review buku percaya sebelum berjaya

Review Buku Percaya Sebelum Berjaya : Anda Patut Baca Jika Nak Berjaya

Bulan lepas, saya ada menyertai live sharing dari salah seorang mentor hebat dalam bisnes online. Hadiahnya adalah buku Percaya Sebelum Berjaya ni.

review buku percaya sebelum berjaya

Yang hairannya, saya macam sangat fokus untuk mendengar sesi live sharing tu. Lagi teruja stay sampai habis sharing apabila Master Aya announce nak bagi hadiah buku ini kepada penjawab komen yang terpantas & paling memberikan jawapan yang tepat.

Menariknya, sayalah pemenang bertuah itu!

review buku percaya sebelum berjaya

Ini review buku Percaya Sebelum Berjaya yang saya dah janjikan sebelum ni nak share kat FB.

Review Buku Percaya Sebelum Berjaya – Saya Sarankan Semua Orang Beli Jika Belum Berjaya

Ada beberapa point penting sebagai take home message dalam buku ni.

(1) LUA

LUA adalah singkatan kepada Law of Universal Attraction – adalah sebahagian dari doa.

  • Adanya Allah sebagai Universal Attractor
  • Menarik kejayaan melalui dekat kepada Allah

(2) Doa

  • Doa ni tidak hanya terhad merujuk pada ketika kita menadah tangan selepas solat sahaja. Malah, doa juga adalah dari percakapan, fikiran, perbuatan dan anggapan kita.
  • Berdoa & meminta melalui zikir asmaul Husna (99 nama Allah)
  • Doa tidak makbul kerana hati dibutakan oleh 10 perkara, memutuskan ikatan persaudaraan, tidak menjaga penampilan – muka x ceria/ masam & sering berbuat dosa
  • 3 golongan doa yang diTerima Allah (pemimpin yang adil, org yg berpuasa sehingga ia berbuka & doa org teraniaya)

(3) Permintaan

Tuhan tidak semestinya Memberikan apa yang kita mahu, tapi Tuhan pasti Memberikan apa yang kita perlu.

(4) Zikir

  • Zikir terbesar adalah SOLAT – mengajar untuk khusyuk dan tenang
  • Sentiasa ingat Allah di kala senang, lapang, tenang & juga susah. Allah is our only HOPE

(5) Fokus

  • Fokus dan beri tumpuan kepada perkara yg positif akan menarik kejayaan
  • Allah Mengajar kita untuk berfikir & berjiwa besar – Kaya Jiwa

(6) Impian

  • Beza impian dengan angan-angan
  • Senaraikan sekurang-kurang 100 impian
  • Impian yang seimbang – PIES (Physical, Intellectual, Emotional, Spiritual) – untuk kaya dengan bahagia

Ada lagi beberapa point penting dari buku ini. Akan saya share dalam review Part Kedua nanti, dengan izin Allah.

Terima kasih sudi baca Review Buku Percaya Sebelum Berjaya ini  🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge