Segmen Blogwalking Lepas Raya!

[Sila klik banner di atas untuk sertai]

Assalamu’alaikum.. salam aidilfitri untuk semua yang singgah & membaca  😀

Mood menulis semakin mencabar sejak berada di kampung halaman ni. Maklumlah.. rasa bercuti tu seronok sangat sampai laptop pun kemas je tersimpan dalam beg.

Mujurlah juga ada segmen blogwalking ni. Boleh juga menghidupkan blog di kala ralit bersantai di kampung ni.

Pengalaman Raya 2015 Yang Best Tak Dapat Dilupakan

Ada beberapa juga perkara yang menarik berlaku sepanjang menyambut syawal 2015 ni. Antaranya ialah:

(1) Tragedi Kereta Suami Dicium Sehari Sebelum Raya

Baru-baru ni saya ada menulis tentang cara mengatasi rasa mengantuk sepanjang musim perayaan kerana baru saja menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya semasa pulang ke rumah mentua di akhir-akhir Ramadhan .

Tak sangka pula, dalam kita duk berhati-hati tu nak juga jadik accident pada keluarga sendiri.

Petang sebelum berakhirnya 29 Ramadhan, ada 1 kereta sedang berundur dalam kelajuan yang sederhana betul-betul di hadapan kami. Tanpa sempat kami membunyikan hon / berundur ke belakang, kereta tersebut telah pun mencium bumper hadapan kereta kami..  😥

Alhamdulillah fungsi lampu hadapan tidak terjejas.

Walaupun hanya kemalangan kecil, tapi ia memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Ingat ya korang.

Jaga jarak antara kenderaan tidak kira samada dalam keadaan laju ataupun perlahan.

(2) Anakku si Auni Batrisyia Mula Suka Dipakaikan Telekung Solat

Peristiwa ini baru sangat berlaku.

Kami menunaikan solat di 2 masjid di sekitar daerah Alor Setar, Kedah ni kerana berjalan-jalan melawat Muzium Padi & Menara Alor Setar.

Kebiasaannya Auni (berumur 2 tahun ketika 10 April 2015) hanya ingin memakai kain tuala di atas kepalanya tiap kali ingin turut solat bersama-sama saya di rumah.

Tapi Alhamdulillah kali ini dia dengan rela hatinya mintak dipakaikan kain telekung di kepalanya untuk sama-sama bersolat dengan kami di masjid ni.

Doakan juga anakku ini kekal menjadi anak yang solehah buat kami suami isteri ya  🙂

Itu jela 2 pengalaman yang paling tak dapat dilupakan sepanjang Syawal pada tahun ini. 😉

Korang bagaimana? jemput juga tinggalkan link blog korang ya. Ada kesempatan saya singgah nanti   😀

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

16 Responses

  1. RRAI says:

    dulu pernah jadi, bus reverse terkena kereta kami bawak. fuhhh. bus kot. sekali dia hempap tu penyek kite. hahahhh. pecah lampu kete kawan. tu sebab tak jaga jarak punya pasal.
    btw terima kasih sbb join segmen ni 🙂
    RRAI recently posted…SEGMEN AKU NAK BLOGWALKING BY CIK YANAMy Profile

  2. salam singgah cn good luck

  3. Datang nak beraya , ada orang tak ? hehee
    btw dari segmen yana sama. All the best !!

    http://theathra.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-lepas-raya.html

  4. areefa says:

    comelnye auni….selamat bersegmen

    jom singgah beraya kat blog saya

  5. Hani Rahman says:

    Singgah dari segmen yg sama …
    Hani Rahman recently posted…Kaki Komen Julai 2015 #JomBercontestMy Profile

  6. xox says:

    goodluckk 🙂

  7. Hi … Jalan-jalan dari segmen yang sama … Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi dan Join contest kat SiNi … Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.