masalah sakit sendi

Sakit Sendi Lutut | Rahsia & Petua Merawat Masalah Sakit Sendi

” Aduh, sakitnya lutut ni… nak bengkok untuk rukuk pun sakit sangat…” Mak Siti mengaduh kesakitan. Cepat-cepat diberitahu pada anaknya mintak bawakkan ke klinik.

Tu antara simptom masalah sakit sendi yang berlaku terutamanya di kalangan orang tua kita. Ada banyak sebab mengapa terjadinya masalah sakit sendi ni.

Antara sebab masalah sakit sendi yang paling popular, sakit sendi berlaku kerana masalah gout.

Sebab & Punca Masalah Sakit Sendi

Sendi adalah tisu yang menghubungkan 2 tulang.

Apabila berlaku sakit sendi, ada beberapa sebab yang menjadi punca kepada sendi sakit. Antaranya:

  • arthritis – radang sendi
  • berat badan yang berlebihan menekan sendi
  • kurang bergerak

7 Petua Merawat Masalah Sakit Sendi Secara Berkesan

masalah sakit sendi

Nak tau tak ada 7 petua merawat masalah sakit sendi yang semestinya berkesan jika kita amalkan secara konsisten seawal yang mungkin.

The best, jangan tunggu dah serius baru nak mula praktik. Kena mula seawal mungkin. Ok, lets check it out!

(1) Kawal Berat Badan

Berat badan yang berlebihan berpotensi membebankan sendi kita.

Saya teringat masa saya mula-mula mengandungkan anak pertama, saya ada masalah sakit lutut yang kronik tau sepanjang trimester ketiga. Sakit sangat nak rukuk masa solat. Sampai terpaksa mintak minyak kuda dari klinik untuk buat sapu pada lutut.

Lepas bersalin jek, hilang dah semua sakit lutut tu ­čść

So,

Jom kita cuba pastikan berat badan kita dalam BMI (body mass index @ index jisim tubuh) yang sihat. BMI yang sihat adalah di antara  20 -25.

BMI= Berat dalam kg/(tinggi dalam meter x tinggi dalam meter)

(2) Bersenam Secara Teratur & Jadikan Rutin

masalah sakit sendi

Bersenam membantu tubuh kita sihat & bertenaga. Selain dari ini, aktif bersenam juga membantu pengaliran darah yang berterusan jika kita konsisten melakukannya.

Untuk sendi, bagaimana senaman membantu?

Apabila kita aktif bersenam, kita sendi & otot kita akan lebih bergerak. Dengan keadaan ini, ia dapat mengurangkan “stiffness” pada sendi.

Pilih senaman yang sesuai & tidak membebankan. Boleh buat senaman seperti:

(3) Bina Otot Dalam Badan

Otot mampu mengurangkan bebanan tugas yang dipikul oleh sendi. So, kita kena pejalkan otot kita supaya biar otot sama-sama boleh ringankan beban pada sendi.

Antara cara untuk bina otot:

  • lakukan senaman angkat beban
  • ambil protein yang mencukupi (makanan & suplemen)

(4) Jaga Postur Tubuh & Berada Pada Posisi Yang Betul

masalah sakit sendi

Ada beberapa panduan ke arah mendapatkan postur tubuh yang baik. Antaranya adalah:

  • duduk & berdiri dengan posisi yang menegak (elak membongkok)
  • mengangkat beban dengan posisi yang betul
  • membawa beban secara seimbang

Sebagai contoh:

Kalau kita nak angkat barang dari bawah, bengkokkan lutut & angkat secara berperingkat. Kalau kita nak galas beg, pastikan kita guna bagpack pada kedua-dua bahu / menyilangkan sling bag @ beg tangan.

Guna penggendong bayi yang lebih ergonomik seperti Soft Structured Carrier (SSC) khusus bagi ibu-ibu yang ada anak kecil.

(5) Guna Pek Ais Untuk Melegakan Sakit Sendi

Amalkan ais yang berbungkus dalam kain tiap kali kesakitan sendi berlaku khususnya jika disebabkan oleh sendi yang stress.

(6) Amalkan Makanan Yang Khusus Untuk Kesihatan Sendi

Elak merokok & elak pengambilan alkohol!

Ambil makanan yang berkhasiat & menjurus pada kesihatan sendi memang tersangatlah membantu sendi kita lebih sihat terpelihara.

Antara makanan yang baik untuk kesihatan sendi adalah:

  • kalsium – hasil tenusu (susu, keju, yoghurt), sayuran hijau daun gelap (brokoli, bayam), tofu, aprikot kering, buah tin
  • protein – susu, telur, kekacang, ikan, ayam
  • asid lemak Omega 3 – ikan salmon, ikan mackerel, ikan tuna, ikan sardin, ikan bilis

(7) Ambil Vitamin Untuk Sendi

Antara vitamin / suplemen yang bagus untuk menyihatkan sendi adalah:

Sekiranya perlukan lebih info lanjut berkenaan vitamin & suplemen untuk mengurangkan simptom sakit sendi serta merawat masalah sakit sendi secara intensif alternatif tanpa ubat, boleh hubungi kami di 019-7646021 atau klik terus untuk whatsapp kami segera


 

pengedar Shaklee Skudai

Rujukan:

  1. British Medical Association | Complete Family Health Guide; Dr Tony Smith; Dorling Kindersley; 2000
  2. Nutrition for Life| The Definitive Guide to Eating Well For Good Health; Lisa Hard & Dr Darwin Deen; Drling Kindersley; 2005
  3. Prescription for Nutritional Healing | A Practical A-to-Z Reference to Drug Free Remedies Using Vitamins, Minerals, Herbs & Food Supplements; Phyllis A. Balch, CNC; Avery; 2010
  4. Healthy Join Tips | https://www.webmd.com/arthritis/caring-your-joints#1
Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge