restoran gayang seafood

Review Restoran Gayang Seafood | Restoran Seafood Sedap di Sabah

Lepas dah kecewa dengan cubaan makan seafood sedap malam sebelumnya di pasar malam Todak, saya bertekad nak teruskan hunting makan seafood best kat sekitar Sabah ni.

Alhamdulillah pagi tu dapat tahu bonus hasil bisnes Shaklee dah masuk akaun Maybank ku. Memang terus nekad lah, nak try seafood kat Restoran Gayang Seafood seperti yang disebut-sebut kenalanku yang stay Sabah & juga popular disebut oleh bloggers sebelumnya.

restoran gayang seafood

Review Restoran Gayang Seafood

(1) Layanan Terhadap Pelanggan

Untuk layanan, obviously actually agak kureng sebab chinese yang kat depan tu macam agak busy nak prepare kedatangan rombongan bas dari somewhere yang dah booking banyak meja kat situ.

Tapi, sejak peristiwa semalam dapat udang busuk, peramah tak menjanjikan kejujuran terhadap makanan yang sedap, saya belajar sesuatu.

Kena ambik kira review orang terdahulu sebab itu je peluang yang ada unless kita memang banyak masa nak try & error.

So far, ok je. Kami datang pun walk in takde buat appointment. Sampai je situ, kami ditunjukkan ke meja yang masih kosong.

(2) Tempoh Masa Dapat Hidangan

So far, tak begitu lama masa yang diambil untuk mendapat makanan yang dipesan. Kami datang sekitar jam 11+ pagi, agak awal sebelum peak hours lunch.

Cuma, sedikit kecewa apabila ais belum sampai, maka, kami tak dapat menikmati air buah segar sejuk seperti yang dikehendaki. Panas jugalah cuaca hari tu, dapat air sejuk memang nikmat.

Namun kami sekeluarga akur untuk just minum air kosong yang disediakan.

(3) Penilaian Rasa Seafood

Kami order:

  • ketam lembut 1kg (dia advise goreng celup tepung)
  • udang masak butterprawn 1/2 kg (obviously memang kes nak balas dendam kempunan semalam)
  • baby kailan ikan masin
  • nasi putih

So far memang puas hati. Seafood fresh, udang tu ketara lah pejal lagi isi nya kalu nak compare malam semalam punya order.. huhu.

restoran gayang seafood
Haa.. ni baru betul fresh. Nampak tak kepala udang tu x tanggal dari badan dia walau digoreng
restoran gayang seafood
Inilah dia ketam lembut. 1st time la saya merasa ketam lembut ni. Alhamdulillah sedap. Rezeki dapat belanja family makan ni guna bonus Shaklee
restoran gayang seafood
Baby kailan. Sedap sangat & rangup. Antara sayur feveret kami sepanjang kat Sabah ni

(4) Harga Berpatutan

Yup. Harga sangat berpatutan. Berbaloi datang sini.

  • Ketam lembut (2 hidangan) – RM62.20
  • Udang masak butterprawn (1 hidang) – RM27.40
  • Sayur baby kailan (2 hidang) – RM20.80
  • Nasi putih (semangkuk besar utk 5 pinggan dewasa) – RM5
  • Air buah – RM21 sejug

(5) Tahap Kebersihan

Restoran ni sangat bersih. Lapang & luas. In shaa Allah kita pun senang hati kalau nak travel makan puas, kat sini.

Lokasi Restoran Gayang Seafood

Korang boleh waze je nama restoran ni. Memang senang jumpa.

Restorang Gayang Seafood ni terletak di Jalan Sulaman, Tuaran. Kira memang agak jauh sedikit dari bandar Kota Kinabalu.

Kami bergerak dari Universiti Malaysia Sabah, so dah agak dekat. Itupun ambil masa sekitar 20 minit juga.

Ok je, dah alang-alang sampai Sabah, apa lah sangat 20minit tu kan.. hihi

Waktu Operasi Restoran Gayang Seafood

Restoran ni dibuka setiap hari.

Jam 11 pagi hingga 10 malam.

Waktu Operasi ada 2 sesi:

  • 11 am – 3pm
  • 5 pm – 10 pm

Hubungi nombor ni untuk buat tempahan. 016-8105385/9185/2395

Hari tu kami just walk in awal pagi. Let say korang taknak ter datang masa peak hour, better buat tempahan dululah.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Review Restoran Gayang Seafood | Restoran Seafood Sedap di Sabah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge