Sekitar Festival Kraf Johor 2014 (8-31 Disember 2014)

festival kraf

Assalamu’alaikum & salam sejahtera

Baru-baru ni saya & suami sebenarnya berhajat nak ke Plaza Angsana (Badan Cemerlang) untuk membeli beberapa buah buku (untuk anak-anak & rujukan saya).

Terlanjur ke sana ternampak ramai orang di Tapak Ekspo berdekatan..

Ooh.. baru tahu ada Festival Kraf Johor 2014 rupa-rupanya..

Festival Kraf ini berlangsung dari 8 – 31 Disember 2014.

Menarik juga sehingga buat kami melencong sekejap ke sana.

Antara booth yang menarik perhatian saya & suami adalah:

  • pameran peralatan senjata tradisional
  • lukisan kanvas
  • hiasan dalaman dari alam semulajadi

Ada satu booth yang kami tak begitu asyik nak jenguk mungkin sebab dah selalu sangat kot boleh nampak. Iaitu booth pameran kain-kain batik. Heehee.. maklumlah suami saya memang Terengganuan.. jadi tak berapa nak heran sangat..

Tapi bagi yang berminat nak cari kain batik crepe atau batik polos, boleh juga berkunjung ke sana.

Pameran Peralatan Senjata Tradisional

Sebenarnya saya & suami memang gemar tengok rancangan “How Its Made” yang biasa disiarkan di Discovery Channel.

Jadi apabila dapat peluang tengok cara orang buat senjata (parang/ keris/ mata pisau & yang sewaktu dengannya tu) memang terus stick dari satu booth ke satu booth.

Kami berdua memang tertarik tengok cara mata senjata diketuk & dilipat.

Antara senjata yang menarik perhatian kami..

Lading Patani ni..

& juga pada mata/ bilah senjata yang beraneka harga ni πŸ˜‰

Menurut encik yang membuatnya ni (tak teringat plak nak amik nama :mrgreen: ), harga bilah mata senjata ni bergantung kepada berapa lapisan ia dibuat.

Lagi banyak lapis lagi tinggi harganya πŸ˜‰

Ni pulak hulu keris yang diperbuat dari tanduk rusa.. Baru tau tanduk rusa sebegitu tajam.. πŸ™„

& bukan sebarang orang juga yang boleh buat senjata. Mereka ini terdiri dari golongan yang ada ilmu & kemahiran yang tertentu.

 

Β Pameran Lukisan Kanvas

Sangat kreatif.

Kebanyakan artwork adalah berkisarkan tema keislaman.

Ayat-ayat Al Quran juga ada yang dilukis pada kanvas. Sangat sesuai untuk digantung pada dinding.

Ada juga servis untuk membuat keychain/ lukisan kanvas yang ada nama jawi kita sekeluarga.

Harga dari serendah RM5 saja πŸ˜‰

& tidak terkecuali juga ada servis untuk melukis potret wajah πŸ˜‰

Pameran hiasan dalaman dari alam semulajadi

Yang ini pun menarik juga.

Dalam banyak-banyak produk yang dipamerkan saya paling suka tengok bunga dari peria kering ni (saya xingat ia peria atau apa), tapi yang pasti ayah saya pernah bawak balik (yang tiada warna) dari Sarawak ketika melancong dengan mak beberapa tahun yang lepas.

Selain yang saya kongsikan di sini, ada banyak lagi pameran/ menarik yang mungkin menjadi pilihan anda sempena jualan hujung tahun ni.

Bagi yang tinggal berhampiran Johor Bahru, masih sempat untuk bawa keluarga window shopping @ membeli belah di Festival Kraf Johor 2014 ni!

Semoga perkongsian ini bermanfaat :mrgreen:

Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge