seminar imej 360

Seminar Imej 360 Oleh Puan Mary Pakar Perunding Imej

Alhamdulillah berpeluang untuk hadir ke seminar Imej 360 yang dikelolakan sendiri oleh team Puan Mary, 5 Oktober 2019 baru-baru ini. Saya sebelum ni tak begitu mengenali siapa Puan Mary ni, tapi ada biasa dengar namanya di post FB.

Saya join seminar ni bersama-sama team group wasap. Untuk harga early bird, kitorang kongsi berlima, dapatlah join sorang pada harga RM50. Bagi saya, harga ni sangatlah berbaloi untuk seminar 9 am – 5:30 pm macam ni.

seminar imej 360

Apa Yang Menarik Dalam Seminar Imej 360

Jemput tonton video atas ini  🙂

Among all, seminar ni memang hanya untuk wanita! Memang best.

seminar imej 360

Dalam seminar imej ni, Puan Mary ajar:

  • Etika dalam majlis, cara duduk, cara bawak handbag untuk kelihatan lebih elegant
  • Cara pemilihan handbag yang sesuai dengan tubuh badan
  • Cara pemilihan warna yang sesuai untuk kelihatan lebih kurus, lebih elegant
  • Rutin penjagaan kulit wajah
  • Tips Pemakaian Pakaian Dalam (wah yang ni paling tinggi sense of humor Puan Mary, berdekah-dekah jugak seluruh dewan ketawa tau)
  • Cara Bina Followers di Media Sosial

Puan Mary juga ada mengeluarkan beberapa produk exclusive nya. Antaranya:

  • tudung shawl
  • buku untuk membuat padanan warna pakaian
  • kamus tentang kulit
  • harmonizer – sejenis alat untuk menentukan warna lipstik & warna blusher yang sesuai dengan warna kulit

Yang paling best, group kami (duduk semeja) menang hadiah fullset buku yang dikeluarkan oleh Puan Mary, bernilai RM150!!!

seminar imej 360

Berbaloi sangat berdiri atas kerusi.

3 Perkara Yang Menarik Tentang Puan Mary

Masa mula-mula tengok profile Puan Mary kat buku yang dapat dalam door gift ni, terpegun juga saya tengok pencapaian yang dah dibuat oleh Puan Mary within 10 years. Baru 10 tahun, tapi beliau dah achieve banyak juga dalam career nya.

seminar imej 360
Puan Mary (berdiri 2 dari kanan)

(1) From Nobody To Somebody

Puan Mary cerita bagaimana beliau di awal career nya, di tolak oleh beberapa pihak & syarikat sebab beliau bukan lah seseorang yang bergelar Dato’ atau Datin.

Pernah ditolak juga sebab beliau tidak pernah muncul di kaca TV.

Bagaimana impian beliau tercapai, hasratnya untuk ada “First Lady” belajar dalam kelasnya. Tun Dr Siti Hasmah adalah salah seorang murid yang berada dalam kelas imej beliau.

(2) Full Of Sense Of Humor

Seronok dengar talk Puan Mary. Memang tak bosan. Sangat best & sangat menghiburkan di samping mesej yang nak disampaikan itu tepat menuju pemahaman.

(3) Ikon Wanita Berjaya

Seronok tengok banyak anak syarikat yang dah Puan Mary wujudkan dalam empayarnya. Ada 7 semuanya.

  • Training Cube International
  • Career Cube
  • MAKE you look better – konsultan imej bertauliah
  • Style Sense Solutions Sdn Bhd
  • Akademi Perunding Imej Profesional
  • Youth Etiquette School
  • Puan Mary Network

Saya sangat sarankan seminar ini wajib dihadiri oleh semua wanita. Tak kira apa jua profesion. Even suri rumah seperti saya juga sangat perlukan input dari seminar Imej 360 ini.

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Seminar Imej 360 Oleh Puan Mary Pakar Perunding Imej”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge