Sekitar Kampung Halaman & Cuti-Cuti Seluruh Semenanjung Malaysia

Alhamdulillah kami selamat tiba kembali ke rumah kami di Skudai ni kira-kira jam 8 malam semalam.

Perjalanan dari Kemaman, Terengganu ke Skudai mengambil masa sekitar 6 hingga 8 jam bergantung pada trafik & destinasi kami berhenti rehat.

Pulang ke kampung (Kedah & Terengganu) kali ni encik suami tak bagi saya peluang langsung untuk bergilir memandu. Mungkin juga sebab faktor kesihatan saya yang tidak berapa stabil minggu lepas.

Cuti-Cuti Di Kampung Yan, Kedah (15-19 Feb)

Skudai, Johor ke Yan, Kedah mengambil masa sekitar 10 – 12 jam perjalanan bergantung pada trafik & berapa lama nak henti rehat sepanjang perjalanan.

Sebelum pulang ke Yan, Kedah, banyak aktiviti yang memerah otak & tenaga yang saya lakukan sepanjang di Johor ni. Alhamdulillah sebenarnya kesakitan yang Allah Bagi ketika demam menandakan saya perlu banyakkan berehat & minum banyak lagi air kosong.

Sepanjang demam panas tu, saya asyik bermimpikan tugas-tugas yang saya perlu laksanakan. Huhu.. 😥

Macam biasa, kalau saya demam, lepas tu mesti dapat selesema & batuk.

Saya tak pergi klinik sebab saya tahu Doktor hanya akan bagi saya Paracetamol & mungkin ubat-ubat batuk & selesema.

Cara Saya Turunkan Suhu Demam Panas Tanpa Ubat

Malam tu mak & suami dah risau. Siap tanya nak pergi klinik atau tak. Saya jawab, tunggu esok pagi saja. Malam tu saya nak berehat di rumah & cuba natural remedies saja.

  • Guna pelekat cool fever
  • Letak kain basah di dahi
  • Mandi awal pagi dengan air suam
  • Jerlum kepala dengan air asam jawa
  • Telan Sustained Release Vita-C Plus 500 mg (2 biji x 2 kali)
  • Telan OsteMatrix (2biji sebelum tidur)

disebabkan benda yang terhad di kg, saya pakai yang for children tu.. pun ok..

vitamin C yang saya suka

ostematrix bantu saya lebih rehat & relaxed

Alhamdulillah kepala saya yang berat & sarat dengan pelbagai tekanan hilang macam tu saja selepas berehat malam tu sambil ikhtiarkan pelbagai natural remedies.

Esoknya kami semua ke kebun Mak & Ayah pula. Menjenguk dangau (rumah rehat) & sambil-sambil menebas semak-samun di kebun.

 

suka meihat mak tersenyum gembira

menebas semak samun di kebun

kata suamiku ia adalah tahi musang selepas makan buah kopi

Haha.. agaknya berturut-turut aktiviti, malam balik dari kebun, saya selesema teruk pula.. 😥

Cara Saya Hentikan Selesema Tanpa Ubat

Hikmahnya saya diberi Allah kesakitan yang pelbagai ni adalah untuk saya praktikkan semua ilmu natural remedies yang saya tahu.

Malam tu saya tak boleh tidur. Asyik bersin & hidung makin berair. Kotak tisu & air kosong memang ada sebelah katil. Tiba-tiba teringat garlic socks & minyak bawang putih.

  1. Tumbuk bawang putih & campur ke dalam minyak masak
  2. Lumur sedikit minyak bawang putih tadi ke tapak kaki
  3. Balut kaki dengan plastik cling wrap
  4. Pakai stoking

Garlic socks ni memang panas. Saya tanggalkan balutan plastik ni selepas 3-4 jam tidur. Alhamdulillah bangun pagi esoknya hingus dah kering. Dah tak running nose lagi.

membungkus kaki sebelum tidur.. terbaik untuk mereka yang sedang mengalami selesema teruk

Saya biarkan sedikit minyak bawang putih di dalam piring & diletak dalam bilik tidur.

Untuk kesihatan dari dalam, saya amalkan juga

  1. Telan garlic complex (sebagai antibiotik semulajadi)
  2. Telan Sustained Release Vita-C Plus 500 mg

Cuti-cuti di Terengganu (20 – 24 Februari 2015)

Alhamdulillah kami bergerak ke Terengganu (hometown suami) dari Kedah seawal jam 8 pagi.

sempat lagi singgah beli Etok Salai..

rasanya seperti siput lala. Diorang salai bersama-sama dengan bawang putih

Trafik sangat lancar & perjalanan agak baik hingga kami sempat untuk singgah makan kenduri junior kami di Pasir Puteh, Kelantan sekitar jam 2.30 petang.

Kali ni dah dapat merasa naik highway baru (Lebuhraya Pantai Timur) dari Kuala Terengganu turun ke Kerteh untuk ke Kemaman. Free of charged.

Sempatla singgah Mesra Mall dulu sebelum pulang ke rumah ibu di Kg Bukit Kuang.

Mungkin balik raya Aidilfitri nanti bakal dikenakan tol pula.

Di Kemaman, tak banyak sangat aktiviti berat yang dilakukan. Saya macam biasalah, ambil peluang basuh pakaian yang menimbun dalam plastik sementara suami sibuk beraktiviti bersama anak-anak.

Sempat jugalah membeli 2 ekor lobster di Jeti Kuala Kemaman ni.

Sekian saja coretan cuti-cuti kali ini.

Apa yang membuatkan saya rasa puas adalah dapat menggembirakan hati kedua-dua orang tua saya di Kedah & dapat juga menjenguk ibu mertua di Terengganu dalam tempoh yang singkat ini.

Alhamdulillah… :mrgreen:

Begitulah lumrah kami sebagai anak-anak yang di perantauan.. 😉

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.