Stress Bahaya Untuk Jantung | 5 Cara Untuk Urus Stress Tanpa Ubat-ubatan

Stress ada pada sesiapa saja. Samada kita seorang yang sibuk bekerja mahupun kita langsung tiada pekerjaan.

Ada duit boleh mengundang stress. Tak ada duit lagi lah bertambah stress. Betul? Kesimpulannya, stress dan manusia itu benda biasa. Cuma, tak semua orang pandai urus stress secara sihat. Sebab tu, ada antara kita yang stress teruk sehingga membawa kepada anxiety disorder & depression. So guys, entry ini adalah bertujuan untuk membantu menyebarkan kesedaran kepada lebih ramai orang untuk berupaya urus stress dengan betul dan selamat.

Kenapa Stress Bahaya Untuk Jantung?

Basically apabila stress, badan kita akan merembeskan lebih hormon kortisol.

Hormon kortisol yang berlebihan ini seterusnya akan pergi ke jantung, memaksa darah dipam lebih laju dan meningkatkan tekanan darah.

Stress juga secara tak langsung boleh meningkatkan paras IL-6 ( interleukin-6) sejenis protein dalam sistem imun yang bersangkut paut dalam banyak masalah penyakit yang lain seperti diabetes, arthritis, cancer, osteoporosis, Alzheimer disease & penyakit kardiovaskular.

5 Cara Urus Stress Tanpa Ubat-Ubatan

Kalau masih di tahap awal, belum serius, boleh cuba tips ini ya. Sekiranya dah amat membimbangkan, rujukan para doktor adalah yang terbaik.

(1) Aktif Bersenam

Rajin-rajinkan untuk bersenam secara teratur. Buat sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Bersenam secara fizikal membantu mengalihkan stress dari membelenggu fikiran kita.

Boleh pilih untuk berjalan-jalan atau berjogging.

(2) Cukup Tidur

Apabila kita letih bersenam, kita akan mudah untuk dapat tidur yang merehatkan.

Cukup tidur membantu merehatkan saraf kita juga. Cuba untuk tidur seawal jam 10 malam & bangun seawal jam 5 pagi untuk mendapat impak tidur yang merehatkan.

(3) Buat Hobi Yang Digemari

Alihkan keresahan & stress kita kepada hobi yang kita gemari.

Jika suka menonton wayang / drama, pilihlah topik yang ringan & boleh membuat kita tidak perlu berfikir banyak. Contohnya genre komedi atau pun sesuatu jenis kartun yang ringan & mudah buat kita ketawa.

(4) Makan Makanan Berkhasiat

Makanan yang sihat sangat membantu memberi energy kepada otak & tubuh kita.

Elakkan makanan proses, makanan ringan & makanan segera buat sementara waktu. Banyakkan makanan yang mengisi sel saraf otak kita seperti protein & yang kaya dengan asid lemak Omega 3.

(5) Ambil Vitamin Yang Sesuai

Vitamin memang sangat membantu secara terus.

Vitamin yang penting & sangat membantu dalam menguruskan stress adalah:

  • Vitamin B Complex
  • Polifenol
  • Asid lemak Omega 3
  • Protein
  • Vitamin C
  • Kalsium & Vitamin D
  • Zinc

Semoga tips & cara urus stress tanpa ubat ini membantu semua yang memerlukan.

Jika berminat untuk mencuba set vitamin khusus untuk stress, boleh hubungi saya di 019-7646021

atau klik terus di bawah untuk whatsapp saya.

pengedar Shaklee Skudai



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge