Salam Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7 Buat Zaleha Awaluddin

Sedar tak sedar dah 7 tahun rupanya saya & suami melayari bahtera perkahwinan ini.

8 Feb 2008 adalah tarikh kami berdua diijabkabulkan di sebuah masjid berhampiran Kg Titi Raga di Yan, Kedah.

Alhamdulillah syukur sepanjang tempoh ikatan ini, Dia telah kurniakan kami sepasang cahaya mata comel penyeri & pelengkap kehidupan kami berdua.

Rafiuddin Afiq, dilahirkan di Yan Kedah pada 27 Mei 2009.

Kelahirannya sangat kami nantikan seolah-olah penutup kepada kesedihan yang saya alami 13 bulan sebelumnya apabila keguguran kandungan pertama seawal 11 minggu.

Manakala Auni Batrisyia yang merupakan anak kelahiran bumi Darul Takzim ini lahir pada 10 April 2013.

Perkahwinan Adalah Suatu Perkongsian

Apabila kita suami & isteri telah sah diijabkabulkan, bermula lah episod suatu perkongsian dalam hidup.

Jika sebelumnya kita makan, mandi & pakai semuanya sendiri-sendiri, tapi setelah berkahwin, semua perkara yang kita lalui adalah ibarat kita saling melakukannya bersama-sama.

Bak kata orang Barat, “Give & Take”.

Kita kena terima hakikat & redha segala kelebihan mahupun kekurangan pasangan kita kerana diri kita sendiri sudah pasti tak sesempurna mana kan?

Sehingga kan ada puisi yang dinukilkan begini:

“Jika akhlakmu tidak sehebat Ali r.a, jangan bermimpi untuk beristerikan isteri sehebat Fatimah Az Zahra..”

Terimalah dia seadanya.. Inshaa Allah hidup kita lebih tenang & saling melengkapi antara satu sama lain

Susah & Senang, Pahit & Manis Adalah Asam Garam Rumahtangga

Al fatihah buat sahabat kami, Allahyarhamah Nordiana Nordin [kiri sekali bertudung coklat kekuningan]
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri…

Faham tak apa maksud pepatah Melayu yang ni?

Meh saya nak huraikan..

Dalam hubungan suami isteri, walau kita saling menyayangi & cinta antara satu sama lain, pasti ada masa & ketikanya kita mengalami detik salah faham, terkecil hati atau merajuk & jauh hati akibat perbuatan masing-masing.

Proses ini adalah normal sebagai rencah dalam kehidupan berumahtangga.

Yang penting adalah bagaimana cara kita nak uruskan setiap konflik yang berlaku. Janganlah sampai bercerai-berai (Naudzubillahi Mindzalik) – syaitan/ iblis memang suka sangat keretakan dalam rumahtangga.

Lelaki biasanya ada ego yang payah nak dileraikan. Wanita pula memang sangat mudah terhiris hati kerana sifatnya memang Allah Jadikan sebegitu.

Jika tiap kali berlaku kedinginan dalam rumahtangga, apa nak buat?

4 Tips Hadapi Konflik Rumahtangga

Saya sedih & terkilan sket bila tengok kek ni.. tapi xpe, take it in positive way.. kek tak best memang supaya saya diet.. makan sikit je

Saya bukanlah begitu senior untuk bicarakan hal ini. Tapi inshaa Allah ilmu atau pengetahuan & pengalaman yang telah dilalui saya kongsikan mungkin bermanfaat kepada sesiapa saja.

(1) Tarik Nafas Sedalamnya & Berzikirlah

Ini adalah antara terapi untuk hati & jiwa.

Saya memetik nota dari buku Law Of Universal Attraction – Magnet Kebahagiaan hasil tulisan Zuhairi Nopiah & Amin Idris,

[Apabila kita menghadapi suatu kesukaran/ tarikan negatif, cara yang mudah & berkesan adalah dengan menarik nafas dalam-dalam.

Izinkan diri untuk bertenang supaya situasi itu dapat diatasi sebaik-baiknya. Sebutkan perlahan-lahan sambil tersenyum..”Tiada apa atau siapa pun yang boleh menyebabkan saya menjadi negatif. Saya sentiasa memilih bagi bersikap positif, kerana hidup saya adalah pilihan saya”.

Antara zikir yang baik diperdengarkan & dialunkan, ” Aku berlindung dengan Allah daripada kejahatan yang Dia Ciptakan.”

(2) Berdoa & Mintak Pada Allah Jalan Penyelesaian

sukar temui jalan penyelesaian? Hubungi Allah

Dalam hal suami isteri, saya lebih gemar meluahkan masalah & ketegangan perasaan kepada Sang Maha Pencipta, yakni Allah SWT.

Jika luah kepada manusia, mungkin ada sedikit berat sebelah di mana-mana pihak. Namun, jika kita mengadu & berserah kepada Allah, Inshaa Allah ada rasa tenang yang menyelinap.

Buatlah solat sunat Tahajjud, solat sunat Taubat & juga solat sunat Hajat untuk memohon dipermudah segala urusan, diberi ketenangan & diberi jalan keluar dari kekusutan.

(3) Memaafkan

Dulu saya juga seseorang yang ada sifat ego. Namun sifat ego ini hanya merugikan diri sendiri.

Apabila saya mula berjinak-jinak & berada dalam kumpulan/ kelompok manusia yang positif, saya makin terbuka untuk memaafkan sesiapa saja yang mungkin ada konflik dengan saya termasuk suami saya sendiri.

Selalulah ingatkan diri sendiri.

Allah SWT Yang Maha Agung & Maha Hebat juga memaafkan hambaNya yang berdosa, siapalah kita untuk mendabik dada & sombong sesama kita.

(4) Kenang Kembali Saat Indah Bersama

Takkanlah takde langsung saat indah/ bahagia kita dengan pasangan masing-masing kan?

Jadikan saat indah, saat manis kita yang dulu-dulu tu sebagai pemangkin/ booster kepada kebahagiaan kita masa kini & akan datang.

Buang yang keruh, ambillah yang jernih.. :mrgreen:

Sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 ni saya nak bagi ucapan istimewa untuk kalian yang membaca ni.

“Semoga anda sentiasa berbahagia di samping pasangan masing-masing. Sayangi dia sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge