Shaklee Adalah Semulajadi: Jom Lihat Ibupejabat Shaklee Yang Diiktiraf Mesra Alam

Falsafahnya,

“Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Semulajadi”.

Dah tau kan ni merujuk kepada apa? Yes, Shaklee!

Bagi yang belum tahu, ibupejabat Shaklee yang utama adalah di Pleasanton, California, USA.

Apa yang menarik tentang ibupejabat Shaklee di US ni adalah, ia diiktiraf sebagai ibupejabat yang pertama mesra alam di dunia!

ibupejabat Shaklee

Produk Mesra Alam, Pejabat Pun Mesra Alam

Shaklee bukan saja mengeluarkan & menghasilkan produk yang mesra alam terhadap alam sekitar, malahan, ia sendiri membuktikan falsafah ini terhadap ibupejabat di USA.

Antara pengiktirafan yang di buat ke atas ibupejabat Shaklee ni adalah:

  • Yang pertama menerima “Climate Neutral™ certification and totally offset its CO2 emissions” (2000)
  • Yang pertama merupakan ibupejabat yang “green, energy-saving, award-winning buildings designed using sustainable materials, including certified sustainable wood, recycled carpets, and recycled plastics” (2000)

ibupejabat Shaklee

Tiada Pendingin Hawa Di Dalam Pejabat

Bayangkan ya, ibu pejabat Shaklee yang besar ni, xde pun menggunakan aircond seperti hampir kebanyakkan building office di dunia!

Habis tu.. diorang guna apa?

Haaa.. diorang guna pengudaraan semulajadi!
Pengudaraan ini datangnya dari kipas gergasi & pengudaraan dari bawah lantai! Unik kan?

Bangunan Berkonsepkan “Living in Harmony with Nature”

Yang ni memang wow sangat!

Kebanyakkan bahan yang digunakan sebagai kemasan akhir bangunan ini adalah daripada bahan yang semulajadi.

Mereka menggunakan cat dari pewarna semulajadi untuk mewarnakan sekeliling bangunan pejabat ini.

ibupejabat Shaklee

Terbina Daripada Bahan-bahan Kitar Semula

Karpet & dinding di dalam pejabat ini rata-ratanya diperbuat daripada bahan kitar semula.

ibupejabat Shaklee

Jimat Tenaga & Mengurangkan Pencemaran Haba

Lampunya menggunakan teknologi ‘motion sensors’ yang mana ia akan hidup dan mati sendiri sekiranya ia dapat mengesan pergerakan. Di sini secara tak langsung, tenaga elektrik dapat dijimatkan.

Pada waktu siang, bangunan ini menggunakan cahaya semulajadi daripada luar.

Walaupun bangunan ini still banyak tingkap kaca, tapi semua tingkap kaca ni sebenarnya menggunakan ‘electronic sensor’ di mana cahaya boleh tembus masuk sehingga 80% tapi still tidak memanaskan ruang dalam bangunan.

Secara tak langsung, ia telah mengurangkan pencemaran haba berbanding tingkap kaca pada bangunan yang bersifat memantul cahaya lebih tinggi.

Sekeliling Bangunan Terdapat Pokok Yang Menghijau

Sekeliling bangunan ni sangat menghijau!
Diorang memang komited dengan aktiviti penanaman pokok-pokok utk keseimbangan ekosistem!

Ni adalah pokok Shaklee ke-sejuta yg ditanam oleh Roger Barnett, Arnold Schwarzenegger & Nobel Peace Prize Winner, Dr Wangari Maathai dari Kenya

ibupejabat Shaklee

ibupejabat Shaklee

Betapa melihat semua ini buat saya rasa, “Subhanallah..bestnya..” sangat terpanggil naluri ingin ke sana..untuk menyaksikan sendiri semua ciptaan manusia yang ilhamnya setentunya datang dari Allah SWT  🙂

In shaa Allah giliran saya untuk hadir sebagai antara delegasi Shaklee Malaysia ke USA akan tiba suatu hari nanti. Amin 😆

 

Rujukan:

  1. http://www.pollutiononline.com/doc/shaklee-headquarters-model-for-energy-efficie-0001
  2. http://www.shaklee.com/us/en/about.html#/environmental_achievements

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.