tips berjaya dalam bisnes

Tips Berjaya Dalam Bisnes: Komunikasi Berkesan Antara Asas Kejayaan

Seringkali kita dengar banyaknya orang yang berniaga mudah sekali menemui jalan kegagalan apabila perniagaan yang dijalankan kerap mengalami kerugian.

Nota kali ini adalah berkaitan tentang tips berjaya dalam bisnes seperti yang dikongsikan oleh Master Zura Betty dalam Shaklee National Conference yang telah diadakan pada 6&7 Jun 2015 baru-baru ini.

Master Zura Betty atau nama penuh beliau Master Norhalimatul Nazurah ini merupakan antara usahawan bisnes Shaklee yang berjaya di bawah jaringan kumpulan besar Jutawan (kelolaan Master Cery @ Master Sharizah)

Formula DIA dalam Komunikasi Yang Berkesan

Dalam hujah Master Zura Betty, terdapat 3 perkara utama yang menjadi asas kepada komunikasi yang berkesan.

(1) D : Diri ( Komunikasi dengan diri sendiri)

  • Tidak dapat dinafikan kita sebenarnya lebih banyak berkomunikasi @ bermonolog dengan dengan diri sendiri berbanding bercakap dengan orang lain
  • Bercakaplah pada diri sendiri dengan perkataan @ dorongan yang positif sahaja
  • Kita sebenarnya boleh & mampu untuk lakukan yang terbaik apabila kita berfikir & bercakap dalam diri kita yang kita boleh lakukannya.
  • ‘Tiada apa yang mustahil, yang ada hanyalah belum pernah dilakukan”

(2) I : Insan (Komunikasi dengan insan sekeliling)

  • Dalam bisnes Shaklee, komunikasi insan bererti komunikasi di dalam kumpulan yakni komunikasi dengan upline & juga downline serta komunikasi dengan pelanggan.
  • Dalam bisnes Shaklee juga, jurang jarak antara upline & downline bukanlah penghalang seseorang itu untuk berjaya dalam perniagaan ini selagi mana komunikasi sesama mereka tidak terputus.
  • Sentiasa perbaiki hubungan sesama upline & juga downline. Luahkan jika ada sebarang permasalahan @ perasaan yang tidak selesa di antara kedua-duanya.
  • Sebagai pemimpin di dalam bisnes MLM seperti Shaklee, menjadi pendengar yang baik adalah suatu kelebihan kerana ia membantu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di dalam organisasinya.

Menurut Master Zura, beliau (di Johor) & upline beliau, Master Nur Laila (di Sarawak) tidak pernah bersua muka malah tidak juga pernah berbicara di telefon sehinggalah beliau berjaya mencapai rank Master Coordinator dalam tempoh kurang 3 tahun beliau menjalankan bisnes Shaklee ini!

Terbukti bukan, antara tips berjaya dalam bisnes adalah wujudnya komunikasi yang berkesan di dalam organisasi perniagaan tersebut.

(3) A : Allah (Komunikasi dengan Allah @ Pencipta)

  • Berdoalah kepada Sang Maha Pencipta kerana dengan izin Dia lah kita semua dapat melakukan sesuatu.
  • Berdoa adalah cara kita berkomunikasi dengan Allah @ Pencipta kita.
  • Berdoa bererti kita memohon belas ihsan daripadaNya untuk Dia Memakbulkan apa yang kita minta; bukan kita meminta Dia Mengikut apa yang kita inginkan.
  • Allah akan Bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Maka, berhati-hatilah dengan apa yang kita rasa,  sebut @ lakukan kerana tiap perbuatan ini juga adalah suatu doa.
  • The Power Of Doa: Berdoalah untuk perkara-perkara yang baik sahaja.

Untuk menonton video penuh Komunikasi Berkesan Antara Tips Berjaya Dalam Bisnes oleh Master Zura Betty, sila klik video di bawah ini.

Master Zura Betty National Conference Shaklee 2015 from iReach HD on Vimeo.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa saja yang ingin berjaya dalam apa jua bisnes yang diceburi.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge