Riadah Seisi Keluarga Di Taman Tema Angry Bird JBCC: Apa Anda Perlu Tahu?

kisah burung yang marah :p

 

Alhamdulillah.. DiPermudahkan Allah untuk kami seisi keluarga beriadah di sini setelah melalui kesibukan yang berlarutan dalam 3 bulan berturut-turut.

Riadah kali ini lebih indoor & memerlukan stamina seisi keluarga yang menyertainya.

sebelum check in ke sesi yang seterusnya..hihihi
taman tema angry bird
Auni is enjoying riding with her mom
tengok tu… gambar smp blurr.. sebab ibu bawak laju sangat.. kikiki

Hehe.. andai anda ada anak-anak yang sangat tinggi daya eksplorasinya, lagi lah anda perlu sama-sama lasak untuk berada bersama-sama mereka.

Anakku yang sampai nangis-nangis mahu naik lagi paddle car ni
bagi yang taknak kuar peluh/ lenguh2 badan, boleh juga main tembak2 kat skrin besar ni @ tengok wayang semua citer Angry Bird jela
Anak-anak yang berumur 1-3 tahun bolehlah main apa-apa yang disukai mengikut imaginasi mereka.

6 Perkara Utama Tentang Taman Tema Angry Bird

(1) Lokasi Taman Tema Angry Bird

Taman Tema Angry Bird ni terletak di Level 3, di dalam Komtar JBCC, Johor Bahru.

Bagi anda yang ingin mudah access ke sana, bolehla aim untuk parking di aras 3 dalam Komtar JBCC ni.

(2) Waktu Operasi

Taman Tema Angry Bird ini dibuka dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam.

Ada 3 Sesi yang dibuka untuk semua pengunjung.

Sesi 1: 10 am – 1 pm

Sesi 2: 2 pm – 5 pm

Sesi 3: 6 pm – 10 pm

Jika merujuk pada laman rasmi Angry Bird Park ni, hanya 1 sesi dibenarkan untuk mereka yang datang pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad & cuti umum/ cuti sekolah.

Pengunjung pada hari Isnin – Khamis (kecuali semasa cuti sekolah) dibenarkan untuk masuk ke semua sesi (selagi tiket tidak ditanggalkan dari pergelangan tangan)

Tapi, sepanjang kami mengunjungi taman tema ini pada minggu cuti persekolahan yang lalu (Jun 2015), kami dibenarkan untuk masuk kembali selepas selesai 1 sesi yang terdahulu selagi tag tiket masih dipakai di pergelangan tangan & ia sah selama tempoh sehari ia digunakan.

Mungkin anda boleh bertanya lanjut secara terus dengan pihak taman tema sebelum merancang untuk datang ke Taman Tema Angry Bird ni.

Nombor telefon yang boleh untuk dihubungi: 07 – 221 0260 / 07 – 300 5090 atau layari terus website rasmi Taman Tema Angry Bird di sini untuk maklumat terkini dari mereka.

(3) Kemudahan Makan-Minum

Memandangkan makanan & minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke taman tema ini, anda boleh merancang untuk makan d food court berhampiran (dalam Komtar JBCC tersebut) atau di KFC & Fatburger yang berada betul-betul berhampiran level 3 kawasan Taman Tema Angry Bird ni.

Air kosong boleh dibawa masuk & diletak di ruang letak kasut yang disediakan berhampiran.

Jika nak usung botol air (di dalam bagpack) ke mana-mana pun boleh, tetapi anda hanya dibenarkan untuk minum di ruang yang disediakan berhampiran rak/ locker barang-barang.

(4) Kemudahan Solat

Bagi umat Islam, bolehlah menunaikan solat di surau yang terletak pada Level 2 Komtar JBCC.

(5) Kemudahan Tandas

Terdapat tandas berhampiran kaunter Taman Tema Angry Bird ni. Anda tidak perlu risau jika perlu keluar masuk dari taman tema ini kerana selagi tag tiket dipakai di pergelangan tangan, ia adalah sah digunapakai selama sehari.

(6) Pemakaian Stoking

Semua pengunjung diwajibkan untuk memakai stoking.

Bagi anda yang tidak membawa stoking, anda boleh membelinya di kaunter tiket di sini.

Awal-awal pagi lagi, semua stoking telah saya siapkan. (Maklumlah suami & anak-anak bukanlah pemakai stoking tegar seperti saya  :mrgreen: )

Apa Yang Anda Perlu Untuk Berada di Dalam Taman Tema Angry Bird ni?

Tiket Masuk

Sudah tentu!

Seperti taman tema yang lain, ini adalah pass masuk anda sepanjang berada secara sah di taman tema ini.

Tiket ini perlu dipakai di pergelangan tangan sepanjang masa berada di dalam Taman Tema Angry Bird ini.

Kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah & golongan tua 60 tahun ke atas adalah PERCUMA.

Tiket boleh dibeli di kaunter Taman Tema Angry Bird ni.

Kami antara mereka yang bertuah kerana berpeluang menjadi pengunjung di Taman Tema Angry Bird, JBCC ini secara percuma!

Pihak Damansara Asset telah bermurah hati menaja hadiah 50 keping tiket ke Taman Tema Angry Bird ini sepanjang sesi cabutan bertuah dalam Majlis Makan Malam Pelancaran Segenggam Teknokrat di UTM Skudai pada 1 Mei yang lalu.

Dengan izin Allah, 2 + 1 keping tiket telah menjadi rezeki buat kami seisi keluarga.

Lain-lain Informasi Berkaitan Taman Tema Angry Bird

Semoga info yang dikongsi memberikan manfaat.

Selamat beristirehat bersama keluarga  😉

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge