Tips Berjaya Capai Impian :Lawan 6 Bisikan Syaitan Antara Punca Kegagalan

Alhamdulillah di pagi Jumaat yang mulia ini, tersentak sekejap apabila baca perkongsian Master Lyna Noh di #iReachclassroom group whatsapp kami.

Antaranya adalah, kita ini bukanlah dilahirkan untuk menjadi insan yang lemah & hina jika dibandingkan sifat kita sebagai manusia berbanding haiwan & makhluk lain.

Peristiwa iblis diArahkan sujud pada Nabi Adam a.s adalah bukti Allah Ciptakan kita sebagai makhluk yang terbaik & khalifah kepada sekelian makhluk.

Ramai orang tidak berjaya capai impian antaranya adalah kerana tewas dengan bisikan syaitan.

Tips Berjaya Capai Impian: Lawan 6 Bisikan Syaitan

(1) Melemahkan Jiwa Untuk Melangkah

(2) Membuat Kita Teralih Fokus

(3) Membataskan Kemampuan Diri

(4) Merendahkan Diri Sendiri

(5) Membuatkan Kita Tak Bersyukur

(6) Menangguh-nangguhkan Masa

Tips Berjaya Capai Impian : Jom Tulis & Jawab Ini

Dalam satu kertas @ pada nota di phone, jom tulis ini.

“Wahai (tulis nama korang)…. apa yang kau lakukan sepanjang hidupmu di dunia hingga Aku boleh masukkan kau ke dalam syurga-KU?”

dan tulis jawapan2 tu, buat lah list sebanyak mana pun.

Marilah kita cepat tersedar dari lamunan yang panjang. Masyarakat kita sangat takut dengan kejayaan kan.

Bukan kita je sebenarnya, masalah global. ingatlah… syurga tu mahal. dugaan nak mendapatkannya pun luar biasa. & paling asas ialah kita kena kenal siapa Pencipa kita.

Apabila kita kenal Pencipta, kita kenal lah diri kita.

Tak kenal Pencipta, tak kenal diri.. sampai bila-bila kita ingat kita tak layak berjaya.

Hayya Alal Falah!

15 kali kita diseru untuk menuju kejayaaan setiap hari melalui azan solat kan?

Ayuh kita menuju kejayaan!

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.