senarai keperluan sekolah

Senarai Keperluan Sekolah Khusus Buat Panduan Ibu Bapa Anak Darjah 1

Yeah cuti sekolah kembali lagi  🙂 Seronok sakan anak-anak dapat lah main puas-puas, sibuklah ajak mak ayah pergi bercuti & balik kampung!

Oh ya, bagi ibu ayah yang baru pertama kali nak ada anak bersekolah darjah 1 tahun hadapan, saya ucapkan tahniah & welcome to the club  😆

Jemputlah baca semua senarai keperluan sekolah yang akan saya share buat panduan ibu ayah. Senang bila dah ada list ni. Bolehlah buat belanjawan siap-siap.

senarai keperluan sekolah

5 Senarai Keperluan Sekolah Yang Wajib Ibu Ayah Tahu

Ni senarai yang saya buatkan khusus buat anak-anak muslim yang bersekolah kebangsaan & sekolah agama negeri. Maksudnya ada 2 sesi persekolahan.

Macam abang Din, pagi beliau sekolah kebangsaan, petang sekolah agama.

(1) Pakaian Sekolah & Aksesori

Keperluan Sekolah Anak Lelaki

  • Baju uniform x 2 @ 3 pasang (anggaran RM22 – RM37 sepasang bergantung pada jenis kain & jenama). Kain cotton lebih murah berbanding kain licin (koshibo). Tapi kain licin lebih tahan lama & biasanya kurang renyuk.

senarai keperluan sekolah

  • Seluar uniform panjang x 2 pasang (anggaran RM36 – RM40 sepasang)

senarai keperluan sekolah

  • T-shirt putih sukan x 1 @ 2 (anggaran RM11 sepasang). Biasanya tshirt sukan sekolah agak lambat dapat bergantung pada stok sekolah. Jadi, tshirt putih dipakai untuk sementara.

senarai keperluan sekolah

  • Seluar sukan x 1 @ 2 pasang (anggaran RM11 sepasang). Sama macam keadaan tshirt sekolah tadi. Beli untuk guna sementara.
  • Baju melayu cekak musang x 3 pasang (anggaran RM38 – RM43 sepasang bergantung pada jenis kain/ jenama)
  • Singlet x 6 pasang (anggaran RM6 sepasang)
  • Tali pinggang x 1
  • Songkok x 1
  • Samping hitam (sekolah agama di Johor) x 2 pasang (anggaran RM10 sepasang bergantung pada jenis kain)

Banyak mana pasang bergantung juga pada bajet & keselesaan ibu bapa.

Untuk mak yang suri rumah mungkin tak ada masalah untuk rajin basuhkan lebih kerap. Untuk parents bekerja, mungkin perlu lebih banyak pasang.

Keperluan Sekolah Anak Perempuan

  • Baju kurung uniform x 3 pasang (anggaran RM27 sepasang bergantung pada jenis kain & jenama). Kain cotton lebih murah berbanding kain licin (koshibo). Tapi kain licin lebih tahan lama & biasanya kurang renyuk.
  • Kain uniform panjang x 3 pasang (anggaran RM27 sepasang)
  • Tudung putih x 3 pasang (anggaran RM11 sepasang ikut jenis kain)
  • Singlet x 6 pasang (anggaran RM6 sepasang)

Untuk anak perempuan, pakaian ke sekolah kebangsaan adalah pakaian yang sama untuk ke sekolah agama. Mungkin perlu fikirkan kuantiti yang lebih ikut keselesaan masing-masing.

(2) Kasut Sekolah & Stoking

  • Kasut putih/ hitam x 1 @ 2 pasang (anggaran RM33 sepasang bergantung pada jenis/jenama)
  • Stoking putih/ hitam x 3 pasang (anggaran RM10- RM12 untuk 3 pasang)

senarai keperluan sekolah

Sekolah abang Din baru je tetapkan tahun hadapan semua pelajar wajib memakai kasut dan stoking warna hitam. Yahooo la parents masing-masing  😆

Dari pengalaman saya untuk abang Din, sepasang kasut untuk setahun dah sangat memadai untuk guna di kedua-dua sesi persekolahan. Memang guna sampai rabak!

Tapi jika parents ada bajet extra, belilah 2 pasang kasut.

Tulis nama anak pada kasut sekolah untuk elak tertukar.

(3) Beg Sekolah

Ada banyak jenis dan harga. Dari serendah RM39 hingga cecah RM120 ikut jenama & jenis.

senarai keperluan sekolah

senarai keperluan sekolah

Berbaloi beli yang beg beroda sekiranya anak-anak di kelas aras bawah. Kesian juga nak angkat kalau naik tangga.

(4) Alatan Tulis

Berbanding di tadika, kat sekolah rendah anak-anak dah kena belajar bawak alatan tulis sendiri. Mak ayah stanby la beli untuk stok jangka panjang. Bekalkan beberapa je untuk kegunaan harian.

  • pensel kayu 2B
  • pemadam
  • pembaris
  • pengasah pensel
  • kotak/ bekas pensel
  • gunting
  • gam (disarankan beli gam jenis sticky glue, lebih kemas dalam simpanan, tak comot beg)
  • pensel warna (disarankan beli jenis panjang untuk kegunaan lebih lama)

senarai keperluan sekolah

senarai keperluan sekolah

Masalah sejagat: pensel/ pemadam/ pensel warna akan mudah lesap! Labelkan semua alatan tulis anak-anak.

(5) Plastik Pembalut Buku

Kena beli untuk balut buku-buku berkaitan. Buku teks, buku aktiviti & buku latihan (ikut keperluan)

Ingat juga untuk beli pita selofan bagi yang beli pembalut jenis gulung.

Senarai Keperluan Sekolah Tambahan:

  • Botol air masak
  • Bekal makanan/ beg bekal makanan
  • Tag nama sementara
  • Cop nama anak (untuk mudahkan tulis pada buku latihan)

Semoga senarai keperluan sekolah ini membantu ibu ayah membuat bajet hujung tahun 🙂

Oh ya jika berminat nak bekalkan nutrisi untuk anak sekolah, boleh dapatkan vitamin untuk kanak-kanak ini



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge