resepi nugget ayam tempura

Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Mudah Sedap Kegemaran Anak-anak

Teruja buat nugget ayam homemade ni antara sebabnya:

  • Tengah cuti sekolah. Mak supir byk masa duduk dlm rumah sbb anakku cuti..hehe
  • Merasmikan hand blender set @ 4 in 1 food processor yg asal usul beli utk prepare mknn Lutfi bulan dpn. Tapi ibu dh testing guna skrg. Kikiki

1st time ni buat. Resepi mix dr beberapa resepi asal. Alhamdulillah menjadi & anak-anak saya suka sgt sampai x cukup.

So, ni sy nk share resepi nugget ayam tempura homemade versi yg sy dah olah smp jadi mcm dlm gambar ni.

resepi nugget ayam tempura

Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Yang Murah & Sedap

Bahan-bahan untuk Membuat Nugget Ayam Tempura

  • 4 keping isi dada ayam tanpa kulit, lemak & tulang
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang lobak merah
  • 2 sudu besar tepung kentang
  • 4 sudu besar serbuk roti
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa (saya x letak)
  • Gula secukup rasa (saya x letak)

Bahan untuk Tempura:

  • Tepung rangup serbaguna (saya guna brand Bestari)
  • Air utk bancuhan (100 ml ~ ikut kepekatan)

Minyak yang secukupnya untuk menggoreng

Peralatan perlu:

  1. Pengisar
  2. Pengukus
  3. Tray/ loyang utk letak bahan kukusan
  4. Mangkuk/ kelengkapan utk celup tempura
  5. Kuali & kelengkapan untuk menggoreng

 

Cara Membuat Nugget Ayam Tempura

1. Kisar isi ayam yg telah dibersihkan sehingga lumat. Masukkan bawang putih & sambung lg kisaran.

Sy guna 4 in 1 food prosessor brand Panasonic ni.

 

Rasanya kalau xde ni boleh juga kisar guna blender biasa. Ketepikan.

2. Cincang lobak merah sampai halus. Saya cincang halus supaya mesra utk digaul dalam isi ayam. Manis lobak tu dh secara x langsung xperlukan gula tambahan.

resepi nugget ayam tempura

3. Dalam 1 bekas, satukan semua isi ayam yg dikisar bersama bawang putih & lobak merah. Gaulkan.

4. Tambah telur ayam, tepung kentang & serbuk roti serta perasakan dgn garam & gula. Saya xletak gula & garam asalnya sebab terlupa. Tapi ok sgt rasanya sbb dh ada rasa manis dr isi ayam & lobak. Rasa masin dtg dari tepung serbaguna utk tempura tu.

Ni serbuk roti & tepung kentang yg saya guna

5. Adunan td akan jd sgt lembut. Jadi sy kukus ikut step macam dlm video ni.

 

Boleh guna loyang yg dh siap acuan @ loyang rata utk mudah potong ikut saiz yg dikehendaki. Saya kukus x lama pun. Dlm 10-15 minit saja, bila dh nmpk isi ayam dh masak.

Oh ya, pastikan sebelum isi ayam ke loyang, sapu sedikit minyak pada permukaan loyang tu ya. Supaya x melekat isi ayam tu terus pada loyang nanti.

resepi nugget ayam tempura

6. Lps dh kukus, keluarkan. Yg loyang rata, potong-potong ikut saiz yg digemari. Kalau nk lg menarik boleh tekap guna acuan bear/bentuk-bentuk lain yg comel (ala-ala acuan bento yg byk dijual kt Daiso tu).

7. Sediakan bancuhan tempura. Tepung serbaguna bancuh dlm 2 sudu besar + air 100ml @ ikut kecairan masing2. Ni utk celup saja. Celup dulu isi ayam yg dh dikukus n potong td.

resepi nugget ayam tempura
yg ni tepung ada rasa garlic. kalau ada yg asli lagi sedap. ada varian lain: black pepper & pedas juga

8. Dalam 1 bekas/mangkuk lain, letak lg tepung serbaguna td. Kali ni xperlu letak air. Golekkan bahan yg dh dicelup td dalam bekas bertepung tadi. Golek smp rata.

resepi nugget ayam tempura

9. Sediakan kuali utk menggoreng. Terbaik deep fry. Inilah hasilnya.. tadaa

resepi nugget ayam tempura

10. Utk buat frozen nugget, just simpan hasil akhir nugget lepas golek dgn tepung td dlm peti beku selama minimum sehari. Yg frozen ni best juga jika nugget dibakar dalam oven/ketuhar. Lebih sihat gitu.

resepi nugget ayam tempura

Saya dah test membakar nugget ayam tempura yang dah dibekukan selama 2 hari. Inilah hasilnya…jeng..jeng..jeng

resepi nugget ayam tempura
masa nak bakar tu saya letak minyak sikit atas loyang pembakar tu supaya tempura pada ayam tak melekat pd loyang

 

Mudah kan resepi nugget ayam tempura ni?

Kos bahan dalam RM15 camtu. Tapi hasilnya dpt dalam 50-60 biji (ikut saiz skali masuk mulut) & lebih menyihatkan

Selamat mencuba  🙂

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Mudah Sedap Kegemaran Anak-anak”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge