homestay mesilau kundasang

Review Homestay Mesilau Kundasang | Trip Sabah 2 Keluarga

Alhamdulillah seronok sangat berpeluang ke Sabah seisi keluarga baru-baru ni. Kami 5 beranak datang ke Sabah bersama-sama mak & ayah serta adik bongsu saya.

Cerita trip bacakpack ke Sabah kami Part 1

homestay mesilau kundasang

Penginapan di Kundasang: Homestay Mesilau Kundasang

Since kami plan untuk berada di Kundasang 2 hari 1 malam, kami pilih untuk mencari homestay terbaik & paling selesa untuk kami 5 dewasa & 3 kanak-kanak.

The best untuk penginapan 2 keluarga tentunya jenis homestay. Jadi kami decide untuk cari & tempah homestay menggunakan Airbnb saja.

Untuk sesiapa yang pertama kali nak guna apps Airbnb ni, boleh masuk & tempah guna link saya ni. Ada diskaun RM105 untuk penginapan total RM300 ke atas.

Tempah penginapan di Airbnb & dapatkan diskaun RM105

Perjalanan Ke Homestay Mesilau Dari Pekan Kundasang

Laluan nak ke Homestay Mesilau Kundasang ni memang agak jauhlah kalau nak compare dengan lain-lain penginapan yang famous diceritakan oleh para bloggers lain seperti The Pine/ Sulap & lain-lain.

Sebabnya, Homestay Mesilau Kundasang ni rumah tertinggi yang berada hampir dengan pemandangan Gunung Kinabalu direct dari tempat tidur/ rumah.

Interior Homestay Mesilau Kundasang

Dari luar boleh nampak rumah mesilau ni berbentuk seperti oktagon.

Rumah sebuah-sebuah yang sangat privacy. Persekitarannya pun agak menenangkan. Jauh dari kebisingan & keriuhan. Hanya terdengar suara alam  🙂

Paling menarik, dari dalam bilik tidur utama, kita boleh direct mencerap Gunung Kinabalu dengan jelas.

homestay mesilau kundasang

Rumah ni ada 3 bilik tidur (1 master bedroom katil king saiz, 2 bilik tidur dengan 2 katil bujang each), 3 bilik air, 1 stor & 1 dapur basah.

homestay mesilau kundasang
Dalam dapur ni ada peti ais juga. serbuk kopi segera ada disediakan free of charge. Mi segera pun ada tapi dengan caj berasingan.

Ruang tamu luas sangat. Ada 3 biji sofa & TV yang boleh kita pasang video CD (disediakan).

Boleh tonton video ni.

 

Pemandangan Cantik Sekitar Luar Homestay Mesilau Kundasang

Lawa sampai seronok kami buat live video kat sini. Sejuk & berangin betul pagi tu.

Macam dalam video ni. Masa kami shoot kul6 pagi + dah cerah pun.

 

Strawberry Farm Mesilau

Berdekatan Homestay Mesilau Kundasang ni ada kebun strawberi yang ditanam dalam rumah hijau. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai.

Kami bertuah sangat.

homestay mesilau kundasang

Dapat memetik strawberi yang baru masak ranum. Rezeki sebab buahnya masih ada. Kalau datang masa cuti sekolah belum tentu lagi nih ada buahnya..hihi

Baka strawberi kat sini adalah dari kacukan California & Australia. Sebab tu manis & ada saiz yang agak besar.

Harga Penginapan Homestay Mesilau Kundasang

Ada beberapa standard juga untuk menginap di homestay yang premium class kat Mesilau ni.

Rumah yang kami duduk ni rate sederhana lah kiranya. Ada lagi yang lebih wow sebab dalamnya lengkap dengan wifi & siaran Astro.

1 malam di Mesilau Strawberi RM899.88 termasuk servis pembersihan yang memang wajib bayar untuk semua homestay yang kita pilih nak duduk thru Airbnb nih.

Adik saya yang urus tempah penginapan ni. Beliau 1st time user untuk Airbnb, jadi beliau guna code diskaun Airbnb yang saya bagi tu, dapatlah tolak RM105 dari total.

So kami menginap di Homestay Mesilau Strawberi ni pada harga RM795 semalam. Kongsi bertiga (adik, saya & suami).

Overall kami memang happy sangat. Katil empuk, udara yang nyaman, airnya ada heater tapi ambil masa lah juga nak panas. Boleh guna cerek di dapur sementara tunggu air panas direct dari shower.

Lepas jam 8 pagi camtu esoknya, air panas dah OK. Memang heavenlah mandikan anak-anak lepas kitorang balik dari melawat Desa Cattle Dairy Farm.

Ok keseluruhan memang puas hati sangat. 5 bintang untuk homestay Mesilau Kundasang  😉

 

Terima kasih sudi singgah baca sini 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Review Homestay Mesilau Kundasang | Trip Sabah 2 Keluarga”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge