Reunion STerC di Majlis Perkahwinan Shahida & Syahril

STerC?

Comel jer kan nama STerC? Well.. kami ni bekas pelajar Sains Kimia Industri.. jadi suka sangatlah guna jolokan ester-C tu..

Dah lama tak berkesempatan untuk bertemu dengan “geng-geng STerC’ masa belajar di UTM ni dulu.

Almaklumlah, masing-masing dengan komitmen masing-masing. Alhamdulillah kali ni, walau tak dapat berjumpa semua, majoriti di antara kami dapat bersama-sama kembali.

Kami semuanya ada 11 orang. Dalam gambar ni hanya sebahagian dari kami.

Al Fatihah buat kakak yang paling senior di antara kami, Allahyarhamah Nordiana Nordin, telah kembali ke Rahmatullah kira-kira 1 tahun lebih yang lalu kerana barah. Semoga rohmu sentiasa tenang & aman di sana. Amin Ya Rabb.

Selamat Pengantin Baru Buat Shahid!

Shahid @ Shahida telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama suaminya Syahril di Masjid Putrajaya semalam.

Alhamdulillah walimah mereka telah selamat diraikan di Crystall Ballroom, Mines 2, hari ini.

Pertama kali datang ke Mines 2 ni, boleh dikatakan hampir-hampir sesat jugak. Alhamdulillah suamiku ini pandai mengagak jalan & arahan waze pula updated.

Ramai juga di kalangan kami yang tersesat. Sampai berkali-kali pusing balik sebab dah terlajak.

Anyway, dengan izin Allah, walau cuaca agak jerebu yang teruk, dapat juga kami bertemu di Mines 2 ni.

antara suami-suami yang agak keletihan…

 

Antara menu santapan yang menarik perhatian adalah:

  • Lauk sambal tumis udang
  • Ayam goreng
  • Daging masak hitam
  • Dalca
  • Pelbagai dessert seperti cupcakes, brownies, kuih muih, coklat & lolipop yang menjadi pilihan kanak-kanak
bahagia betul bila dapat lolipop!

 

Best! Dekorasi majlis pun sangat menarik!

Yang best untuk dilihat juga adalah hantaran-hantaran untuk pihak pengantin perempuan ni.

 

Kami doakan semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat serta dikurniakan anak-anak yang soleh & solehah. Amin Ya Rabbal Alamin  🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge