smartphone orang kaya

Smartphone Orang Miskin vs Smartphone Orang Kaya | Awak Guna Android / iPhone?

Artikel santai ni just suara hati saya jer tau.

Buat santai-santai bacaan semua. Hihihi. Actually saya taklah baca keseluruhan artikel yang dikatakan menjadi survey sesetengah kelompok masyarakat tu. Bukan apa, might be: biased jela.

Almaklumlah telefon android yang dikatakan smartphone orang kaya itu kan dari negara China. Sedangkan iPhone pula dah tentu dari negara US.

smartphone orang kaya

Iphone (ios) vs Handphone Selain cap Epal (Android) – Smartphone Orang Kaya?

1st of all, sejujurnya lah, saya katakan saya memang pengguna tegar android. Belum lagi rasa teringin nak cuba iphone series sebab buat masa ni belum keperluan.

Kenapa saya kata macam tu?

Sedari asalnya saya dapat smartphone, zaman 2011 kot, rasa bersyukur amatlah. Suri rumah masa tu, dapat smartphone suami bagi, rezeki yang sangat saya syukuri. Time tu saya punya smartphone, biasa-biase aje lah. Samsung jenis apa tak ingat.

Yang ingat, bolehlah guna untuk wasap, tengok Youtube & certain apps yang perlu ketika itu termasuklah Waze.

Lepas Samsung xxx, saya bertukar kepada Samsung yyy (yg ni ehsan suami) tapi saiz besar sedikit. Lepas tu terhilangkan tanpa sengaja.. Nak nangis sebab masih sayang & masih nak guna.

Then Allah Bagi rezeki, saya dapat beli smartphone baru. Masih android. Masa ni beli cash guna duit sendiri kumpul hasil dari bisnes Shaklee yang saya usahakan dari rumah. Brand – xiaomi.

Harga 4 angka namun tak lah setanding harga smartphone iphone dengan ciri-ciri storage yang sama saiz.

Smartphone Orang Kaya Yang Saya Pakai

Hahaha, saya just quote je nih apa artikel tu sebut.

Saya kan pengguna android :mrgreen:

Currently saya guna Huawei Mate 20. Alhamdulillah, pun guna duit sendiri. Dan saya sangat puas hati dengan storage, kelajuan (RAM) dia berbaloi dengan harga yang saya laburkan.

Gambar & video pun cun, sangatlah berpatutan dengan hasil kerja blogging & vlogging yang saya sedang usahakan. Hikhik jemputlah singgah channel Youtube saya ya.

Alah membeli menang memakai.

Biarlah orang kata kita tak pakai smartphone orang kaya pun, asalkan kita tak pakai duit orang, untuk beli & maintain smartphone tu udahlerrr  :mrgreen:

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge