teknik mendidik anak

Teknik Mendidik Anak | Review Buku Nota Parenting Ohsem

Alkisahnya, baru-baru ini, saya ke kedai buku dengan niat untuk belikan sesuatu buat salah seorang sahabat RatuG7 – geng seperjuangan dalam bisnes Shaklee yang kami masing-masing usahakan.

Saya jumpa buku ini.

teknik mendidik anak

Nota Parenting Ohsem: Catatan Teknik-Teknik Mendidik Anak hasil karya Dr Taufiq Razif, graduan perubatan yang sangat tersohor penulisannya yang viral tentang bidang pendidikan anak-anak & ilmu keibubapaan. Menarik sangat tips & teknik mendidik anak yang dikongsikan beliau.

5 Tips & Teknik Mendidik Anak Bijak IQ & EQ

Ada beberapa tips yang dapat saya buat sedikit kesimpulan dari keseluruhan isi buku ini. Nak tulis semua taklah! Baik lagi korang semua beli bukunya & baca sendiri  🙂

(1) Emosi

Dalam mendidik anak-anak, penting untuk kita sebagai ibu bapa, mengawal emosi kita dahulu sebelum kita kawal emosi anak-anak. Walaupun nak betulkan anak yang sedang buat salah (tutur kata / perbuatan), kita seharusnya tegur & didik mereka bukan ketika kita sedang marah.

(2) Perhatian

Ya, anak-anak kita semua masih memerlukan perhatian kita. Anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang & perhatian, dikaji otaknya menjadi lebih kecil berbanding otak anak yang normal.

Bagaimana jika ada lebih dari seorang anak?

Kita kena bijak beri perhatian yang sewajarnya pada anak yang lebih sulong walaupun yang lebih merengek tu adik-adiknya. Kenapa?

Sebab anak yang lebih sulong dah mula faham erti kecil hati, kecewa & cemburu. Mereka dah ada ego yang jika tak dijaga dengan baik, dalaman boleh rosak.

(3) Gajet

Semua pun peka kan pasal pengaruh gajet ni pada kehidupan anak-anak? Dalam buku ni ada diberikan seawal umur berapa kita boleh & tak boleh dedahkan gajet ni pada anak-anak beserta dengan durasi penggunaan gajet dalam sehari.

Semuanya boleh memberi kesan pada otak & minda separa sedar mereka.

(4) Do & Donts

teknik mendidik anak

Banyak jugaklah tips dalam buku ni.

Dalam semua 41 bab & 99 tips, hampir keseluruhannya, mendidik kita untuk check balik adakah kita betul-betul menunjukkan role model yang terbaik buat anak-anak kita.

  • elak menengking anak
  • elak mengeluh di depan anak-anak
  • merendahkan suara ketika menegur anak-anak
  • tidak memanjakan anak-anak dengan selalu menurut kemahuan mereka
  • cara menggunakan bahasa & ayat yang lebih tepat untuk mendidik anak-anak
  • cara meningkatkan EQ anak-anak

hm.. banyak sangat tips tau.

(5) Pemakanan

Ya, pemakanan sangat mempengaruhi kesihatan minda & fizikal anak-anak kita. Seperti yang kita sedia maklum, makanan segera & proses antara yang paling boleh menjejaskan kesihatan. Begitu juga dengan minuman berperisa & minuman berkarbonat.

Sebaiknya, kita utamakan real & natural food dalam pemakanan harian di samping menitikberatkan zat vitamin yang kita serapkan pada anak-anak.

Kalau nak vitamin untuk kanak-kanak boleh contact saya.

Review Buku Nota Parenting Ohsem

Saya juga sangat tertarik nak buat review buku Nota Parenting Ohsem ni.

Harganya sangat berpatutan, sangat OK dengan isi kandungan setebal 220 muka surat yang berwarna-warni. Yang buat semua pasti suka & tertarik adalah banyak tips & nota dalam bentuk point form. Ringkas tapi padat serta dalam bahasa yang sangat mudah untuk difahami.

So, sebagai ibu, yang memang sentiasa berusaha untuk menjadi parents yang terbaik buat anak-anak saya, saya memang sangat sarankan, kita semua terutama yang telah bergelar ibu & ayah untuk memiliki buku ini.

Kat mana nak beli?

Haaa, jangan call/ wasap saya tanya nak beli buku ni plak ya..hihihi.. Saya tak jual buku. Saya jual Shaklee jer. Nak beli buku ni, boleh terus ke MPH/ cari kat website MPH /kedai buku berhampiran.

Ok, sekian perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge