Sekitar Hari Pertabalan Sultan Johor-DYMM Sultan Ibrahim 23 Mac 2015

hari pertabalan sultan johor

hari pertabalan sultan johor

hari pertabalan sultan johor

hari pertabalan sultan johor

hari pertabalan sultan johor
Sultan Johor berarak di dalam Rolls Royce

hari pertabalan sultan johor

Alhamdulillah berakhir sudah peristiwa sejarah yang penuh adat istiadat & kemeriahan yang dikongsi seluruh rakyat jelata di negeri Johor.

Hari pertabalan Sultan Johor ini merupakan suatu detik yang bersejarah kerana ia diadakan setiap 55 tahun sekali.

Jalan Ditutup Sepanjang Perarakan

Semua jalan utama;  Jalan Skudai/ Pantai Lido, Jalan Tun Abdul Razak/ Pantai Lido & Jalan Sungai Danga/ Pantai Lido serta beberapa jalan lain untuk ke pusat bandar ditutup seawal jam 7 pagi sehingga sekitar jam 1 tengah hari sempena perarakan ini hari pertabalan Sultan Johor ini.

Malam sebelum perarakan, kami dari Team Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor dah siap-siap study jalan nak ke tempat kami membuat persembahan.

Memandangkan kami akan perform di Checkpoint yang ke 6 iaitu di hadapan Galeria @ Kotaraya, Jalan Trus, maka kami dibenarkan untuk datang seawal jam 5 pagi & bersolat Subuh di Masjid An Nur yang terletak di dalam Plaza Kotaraya.

hari pertabalan sultan johor
Team Silat Cekak Pusaka Hanafi dari UTM berkumpul seawal jam 5.15 pagi
Team Silat Cekak Pusaka Hanafi dari Pusat Latihan Johor Bahru

Persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor di Checkpoint 6, Galeria @ Kotaraya

Alhamdulillah kami seramai lebih kurang 100 pesilat yang mewakili Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi cawangan Johor ini bergabung tenaga dari beberapa pusat latihan.

Antaranya adalah dari UTM Skudai, SMK Dato Usman Awang, UniKL MITEC, SMK Damai Jaya, Pusat Latihan Johor Bahru.

hari pertabalan sultan johor
Datang berdua berkereta dengan Puan Siti Salwa dari Skudai

Lain-lain Persembahan di Checkpoint 6, Galeria @ Kotaraya

rakyat jelata berpusu-pusu menurunkan tandatangan di sini sambil memberi ucapan
  • Persembahan pentas
  • Persembahan muzikal
  • Persembahan nyanyian Buskers
  • Dinding Ucapan Menjunjung Kasih Rakyat Johor
  • Pertandingan Mewarna
  • Senamrobik @ JRobik
  • Lompat tali
  • Tarian Bhangra oleh kaum Sikh

Biodata Ringkas DYMM Sultan Ibrahim

hari pertabalan sultan johor

Biodata Ringkas Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

  • Diputerakan pada 22 November 1958
  • Pernah melibatkan diri dalam latihan airbone & ranger untuk pegawai infantri
  • Pernah melibatkan diri dalam latihan juruterbang helikopter
  • Pernah melibatkan diri dalam latihan tentera laut
  • Menerima tauliah sebagai anggota pasukan SEAL (tentera laut & darat) di Fort Benning, Georgia Amerika Syarikat.
  • Menerima tauliah sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Indonesia
  • Pernah dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri
  • Dimasyurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981
  • Dilantik sebagai Pemangku Raja ketika DYMM Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong (25 April 1984 ~ 25 April 1989)
  • Dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar
  • Mendirikan rumahtangga dengan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah pada 22 September 1982
  • Dikurniakan 5 orang putera & seorang puteri: DYAM Tunku Ismail, YAM Tunku Tun Aminah, YAM Tunku Idris Iskandar, YAM Tunku Abdul Jalil, YAM Tunku Abdul Rahman & YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim
  • Sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor sejak 2001 dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi yang menjadi acara tahunan bagi melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi si semua 10 daerah di negeri Johor
  • Menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai sultan yang pertama memandu kereta api secara rasmi
  • Antara hobi & kegemaran baginda adalah sukan polo, sukan tenis, luncur layar, menembak, memandu & payung terjun.

Biodata Ringkas DYMM Raja Zarith Sofiah

hari pertabalan sultan johor

Biodata Ringkas Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah

  • Diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak
  • Anakanda ketiga kepada pasangan diraja DYMM Paduka Seri Sultan Perak Almarhum Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah & DYMM Raja Perempuan Perak, Almarhumah Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah
  • Pendidikan awal: SRJK Datin Khadijah, Kuala Kangsar sehingga darjah 6
  • Sekolah menengah & tamat tingkatan 6 di Cheltenham Ladies College, England
  • Dianugerahkan Ijazah Bachelor of Arts pada 1983 di University Oxford
  • Mempunyai bakat seni lukis & minat dalam bidang penulisan
  • Mempelajari beberapa bahasa termasuk bahasa Mandarin, bahasa Perancis & bahasa Itali
  • Merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Felo Fakulti Pengajian Bahasa & Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Penaung Pertubuhan Kanak-Kanak Spastik Johor
  • Penaung Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia
  • Penasihat DiRaja Bulan Sabit Merah Malaysia

Perarakan hari pertabalan Sultan Johor berakhir kira-kira pada jam 11 pagi. Laluan dibuka semula & berjalan lancar kira-kira pada jam 11.30 pagi.

1 thought on “Sekitar Hari Pertabalan Sultan Johor-DYMM Sultan Ibrahim 23 Mac 2015”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge