Saya Risau Saya Gagal: Tips Atasi Rasa Takut Untuk Bertindak

tips atasi rasa takut

Saya Takut Gagal: Ada Tips Atasi Rasa Takut?

Pernah tak anda rasa situasi macam ni:

Situasi 1

Anda adalah pembentang kepada suatu projek.

Para penilai atau juri sangat berkaliber & nampak seperti menggerunkan apabila bertanya soalan kepada pembentang yang membentang sebelum anda.

Ramai pula yang ada dalam dewan sebagai penonton.

Aduh ‘nervousnya’… Gigil dah ni. Bak kata orang Kedah, “ketaq lutut dah weh!”

Huhuhu… 😥

Atau pun

tips atasi rasa takut

Situasi 2

Anda merupakan peserta dalam suatu pertandingan.

Melihat sekeliling peserta lain seperti hebat sangat.

Tiba-tiba terbitlah perasaan rasa kerdil, rendah diri yang teramat. Takutnya la hai nak bertanding dengan peserta yang lain.

Seram sejuk tangan. Muka pun pucat lesi.

Oh tidak… Rasa macam tak nak teruskan pun ada.

😥

Jika anda pernah hadapi situasi sebegitu, nervous je, jangan risau & jangan takut. Jom tonton perkongsian bagaimana & tips atasi rasa takut ini.

Tips Atasi Rasa Takut 1: Berdoalah

tips atasi rasa takut

Sebagai umat Islam, kita tak boleh takut selain kepada Allah SWT.

Mintaklah perlindungan hanya dari Allah SWT. Ada banyak doa yang kita boleh amalkan sebelum memulakan urusan kita.

Antaranya:

“La taqaf wa la tahzan. Innalla Ma’ana”

Jangan takut & jangan gentar, Sesungguhnya Allah ada bersama kita.

Saya masih ingat lagi, suatu ketika dulu, saya pernah gagal dalam ujian JPJ untuk lesen kereta.

Pada kali kedua sewaktu ingin mengulang ujian, saya berasa sangat fobia & gugup. Ketika itu datang seorang sahabat saya memberi sms mengirimkan ayat doa ini.

Alhamdulillah saya dapat menghadapi ujian ulangan tersebut dengan penuh yakin & rasa tenang serta berjaya mendapatkan lesen P saya ketika itu.

 

Tips Atasi Rasa Takut 2: Lakukan Saja!

tips atasi rasa takut

Tiada guna untuk kita berundur lagi.

Kita sepatutnya jangan mudah menyerah kalah sebelum kita bertindak. Allah Maha Tahu akan setiap apa yang bakal berlaku selepas itu.

Maka, kenapa kita perlu rasa takut untuk bertindak?

Saya pernah suatu ketika dulu sangat takut untuk memandu di bandar Johor Bahru (JB). Kereta & lori sangat sesak serta laju mengejar masa untuk tiba ke destinasi yang dituju.

Akibatnya, saya hanya ke bandar JB apabila suami yang memandu kereta.

Namun, pada suatu hari, saya terpaksa untuk bergegas ke branch Shaklee Taman Molek seorang diri dari tempat kerja lama saya di UTM Skudai untuk mendapatkan stok vitamin Herblax yang sangat menjadi rebutan ketika itu.

Bayangkan saya sesat hampir sejam lamanya berpusing-pusing di sekitar bandar JB kerana baru pertama kali menggunakan aplikasi Waze & tidak faham pula bagaimana untuk ke branch tersebut.

Nak menangis pun tak de faedah. Takkan nak berhenti separuh jalan?

Akhirnya saya redah juga selepas menelefon suami bertanyakan arah. Alhamdulillah dalam 15 minit kemudian, sampailah saya ke destinasi yang dituju.

Sehingga kini, saya dah tak rasa takut lagi jika terpaksa COD vitamin Shaklee sejauh ke hujung tambak dengan memandu sendiri.

Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa

 

Tips Atasi Rasa Takut 3: Solat Istikharah

tips atasi rasa takut

Saya masih lagi ingat, sebelum mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes Shaklee, saya dipesan oleh upline saya, Puan Farha Maskuriy untuk membuat solat sunat istikharah apakah benar bisnes ini bisnes yang terbaik yang  saya bakal usahakan.

Alhamdulillah, apabila melakukan solat sunat istikharah dengan konsisten sekurang-kurang 3 hari, saya mendapat ketenangan jiwa & mudah untuk ambil keputusan tanpa ragu-ragu lagi untuk meneruskan perniagaan yang saya buat secara atas talian ini.

Memang benar.

Solat sunat istikharah sangat membantu kita untuk berhadapan dengan rasa takut untuk membuat keputusan.

Jangan ingat istikharah hanya untuk tentukan jodoh dalam perkahwinan saja.

Malah ia sebenarnya boleh diamalkan untuk semua urusan yang mana kita berdepan dengan rasa teragak-agak serta sukar pula menetapkan keputusan.

Saya harap 3 tips yang saya huraikan tadi dapat membantu melahirkan rasa berani buat anda yang sering takut untuk bertindak sebelum ini.

Semoga ia bermanfaat  😉

Jemput share & jemput komen jika ada.

 

4 thoughts on “Saya Risau Saya Gagal: Tips Atasi Rasa Takut Untuk Bertindak”

  1. MasyaAllah tq for the tips and advices. saya memang tengah dalam proses ambil lesen P. Ya Allah nervous nya hanya Tuhan je yang tahu. Alhamdulillah lepas baca ni saya rasa tenang sikit. Terima kasih banyak puan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge