restoran best sekitar skudai

Restoran Best Sekitar Skudai : Apa Makanan Yang Sedap Di Showroom Cafe?

Kalau ada yang bertandang sekitar UTM Skudai/ Johor Bahru,mencari-cari restoran best sekitar Skudai ni atau nak makan makanan tradisi negeri Kelantan & Sarawak, boleh singgah makan kat Showroom Cafe ni.

Oleh sebab baru jugak bukak, maka kami pun try singgah untuk rasa apa yang sedap dalam cafe ni.

Restoran Best Sekitar Skudai : Menu Di Showroom Cafe

Main menu setakat ni ada dalam 6 jenis.

  • mi kolok
  • laksa sarawak
  • nasi kerabu
  • nasi beriyani
  • laksam

restoran best sekitar skudai

Antara semua yang saya dah try saya paling suka mi kolok Sarawak ni. Dah kali kedua repeat beli. Sepatutnya nak order ni untuk saya, tapi abg Din pun nak, maka beli satu jer untuk dia & saya cuba menu lain.

restoran best sekitar skudai
semangkuk ni RM6.90

Saya belum pernah makan mi kolok yang kat Sarawak.

Tapi kalau nak compare dengan mi kolok yang ada dijual dalam kedai makan dalam UTM tu, yang ni memang lagi sedap. Supnya ada daging juga. Terbaik, letak sambal kicap tu dalam mi ni. Fuh, marvellous, pedas-pedas manis masin.

restoran best sekitar skudai
semangkuk RM6.90

Laksa Sarawak ni pun boleh tahan juga sedap. Cuma saya macam tak berapa suka jika compare mi kolok tadi mungkin sebab laksa ni bau daun-daun tu agak kuat.

Tak sure sangat macam mana laksa yang kat Sarawak sana, sama ke tak? Orang Sarawak kena datang sini try & komen, ok ūüėÜ

restoran best sekitar skudai
sepinggan RM7.90

Ni nasi beriyani daging. Rasa OK. Cuma nasinya agak kering. Kalau nak rasa sedap makan, memang kena letak kuah bagi basah kat nasi ni.

Ada 3 pilihan.

Beriyani kambing, beriyani ayam & beriyani daging.

restoran best sekitar skudai
sepinggan RM7.90

Nak makan makanan tradisi Kelantan? Ada 2 menu pilihan. Nasi kerabu & laksam.

Yang saya makan ni nasi kerabu dengan daging bakar. Selain daging bakar, ada pilihan lauk lain juga nasi kerabu dengan ayam goreng.

Yang buat ia lain sedikit adalah floss ayam smoky yang ditabur atas nasi tu. Sambal belacan tu memang pedas. Tumis dia sedap.

Ulam sayur agak limited. Dalam tu diletak hirisan timun & kubis.

Solok ladanya agak tak seberapa sebab nampak macam kelapa saja. Biasa yang saya pernah makan isinya padat dengan isi ikan & kelapa.

Tapi overall ok. Still boleh mengenyangkan.

Lokasi Showroom Cafe

Restoran ni terletak dalam lot kedai baru di Taman Mutiara Rini.

Alamatnya:

No 39, Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai Johor.

Boleh waze je cari.

Taip “Showroom Cafe”

Atau boleh terus hubungi nombor ini: 013-6407245 / 017-7276798

Masa Operasi Showroom Cafe

Kedai dibuka untuk makan brunch, lunch & makan malam.

Ahad – Rabu: 10 am – 10 pm

Jumaat & Sabtu: 10 am – 11 pm

TUTUP: Khamis

restoran best sekitar skudai

Fasiliti Showroom Cafe

Dalam restoran ni ruang meja makan agak luas. Meja makan yang kitorang duduk tempohari boleh muat 6-8 orang juga.

Child seat ada.

Tempat basuh tangan & tandas dalam restoran.

Showroom Cafe ni antara beberapa restoran best sekitar Skudai yang boleh kami rekemen juga. Total makan untuk 4 orang haritu dengan air fresh orange, sirap limau & air suam termasuk 4 menu tadi, RM30 +



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge