resepi spageti kari

Resepi Spageti Kari Yang Sedap & Mudah Nak Buat Untuk Bento Anak Sekolah

Buntu asalnya apalah nak disediakan untuk bento anakku esok hari. Biasanya dia nak yang simple & mudah nak makan sepanjang rehat yang hanya 15-20 minit tu.

Jadinya, menu biasa yang saya sediakan adalah:

  • sandwich daging burger
  • french fries
  • piza
  • nugget ayam/ daging

Setakat ni itu jelah.. Nasi goreng tak dibekalkan sangat sebab si Rafiuddin  ni jenis memilih sayur & agak slow jugaklah kalau menjamah nasi tu. Dia lagi suka mi/pasta gitulah.. Amboi western nampak? :mrgreen:

Kebetulan ada beli majalah Rasa keluaran Februari 2016 ni. Ada pula resepi spageti kari yang mudah nak dibuat. Cumanya, saya modified sket ikut selera tekak anak-anak yang tak suka diletak sos cili & lada benggala tu

Resepi Spageti Kari Dondang Sayang

Spageti bolognase & carbonara dah biasa sangat makan. Sesekali jom masak ikut resepi spageti kari yang mudah nak buat ni & murah juga bahan-bahannya.

Saiz hidangan: Untuk 4-5 orang makan

Masa memasak: 30 minit

Bahan-Bahan Spageti Kari:

200 gm  pasta (spageti/spiral)

100 gm daging (boleh tukar kpd seafood/ayam)

1 sudu besar serbuk rempah kari daging

2 sudu besar sos tiram

1 peket @ 16.3 gm serbuk sup cendawan & keju segera

250 gm brokoli dipotong2 & dicelur

1 batang lobak merah dipotong dadu & dicelur

1/2 labu bawang holland ditumbuk halus

1 ulas bawang putih ditumbuk halus

lada sulah & garam secukup rasa

400 ml @ 2 cawan air

minyak masak untuk menumis

resepi spageti kari
Ni bahan asasnya… minyak & air tu normallah xbubuh dalam gambar..hihi

Cara Memasak Spageti Kari:

  1. Rebus pasta sampai empuk & ditoskan
  2. Dalam kuali, tumis bawang besar & bawang putih sampai garing. Kalau anak-anak suka bawang, boleh juga bawang besar ini dipotong dadu.
  3. Masukkan daging. Masak daging sampai empuk.
  4. Masukkan pula serbuk rempah kari yang telah dibancuh dengan setengah cawan air. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Tambah sos tiram & setengah cawan air.
  6. Larutkan serbuk sup cendawan & keju segera dalam 1 cawan air lalu masukkan dalam kuali tadi. Kacau rata.
  7. Masukkan pasta yang telah direbus. Gaulkan sehingga sekata.
  8. Tambahkan sayur-sayuran yang dicelur tadi.
  9. Perasakan dengan garam & lada sulah. Tutup api, sedia untuk dihidangkan  😀
resepi spageti kari
Gambar tumis ni je ada hahah.. saja nk tunjuk rupa pecah minyak macam ni..hihu

resepi spageti kari

 

Senang je kan cara memasak spageti kari ni? Mungkin la tak semudah tuang sos pasta yang ada dalam tin tu, tapi cara ini jauh lebih bajet  :mrgreen:

Dah siap masak, boleh terus hidangkan @ isi dalam bekas bento anak-anak.

Antara Idea Bento Pasta

Google jek ni..hihi  😆

Kongsikan resepi ini jika anda suka  🙂

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Resepi Spageti Kari Yang Sedap & Mudah Nak Buat Untuk Bento Anak Sekolah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge