Senaman Ibu Hamil : Benarkah Senaman Membantu Masalah Anemia?

 

Tahukah bahawa, wanita yang aktif bersenam 3 bulan sebelum hamil adalah lebih baik tahap kesihatannya ketika berada dalam trimester pertama berbanding mereka yang tidak bersenam?

Ya.. sangat betul fakta ni.

Saya teringat beberapa bulan sebelum hamilkan Lutfi, saya memang aktif beriadah. Saya hadiri rutin kelas silat & hadiri kelas berenang juga. Apa yang saya nampak beza berbanding kehamilan sebelum, saya lebih fit & bertenaga sepanjang hamil.

Jenis Senaman Ibu Hamil

Walaupun dikatakan senaman dapat membantu kesihatan ibu hamil, namun bukan semua tau senaman yang boleh dibuat sepanjang kehamilan.

Pilih senaman yang tidak membebankan/ tidak bergantung pada berat badan

    • berenang
    • berjalan
    • berbasikal secara pegun (indoor)
    • aerobik yang ringan
    • yoga

senaman ibu hamil

Kelebihan Berenang Buat Ibu Hamil

senaman ibu hamil

(1) Kuatkan Jantung & Perbaiki Sistem Pernafasan

Tahun lepas saya join kelas belajar berenang sekali seminggu pada waktu malam. Memang best berenang. Saya perasan pernafasan saya jadi lebih baik. Tak mudah mengah bila masuk trimester kedua.

Ketika berenang, jantung bekerja lebih effisien untuk mengepam darah. Oksigen juga dapat sampai ke seluruh tubuh.

Sebab tu juga ada kajian yang mendapati, senaman ibu hamil seperti berenang ni juga mampu membantu meningkatkan Hb dalam darah

(2) Kuatkan Otot & Melegakan Sakit Sendi

Ketika berenang, daya apungan dalam air juga membantu regangan pada otot tubuh ibu hamil. Sebab tu kalau perasan, lepas berenang, ibu hamil dapat mengurangkan rasa sakit belakang.

Tips untuk melegakan sakit sendi ketika berenang:

  • berenang sekurang-kurangnya 30 minit per sesi. Ulang aktiviti ini beberapa hari seminggu.

(3) Kekalkan Berat Badan Sihat

Berenang juga sebenarnya membantu ibu hamil untuk berada dalam berat badan yang sihat. Kenaikan berat badan berlaku secara tidak mendadak.

Selain asbab mengamalkan vitamin ibu hamil ini, berat saya tak naik banyak sepanjang hamil kerana saya aktif bersenam

(4) Paras Gula Dalam Darah Yang Sihat

Selain faktor pemakanan, berenang juga membantu meningkatkan tahap sensitiviti insulin. Glukosa dalam darah dapat digunakan dengan lebih effisien. Secara tak langsung dapat mengurangkan risiko kencing manis di kalangan ibu hamil (GDM).

Banyak faedah senaman buat ibu hamil kan?

Apa-apapun, boleh berbincang dengan doktor masing-masing sekiranya ibu-ibu memilih untuk melakukan mana-mana senaman ibu hamil yang disenaraikan tadi  🙂

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Rujukan:

  1. https://sites.uni.edu/dolgener/Fitness_Assessment/exercise_and_pregnancy2.pdf
  2. https://www.babycenter.com/0_great-pregnancy-exercise-swimming_7822.bc
  3. http://www.babymed.com/sports-and-leisure/health-benefits-of-swimming-during-pregnancy

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

4 Responses

  1. Mama pipie says:

    Bersenam mmg Akan buat Kita bertambah fit kan

  2. Siqahiqa says:

    Pasti ibu akan lakukan yang terbaik untuk anak tersayang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.