steamboat skudai

Steamboat Skudai Yang Best: Steamboat MELETOP Banyak Pilihan

Siapa suka makan steamboat?

Saya pun suka!

Best makan steamboat jika makan ramai-ramai dengan keluarga & sahabat. Sebabnya, kalau setakat makan 2-3 orang biasanya kita macam tak termakan sangat. Ramai-ramai saling menghabiskan hidangan yang direbus & digrill baru syok! Taklah terasa semput nak telan..hihi

Kalau ada yang tercari-cari steamboat Skudai yang best, boleh lah datang berkunjung ke Restoran Meletop yang terletak di Taman Teratai ni.

Lokasi Steamboat Skudai Best: Steamboat Meletop

Restoran Steamboat Meletop ni berada di Taman Teratai, Skudai, Johor.

Restoran berada di belakang stesen minyak BHP di Taman Teratai.

Boleh waze juga untuk datang secara tepat ke sini.

Kenapa Memilih Steamboat Meletop:

  • banyak pilihan makanan
  • ruang makan yang lebih luas untuk semua pengunjung
  • free flow ais krim & dessert lain yang memang kompem semua suka terutama kanak-kanak  :mrgreen:

Boleh tengok video ni untuk melihat suasana makan steamboat di Restoran Meletop

Masa Operasi Restoran Meletop Steamboat

Steamboat Meletop ni beroperasi setiap hari tau!

Seawal: 4 pm – 12 am

Itu yang special nya & bolehlah kalau ada plan nak bawa keluarga atau sahabat-sahabat mahupun kenalan yang datang dari jauh untuk bertandang makan steamboat kat sini.

Nombor Telefon Steamboat Meletop

Untuk mudah dapat meja sebelum datang (kot-kot la penuh kan), bolehlah call untuk tempah dulu sebelum datang.

Meletop Steamboat: 013-7448634

Harga Steamboat Meletop

Kalau rasa nak makan murah sket, boleh plan datang pada setiap hari bekerja (Isnin – Khamis)

Dewasa: RM 22. 90 seorang

Kanak-kanak (6-12 tahun): RM9.90 seorang

Warga Emas (60 – 79 tahun) : RM15.90 seorang

OKU (dengan kad, 18 tahun ke atas) : RM15.90 seorang

Makan & minum PERCUMA: untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah, warga emas 80 tahun ke atas & OKU 17 tahun ke bawah

Hari minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) serta cuti umum, harga up sket, mungkin la kot sebab nak bayar pekerja yang keje lebih masa & of course la sebab lagi lama pelanggan leh bersantai di situ hihihi… :mrgreen:

Dewasa: RM 27. 90 seorang

Kanak-kanak (6-12 tahun): RM11.90 seorang

Warga Emas (60 – 79 tahun) : RM19.90 seorang

OKU (dengan kad, 18 tahun ke atas) : RM19.90 seorang

Makan & minum PERCUMA: untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah, warga emas 80 tahun ke atas & OKU 17 tahun ke bawah

Bagi saya, memang berbaloi la harga diorang sebab makanan yang sedia dah dimasak (macam nasi beriyani, nsi goreng & lain2) pun sedap & pilihan yang banyak buat kita memang penuh perut..huhu.. jangan membazir ya  😉

Antara Menu Menarik Di Meletop Steamboat

Harap korang jangan terliur lebih-lebih ya.. Maaf.. hihi.. sekadar share semoga bisnes steamboat warga kita ni bertambah maju & terus berjaya, in Shaa Allah

(1) Pembuka Selera/ Dessert Yang Free Flow

steamboat skudai

Ais Krim

Tempat yang kami biasa pergi sebelum ni, air krim potong je yang dihidangkan. Itupun kadang-kadang ikut rezeki, adalah. Kalau dah habis, tak refil lagi.

Kat Meletop Steamboat ni memang heavenlah korang nak cedok ais krim Nestle tu. Ada 2 peti ais krim ni kat sana, dengan lebih 4 jenis ais krim.

ABC (Air Batu Campur)

Korang boleh pilih untuk sediakan sendiri ABC yang korang suka ikut citarasa korang. Ada mesin pengisar ais berhampiran. Boleh pilih nak letak cendol ke dan lain-lain penambah dalam ABC termasuk sos coklat juga  😉

(2) Aneka Pilihan Makanan Laut/ Barbeku & Mi Kering

steamboat skudai

Memang rambang mata nak kaut apa.

Banyak pilihan juga bagi yang suka daging barbeku sebab ada lebih dari 2 jenis perapan untuk kambing/ daging lembu / ayam.

Bagi yang suka celur mi, banyak betul pilihan.

Anyway, ada juga disediakan ikan bakar yang telah siap dibakar oleh pihak restoran.

(3) Aneka Pilihan Makanan Ready To Eat

steamboat skudai

Kalau lambat nak tunggu steamboat & grill  masak, bolehlah alas perut dulu dengan aneka:

  • nasi beriyani (kambing/ daging/ ayam)
  • nasi goreng
  • mihun goreng

(4) Aneka Pilihan Sayur & Frozen Dumplings

steamboat skudai

Memang puas hati dengan variety yang ada. Asal clear tray, diorang akan tambah lagi.

Malam kitorang gi tu, memang penuhlah meja dengan pilihan makanan untuk anak-anak & dewasa.

steamboat skudai

Banyak kan makanan?

Bolehlah plan datang lagi bila-bila masa akan datang dengan team yang lagi ramai..hihi.

Semoga info Steamboat Skudai di Meletop Steambot ini memenuhi pencarian anda  😀

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Steamboat Skudai Yang Best: Steamboat MELETOP Banyak Pilihan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge