya. Antara lauk pilihan yang saya masih ingat sampai sekarang adalah:
– gulai udang
– sambal ikan bilis & telur
– sambal ikan talang masin
– sambal udang

Hm.. terliur sungguh jika mengenangkan semua variasi nasi lemak yang mak jual dulu.

Biasanya kalau bawak jual kat sekolah atas order kawan-kawan & cikgu.

Okla sekarang saya kongsikan resepi nasi lemak mudah ni. Memang senang sangat semudah merebus santan & beras je.

Resepi Nasi Lemak

Bahan-bahan Untuk Nasi Lemak:

2 cawan beras (dibasuh & ditoskan)
1 cawan santan
3 ½ cawan air
3 ulas bawang merah kecil (tumbuk kasar)
2 inci halia (separuh diketuk, separuh lagi hiris halus)
Garam secukup rasa (1-1 ½ sudu kecil)
2 helai daun pandan (belah tengah & disimpulkan)

Cara Memasak Nasi Lemak:

  1. Rebus santan & air dalam periuk. Saya masak atas dapur gas je***. Lagi mudah sebenarnya.
  2. Apabila santan & air telah mendidih, masukkan bawang, halia, daun pandan, beras & garam.
  3. Masak dengan api yang kecil
  4. Sesekali kacau rata supaya nasi lemak tidak hangus & masak sekata

*** Jika guna periuk elektrik, hanya perlu didihkan santan & air di atas dapur gas terlebih dahulu. Langkah 2-4 terus pindahkan periuk ke hub periuk elektrik & tekan “Cook”

resepi nasi lemak

resepi nasi lemak

Lawan nasi lemak pastilah dengan sambal kan?

Saya suka makan nasi lemak dengan sambal udang.

Saya juga ada resepi sambal tumis udang yang mudah.

Resepi Ringkas Sambal Tumis Udang

sekadar hiasan.. yang saya masak x sempat snap sebab dah lapar sangat!

Bahan-bahan untuk Sambal Tumis Udang:

100 g udang saiz sederhana besar (terpulang pada citarasa masing-masing)
2 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar india ( 1 biji ditumbuk/ dikisar kasar & 1 biji lagi dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (ditumbuk/ dikisar kasar)
Gula perang/ gula Melaka (1-2 sudu besar/ secukup rasa)
Garam secukup rasa
Perahan asam jawa (saiz sebesar ibu jari/ secukup rasa)
Air yang secukupnya
Minyak masak untuk menumis

* saya tak suka letak belacan, tapi jika suka boleh juga ditambahkan sedikit belacan.

Cara Memasak Sambal Tumis Udang:

  1. Tumis bawang besar & bawang putih sehingga terbit bau
  2. Apabila bawang kekuningan, masukkan cili kisar. Masak sehingga sambal pecah minyak.
  3. Tambahkan air perahan asam jawa & air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang. Masak seketika.
  5. Apabila udang telah masak, perasakan dengan gula & garam. Tutup api & dah siap!

Semoga dapat mengaplikasikan resepi nasi lemak & respi sambal tumis udang yang ringkas ini!

Hidangkan panas-panas bersama potongan timun, ikan bilis goreng rangup, telur rebus & ikan kembung goreng!

Lagi best kalau dapat makan ramai-ramai panas-panas kan? Pasti licin sepinggan & siap mahu tambah lagi :mrgreen:

Selamat mencuba!

13 thoughts on “Resepi Nasi Lemak Mudah Disediakan Sedap Hingga Licin Sepinggan”

Leave a Reply to ibu Uddin & Auni Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge