tips berjaya buat bisnes shaklee untuk suri rumah

Tips Berjaya Buat Bisnes Shaklee Untuk Suri Rumah

Ramai juga suri rumah yang buat bisnes sekarang ni. Samada secara part time / full time, Alhamdulillah suri rumah yang berdikari, berusaha menambah wang poket dalam seisi rumah, semoga Allah saja yang yang Membalas setiap keringat.

Saya pun suri rumah. Saya buat bisnes Shaklee.

tips berjaya buat bisnes shaklee untuk suri rumah

Saya faham bagaimana rasanya tiada duit sampingan melainkan belas ihsan suami beri nafkah zahir. Saya sendiri sebelum jadi suri rumah, adalah seorang yang mempunyai kareer idaman. Saya seorang jurutera.

Tips Berjaya Buat Bisnes Shaklee Khusus Untuk Suri Rumah

Saya ada kongsi 3 tips berjaya buat bisnes untuk suri rumah di FB live saya baru-baru ni. Jemput tonton bagi yang lagi suka tengok video.

3 Tips Berjaya Buat Bisnes Shaklee Untuk Suri Rumah

(1) Lupakan Televisyen

Dulu saya pernah jadi suri rumah yang kawan baiknya adalah televisyen.

Setelah beberapa siri & peristiwa, saya sedar televisyen (TV) mampu mendatangkan perkara yang sia-sia & gangguan jika kita sendiri tidak mahir mengawal emosi.

Orang yang berjaya dalam hidup terutamanya bisnes, adalah mereka yang lebih memperuntukkan masanya untuk membaca buku & input yang berilmiah berbanding TV.

(2) Disiplin Pada Blok Masa

Orang yang mahir menjaga masa & berdisiplin pada jadual hariannya adalah orang yang mudah berjaya dalam apa jua kerja & tugas.

Saya sendiri ada rutin menyupir anak sekolah setiap hari, rutin ke kelas silat setiap minggu & rutin suri rumah (memasak, mencuci pakaian & mengemas rumah), maka saya buat blok masa untuk saya atur bila masanya untuk saya fokus pada urusan bisnes Shaklee saya.

(3) Lakukan Dengan Berterusan

Kerja bertangguh tidak akan menjadi.

Maka, lakukanlah dengan konsisten, tanpa henti & tanpa tapi. Setiap usaha kita, dari sekecil-kecil zarah, semuanya Allah Pandang & Beri ganjaran.

Sekiranya puan-puan mempunyai pertanyaan lanjut tentang peluang untuk buat bisnes Shaklee ini, boleh hubungi saya di 019-7646021 atau terus whatsapp saya di link ini.

pengedar Shaklee Skudai

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge