tips bekerja dari rumah

5 Tips Bekerja Dari Rumah Yang Efektif & Produktif Walau Dikelilingi Anak-Anak

Hari ni dah masuk hari kedua setiap rakyat Malaysia kena patuh untuk stay at home saja kecuali mereka yang tak dapat elak dari kena keluar rumah atas urusan kerja penting yang kena buat di pejabat/ lokasi kerja masing-masing.

Begitu juga dengan suami saya.

Beliau dah start kerja dari rumah beberapa hari lagi sebelum cuti sekolah bermula. Ada kes suspect covid-19 berlaku di kalangan pekerja di tempat kerjanya. Alhamdulillah result negatif.

Ada kawan-kawan mengadu, sukar nak buat kerja bila berada di rumah ni. So, artikel ni diharapkan dapat membantu semua yang sedang sesuaikan diri untuk work from home.

tips bekerja dari rumah

5 Tips Bekerja Dari Rumah Yang Berkesan Tanpa Gangguan

Suasana bekerja di pejabat dan suasana bekerja di rumah, sesungguhnya memang berbeza.

5 tahun dulu, saya sendiri terkapai-kapai nak sesuaikan diri. Yelah, selama di pejabat, anak-anak kita semua kita hantar duduk di taska/ rumah pengasuh.

Bila dah decide untuk stay at home, buat kerja dari rumah, dengan anak-anak lagi kena tengok, huru hara jugaklah masa tu. So, saya harap perkongsian ini, membantu korang yang struggle.

(1) Buat Jadual Rutin

Jadual ni penting.

Bila kita kerja kat rumah, kita sendiri kena tetapkan blok-blok masa untuk kita buat. Kalau duduk rumah, biasanya mak-mak nih paling tak boleh tengok rumah bersepah. Betul?

Belum lagi tengok pakaian yang tak berlipat/ yang nak kena sidai. So, jadual rutin & blok masa ni berguna untuk kita adjust bila tempoh masa untuk kita siapkan satu-satu perkara.

Contoh:

  • 2 jam untuk menghadap laptop
  • 1 jam untuk berada di dapur siapkan makanan
  • 1 jam untuk siapkan anak-anak mandi, makan & minum
  • 1.5 jam untuk bersama anak-anak main & ulangkaji pelajaran
  • 1/2 jam untuk berehat

Terpulang pada masing-masing nak tentukan blok masa yang mudah untuk buat tapi efektif untuk siapkan kerja.

(2) Sediakan Ruang SOHO

tips bekerja dari rumah

Walaupun boleh je nak buat kerja sambil baring atas katil/ sofa, percayalah, duduk bekerja atas meja yang sempurna adalah yang terbaik untuk kita fokus.

Sediakan satu ruang SOHO (small office home office) kita sendiri. Pilih ruang yang ada kemudahan lampu & port untuk plug in laptop/ komputer yang nak kita guna.

Paling simple, letak 1 meja banquet, letaklah laptop & segala perkakas kerja kita.

Kalau ada meja apa-apa, gunakanlah sebaiknya. Duduk tegak di meja adalah yang terbaik untuk fokus siapkan tugasan kita di laptop.

(3) Latih Anak-Anak

Selalulah berpesan pada anak-anak untuk beri laluan & masa buat ibu ayah yang perlu bekerja di rumah pada masa ini.

Sediakan ruang juga untuk mereka bermain sepanjang ibu & ayah kena fokus bekerja.

Biasanya saya sendiri ada bagi tugas pada si abang & si kakak. Nak main ke, nak melukis ke, nak baca buku ke, boleh buat kat suatu ruang yang lain.

Latih anak-anak jika nak lintas ruangan ibu & ayah bekerja, kena senyap-senyap.

(4) Off Gajet Yang Tak Perlu

Biasanya kalau sedang fokus menulis atau apa-apa kerja yang kena hadap laptop, saya lebih selesa off wifi/ data internet di telefon.

Saya off juga televisyen.

Let say anak-anak nak tengok TV, ruang kerja saya tu mestilah bukan di kawasan yang ada televisyen ni.

(5) Hadapi Gangguan Dengan Tenang

Yang ada anak kecil biasanya lebih berganda cabaran. Pun saya dah lalui ketika Lutfi masih bayi, sekitar 2016-2018 dulu.

Biasanya memang sebelah tangan memangku anak sambil susukan dia. Bagi ibu-ibu yang masih breastfeeding, boleh sambil kerja sambil buat susu perahan, gilir-gilirlah sambil direct feeding.

Ibu-ibu kena sentiasa bertenang, walau pada hakikatnya kita ni selalu diuji untuk jadi harimau/ singa/ Hulk & macam-macam lagi lah makhluk yang sedang marah tu.

Paling simple, saya sendiri amalkan B Complex untuk bantu tubuh dalam mood yang selesa, tidak mudah stress & sentiasa happy je. Tak mudah sentap & naik angin bila tiba-tiba anak-anak mula buat perangai nak mintak perhatian.

Semoga 5 tips ini membantu untuk anda juga 🙂

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
Youtube Channel: Zaleha Awaluddin
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge