Tips Berjaya Dalam Perniagaan Dari Kelas Master Cery

tips berjaya dalam perniagaan
Master Sharizah @ Master Cery [www.mamafaiz.com]
Alhamdulillah.. lengkaplah sudah pertemuan secara terus dengan mentor hebat saya yang ini. Kali ni saya berkesempatan untuk menambah tips berjaya dalam perniagaan secara terus dari kelas Master Sharizah yang terletak di Faizworld Training Centre, Bangi.

lokasi Faizworld Training Centre

saya & “moyang saya” – Master Cery

 

Sebelum ni saya dah hadir ke kelas Master Norita yang merupakan upline kepada Master Sharizah

tips berjaya dalam perniagaan
saya & “onyang saya”- Master Norita

Master Sharizah atau lebih mesra dengan panggilan Master Cery adalah upline kepada Master Nurazlina Noh (Master Lyna Noh) yang merupakan upline kepada upline saya, Puan Farha Maskuriy.

saya & “nenek saya” – Master Lyna Noh

Master Lyna Noh juga adalah Certified Life Trainer. Banyak tips & perkongsian motivasi dalam hidup yang saya gali dari mentor saya yang ini. Antaranya adalah tips bagaimana untuk melawan rasa takut untuk bertindak maju ke hadapan seperti dalam video ini:

Ini adalah” Omak” saya @ direct upline saya, Puan Farha Maskuriy, Shah Alam. Beliau femes dengan aktiviti ber’baking’. Boleh layari blog femes beliau ibucergas.com ini.

saya & “omak saya” – Master To Be Puan Farha Maskuriy

Apa persamaan kami semua?

Kami wanita cantik tanpa make up! :mrgreen:  (maaflah kalau termuntah.. ehehehe)

Bisnes Shaklee Suatu Jaringan Ukhuwah

Diringkaskan susur galur saya dalam bisnes Shaklee adalah begini:

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sebab mendapat bimbingan dalam bisnes ini walau antara kami (saya & semua upline saya) asalnya tidak pernah kenal antara satu sama lain.

Saya pernah terangkan dulu memang bisnes Shaklee juga adalah berbentuk MLM (Multi-level marketing) tapi ia adalah MLM yang adil di mana tiada istilah upline goyang kaki dapat kaut hasil dari downline yang bersusah payah bekerja keras kat entri ini.

“Man Jadda Wajada”

Siapa yang berusaha dia yang dapat hasilnya.

Bukan sistem piramid atau siapa daftar dulu dia dapat lebih.

Berbanding sistem piramid, bisnes Shaklee adalah bisnes yang saling membantu antara satu sama lain di dalam organisasinya.

ProVide Network adalah subset kepada semua group besar yang menaunginya. Maka saya beruntung sebab saya layak untuk menuntut ilmu dari semua 4 mentor teratas dari saya ni.

Pesanan Master Cery & Tips Berjaya Dalam Perniagaan

Berbalik kepada kelas yang saya hadiri pada 9 Mac 2015 yang lalu, Master Cery ni tegas orangnya. Menurut beliau kena ada target yang telah ditetapkan/ set siap-siap berapa nak untuk cycle 2015/ 2016 ni.

Tetapkan Target

Bayangkan (Feel It!)

Kerja Untuknya (Work For It!)

3 ringkasan tagline & tips berjaya dalam perniagaan ini saya olah sendiri berdasarkan kuliah-kuliah dari mentor-mentor Shaklee saya yang lain juga.

Contoh paling mudah apabila nak jual Energizing Soy Protein (ESP).

Tetapkan target untuk jual 100 canister sebulan.

Kemudian bayangkan memang dapat jual 100 canister tu.

Akhir sekali berusahalah untuk mencapai target ini dengan:

  • study produk tersebut sehingga mahir tentangnya (khasiat, apa beza produk tersebut jika nak dibandingkan dengan produk lain di pasaran, testimoni pengguna).
  • perbanyakkan perkongsian (softselling) daripada menjual (hardselling). Master Cery pesan kena update status FB sekurang-kurang 6 x sehari (pelbagai status termasuk berkaitan dengan Shaklee), update blog 2-3 x sehari, blogwalking paling kurang 20 x sehari.
  • amalan menjemput rezeki yang konsisten dengan sekurang-kurangnya Dhuha setiap hari. Lagi baik sekurang-kurangnya Dhuha & Tahajud. Paling baik lagi sekurang-kurang Dhuha, Tahajud & amalan bersedekah. Saya tulis sekurang-kurangnya sebab memang lagi banyak amalan kerohanian yang dilakukan adalah lagi baik.
  • solat fardhu di awal waktu supaya kita sentiasa mempunyai masa yang lapang untuk diisi dengan semua urusan yang kita perlu selesaikan setiap hari.
  • membaca Al Quran setiap hari. Ni juga antara tips untuk sesiapa yang selalu menghadapi masalah terlalu sibuk untuk uruskan hal-hal yang penting setiap hari.

Sebenarnya target ini mudah dicapai melalui amalan Master Checklist yang konsisten.

Jika anda memang menjalankan bisnes Shaklee di bawah susur galur Master Cery, anda pasti tahu apa itu Master Checklist ni, kan?

So, jom sama-sama konsisten buat untuk berjaya dalam perniagaan 🙂

” Dan dirikanlah oleh kamu akan solat & tunaikanlah zakat; dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala sesuatu yang kamu kerjakan”

[Surah Al Baqarah, ayat 110]

2 thoughts on “Tips Berjaya Dalam Perniagaan Dari Kelas Master Cery”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge