suplemen untuk gout

Suplemen Untuk Gout: Di Sebalik Kisah Ayah Dengan Omega Guard

“Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Kasih Ayah Sepanjang Masa”

Ni ayah saya. Beliau sekarang dah berumur 69 tahun pada tahun 2016 ni, in shaa Allah.

Ayah dulu mantan polis hutan (Battalion 4 PPH).

Semenjak pencen, ayah memang tak pernah boleh duduk diam. Ada je aktiviti berkebun & bercucuk tanam yang ayah lakukan.

Satu hari tu sekitar awal tahun 2015, ayah diserang sakit lutut kerana gout yang dialaminya. Maklumlah, bila banyak seafood je yg menjadi makanan kegemaran, tak dapat tidak, boleh memudaratkan diri. Lagi pula bila dah berumur, banyak makanan sedap-sedap yg harus elak dimakan

Ayah memang ada mengambil ubat-ubat hospital tapi tak semuanya membantu jadi lebih baik & ada ubat yang mendatangkan kesan sampingan padanya

Kerana kasihkan ayah, saya bertekad usahakan vitamin semulajadi, suplemen untuk gout buat ayah

Suplemen Untuk Gout: Vitamin Semulajadi Shaklee

Hasil dari pembacaan yang rapi buku medical (British Medical Association: Complete Family Health Guide), buku nutrisi umum (Nutrition for Life) & natural remedies (Prescription for Nutritional Healing) serta perbincangan dalam group support, saya ikhtiarkan #omegaguard ni untuk ayah.

Dalam buku-buku tersebut banyak memberi cadangan, bahawa asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan sangat membantu mengurangkan masalah keradangan secara semulajadi pada pesakit gout (a type of athritis)

Sebenarnya ada banyak lagi suplemen untuk gout bergantung pada tahap kronik & juga bajet.

Selaian Omega Guard, suplemen lain yang membantu untuk tingkatkan kesihatan pesakit gout adalah:

  • Vivix (highly recommended)

suplemen untuk gout

  • Performance Drink
  • Alfalfa Complex

suplemen untuk gout

  • Advanced Joint Health Tablet

Testimoni Suplemen Untuk Gout: Ayah Serasi Dengan Omega Guard

Alhamdulillah dari pengambilan botol pertama lagi, sakit lutut ayah bertambah baik.

Ayah dah kembali boleh berkebun; membawa kereta manualnya; & mengikuti trip-trip pelancongan ke destinasi yg jauh termasuk ke Cameron Highland & Singapura juga.

Ni gambar ayah sekitar 2015 – Mac 2016

suplemen untuk gout

Yang terkini, sekitar Aidil Adha 2016 (September 2016)

suplemen untuk gout
Ayah masih mampu drive kedua-dua kereta manual ayah. Ni kereta Nissan Sunny tahun 1984, kereta ayah ke kebun durian & buah-buahan tempatan yg lain
suplemen untuk gout
Dangau tempat kami sekeluarga berehat di kebun

 

Apalah sangat harga sebotol vitamin yang berkualiti jika dibandingkan dengan pengorbanan seorang ayah?

Beliau adalah ayah yang sanggup bertarung nyawa, bekerja dengan jujur & penuh amanah, menjaga keamanan negara demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga.

Sudah tentu tiada nilai yang dapat menggantikan pengorbanan ayah.

P/s: kalau korang pun masih ada mak ayah, berilah yang terbaik untuk kesihatan mereka selagi mereka masih berkesempatan merasa hadiah dari kita, anak-anaknya

 

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge