tips bulan puasa

Sekitar Majlis Iftar Silat Cekak Pusaka Hanafi Johor

Ni aktiviti kami sekeluarga pada hujung minggu lepas.

Seperti pada bulan Ramadhan di tahun-tahun yang sebelumnya, ini adalah aktiviti tahunan yang kami lakukan bersama-sama ahli silat Cekak Pusaka Hanafi Johor yang lain di rumah persatuan Silat Cekak Hanafi Johor, Kg Mohd Amin, Johor Bahru.

Majlis Iftar SCPUHJ

Biasanya majlis iftar kami berkonsepkan “pot luck” di mana menu utama makanan berbuka pada hari itu hanya sejenis 2 sahaja makanan berat manakala selebihnya jamuan yang lebih ringan yang disumbangkan oleh setiap keluarga.

Apabila masing-masing menikmati hidangan secara pot luck, terasa sangat keberkatannya.

Kadang-kadang makanan yang sedikit pun terasa sungguh mengenyangkan.

Seperti selalu, jika banyak makanannya, maka banyaklah yang akan kami makan sama-sama sampai wajib ada yang perlu membungkus makanan yang terlebih untuk dibawa balik ke rumah masing-masing.

Alhamdulillah..

Boleh dibuat sampai ke sahur, in shaa Allah.

Tentang Zakat

Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Al-Sya’rawi di dalam bukunya, Ensiklopedia Adab Islam berdasarkan Al Quran, zakat merupakan satu kaedah yang kuat di dalam menanggung kehidupan masyarakat.

Siapa Yang Layak Menerima Zakat?

Seperti Firman Allah SWT di dalam Surah At Taubah, ayat 60:

zakat

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu, hanyalah untuk orang-orang fakir; dan orang-orang miskin; dan amil-amil yang menguruskannya; dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya; dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya; dan orang-orang yang berhutang; dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah; dan orang-orang musafir (yang sedang dalam perjalanan). (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Zakat Dapat Menghindarkan Kejahatan Terhadap Orang Yang Memiliki Harta

Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Al Sya’rawi lagi, zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam ini sebenarnya juga dapat memberikan keberkatan untuknya di dunia & di akhirat.

Seperti sabda Rasulullah SAW,

“Anak Adam berkata, “Hartaku! Hartaku!…

Apakah ada untukmu wahai anak Adam daripada hartamu melainkan apa yang kamu makan, lalu hancur; apa yang kamu pakai lalu usang atau apa yang kamu sedekahkan akan tetap kekal.

[Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muslim (2958) Ahmad di dalam musnadnya (4/24, 26) Tirmidzi di dalam kitab susunannya (2342) Nasa’i di dalam kitab susunannya (6/238) daripada Abdullah bin Syakhir

Jadi, jika kita nak harta kita yang ada di dunia ini dapat dibawa ke akhirat,  sedekahkanlah kepada mereka (melalui zakat) semasa kita di dunia ini.

Kelebihan & Hikmah Majlis Iftar Yang Menjadi Tradisi Dalam Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi

(1) Ikatan Ukhuwah Semakin Erat

  • Sedar atau tidak, telah hampir 10 tahun saya mengikuti majlis iftar yang dilakukan dalam Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi ni.
  • Apabila ahli-ahli SCPUH berkumpul bersama-sama keluarga, ikatan kekeluargaan semakin erat di antara kami.

Bayangkan saya yang tiada sanak saudara di Johor ni boleh merantau lama di sini & seronok pula menetap lama di perantauan sebab mempunyai keluarga silat di sini.

Mereka lah tempat kami sekeluarga menumpang kasih tiapkali berlaku kecemasan.

(2) Pembelajaran Kepada Anak-anak

  • Majlis sebegini sebenarnya mendedahkan kepada anak-anak ahli yang turut sama datang untuk merasai tradisi yang dilakukan.

Berzakat adalah rukun Islam yang ke 4. Ia dapat menyucikan harta. Seperti dalam Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah, ayat 110:

zakat

“Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala sesuatu yang kamu kerjakan”.

Rujukan:

  1. Ensiklopedia Adab Islam Berdasarkan Al Quran (Syeikh Muhammad Mutawalli Al Sya’rawi, Jasmin Publications, 2010)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge