cookies raya

Tepung Cookies Raya Premix-Mudah Sangat Nak Buat Cookies Yang Sedap Di Rumah

Hari ni saja nak share aktiviti mem’baking’ saya bila datang mood nak makan cookies yang dibakar sendiri.

Memang beza bila buat sendiri sebab feeling makan biskut panas-panas dengan aroma yang menusuk.. pergh! Ala-ala macam lalu kat kedai cookies Famous Amos tu la…terliur weh..  :mrgreen:

Kebetulan tepung premix untuk buat cookies raya ni ada dijual di kedai kek berhampiran kediaman kami di Skudai ni. Sebenarnya diorang dah lama jual tepung premix ni sejak 5 tahun yang lalu, hihi.. Nampak sangat sebelum ni tak rajin survey cari.. (Almaklumlah selama ni asyik nk cuba resepi kat tenet jer…)

cookies raya

Bahan-bahan Yang Kita Perlukan Untuk Buat Cookies Raya Yang Nyam-nyam ni:

  • Tepung premix choco cip almond (dah siap tepung, serbuk koko, gula, coklat cip & badam cincang)
  • 1 biji mentega 250 gm (saya guna Buttercup jer)
  • 1 biji kuning telur (saya guna gred B jer)
cookies raya
jika ada yang berminat nak beli tepung premix ni, boleh roger 019-7646021 ya!

 

Cara-cara Membuat Cookies Raya Yang Mudah

  • Pukul mentega sehingga gebu
  • Tambahkan kuning telur dalam adunan mentega
  • Masukkan cincangan badam dari tepung premix, kemudian tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Coklat cip dimasukkan akhir sekali serta digaul rata.

cookies raya

  • Buat adunan yang siap digaul rata kepada bebola saiz duit syiling 20 sen & tekan di dulang pembakar dengan menggunakan garfu. Kalau suka saiz lain, boleh juga. Terpulang pada citarasa masing-masing  😀
  • Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 – 190 darjah celcius selama 10 – 15 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.

cookies raya

Macam saiz yang saya buat ni, 1 peket tepung premix dapat menghasilkan lebih 120 keping cookies yang comel (ala-ala saiz Chipsmore yang peket kecik tu). Senang & very handy untuk anak-anak repeat makan.

cookies raya

Bukan anak-anak je, mak anak pun dah sibuk clearkan balang sikit-sikit tiap malam… Blom raya lagi nih.. huhu… 😆 Nampak sangat kena repeat buat lagi sebungkus.. Baru leh bawak balik kampung untuk mak & ibu mertua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge