silat cekak pusaka hanafi

Silat Beladiri Bertaraf Dunia – Silat Cekak Pusaka Hanafi | Siapa Layak Belajar?

Saya jarang sangat cerita lanjut pasal hobi saya yang nih. Saya suka bersilat. Tapi, saya pilih untuk aktif dalam silat beladiri yang bertaraf dunia, tak lain & tak bukan, Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Ada yang bertanya,

“boleh ke anak saya join belajar silat ni?”

Soalan yang baik.

Ramai orang dah mula berkesedaran untuk hantar anak-anak belajar jaga diri. Bukan apa, banyak giler kot kes buli sekarang. Buli sampai cacat anggota tubuh, Astaghfirullah. Bukan kaleng-kaleng punya kes buli.

Siapa Yang Layak Belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi?

silat cekak pusaka hanafi

Ada syarat-syarat layak belajar silat beladiri ni. Memang bukan semua orang boleh join atas faktor-faktor keselamatan & juga faktor tertentu.

  • Islam (tak kisahlah bangsa apa pun, ada jer warganegara Nigeria & Arab Saudi yang belajar, yang penting dia Islam, sebab masa mula-mula nak jumpa Guru Utama, kena mengucap 2 kalimah syahadah)

 

  • Seawal umur akil baligh ke atas (kat sini, kita guna pakai seawal umur 13 tahun ke atas, sebab silat ni tak boleh dibuat main-main, padahnya nanti kena kat diri sendiri kalau disalahguna. Warga emas pun boleh tau. Maka, kalau ada parents yang nak sama-sama belajar silat ni, sangat dialu-alukan. Jadi untuk anak-anak yang belum layak belajar, jangan bersedih, simpan hasrat tu bila dah masuk sekolah menengah nanti, k. Sementara tu, bolehlah belajar senibeladiri yang lain dulu, buat bekalan jaga diri.

 

  • Waras – Tidak gila lah.

So, kalau tengok syarat-syarat kat atas, ramai jugalah yang layak untuk belajar,

malahan, even kalau ada yang dari kalangan golongan OKU pun, selagi mana ada antara salah satu dari tangan dan kaki yang boleh berfungsi, silat ini mampu untuk dipelajari & mampu dipertanggungjawab untuk menjaga diri sendiri.

Dalam sejarah sepanjang penubuhan silat ini sejak awal 60-an ia dibawa oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad, memang ada pesilat ini yang dari golongan OKU & ada yang kemalangan, kaki lumpuh sebelah, masih boleh menggunakan silat ini untuk menjaga diri ketika diceroboh.

Ciri-ciri Silat Cekak Pusaka Hanafi

Pastikan yang original, mengikut sanad yang betul, yang dipimpin oleh Guru Utama: YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi, pewaris mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi. Beliau adalah anak ke-4 Almarhum Ustaz Hj Hanafi, pengasas silat ini.

  • Pergerakan Silat Cekak Pusaka Hanafi sangat simple,
  • tak perlu berkuda-kuda,
  • tak ada bunga-bunga,
  • berdiri lurus
  • tidak mengelak ke belakang, malah semakin mara ke hadapan
  • sopan untuk wanita berbaju kurung, ayu untuk pertahankan diri
  • tetap gagah berani untuk si lelaki yang tidak mahu memulakan pergaduhan

Dengan erti kata lain, silat Cekak Pusaka Hanafi ni tak bertujuan untuk bermusuhan, namun sangat berkualiti untuk digunakan dalam pergaduhan bagi menjaga diri.

Kat Mana Nak Belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi?

Untuk lebih info, di mana lokasi pusat latihan terdekat, tuan-puan, cik/ encik boleh terus layari website rasmi di bawah:

http://www.pusakahanafi.my

Pusat latihan awam, pusat latihan di IPT & sekolah ada di seluruh Malaysia.

Kalau anda yang di sekitar Skudai, boleh sertai kelas-kelas di

  • IPT – UTM JB (setiap petang Sabtu & Ahad – ikut kalendar akademik IPT)
  • kelas awam di PL JB – Ibu pejabat di Tampoi.
  • kelas sekolah di PL SMK Mutiara Rini
  • kelas sekolah di PL SMK Pulai Perdana (setiap Selasa malam & Jumaat pagi)

Sekian saja coretan kali ni.

Terima kasih sudi singgah baca. Jemput kongsikan pada yang memerlukan. Kalau ada pertanyaan, jemputlah drop di komen entri ni.



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge