tips bersahur sihat

Tips Bersahur Sihat Supaya Kekal Bertenaga & Produktif Sepanjang Hari

Assalamu’alaikum salam Ramadhan ke 14 untuk semua muslim yang sedang berpuasa  🙂

Macam mana sahur pagi tadi? Ke ada yang tak sempat @ tak terbangun sahur pagi tadi? Harap-harapnya semua bersahur lah ya kerana banyak kelebihan yang kita dapat dengan bersahur ni.

Mungkin ada antara kita yang asyik mudahnya terasa letih sepanjang hari kerana cara bersahur yang kurang sesuai.

Sini saya nak share beberapa tips bersahur yang mungkin dapat membantu ramai berpuasa dengan lebih bertenaga setiap hari.

7 Tips Bersahur Sihat Yang Wajar Diamalkan

Tips Bersahur Sihat 1: Ambil 3 Biji Kurma Sebelum Makan

Seperti yang kita tahu kurma @ tamar ini mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat pada sebiji kurma adalah:

  • Mengandungi zat galian & vitamin seperti kalsium, zat besi, kalium (potassium), vitamin A, B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), C & E yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
  • Sukrosa & gula ringkas glukosa sangat membantu dalam memberi tenaga segera & maksimum terutama ketika perut dalam keadaan kosong
  • Mengandungi serat yang tinggi. Seperti makanan berserat lain (buah-buahan & sayur) kurma sangat digalakkan untuk diambil terlebih dahulu sebelum makanan yang lain bagi memudahkan sistem penghadaman & pencernaan.

Tips Bersahur Sihat 2: Banyakkan Minum Air Kosong

Air kosong adalah medium yang penting dalam sistem pengangkutan dalam tubuh badan kita. Apabila tubuh kurang air, kebiasaannya otak & tubuh mudah berasa letih.

  • 1 liter air kosong diperlukan untuk setiap 25 kg berat badan seseorang. Jadi, sekiranya berat anda adalah 50 kg, anda disarankan untuk minum 2 liter air kosong setiap hari.
  • Untuk bulan puasa, pastikan dapat minum cukup air sebaik sahaja selepas berbuka hingga berakhirnya waktu sahur.
ini adalah rujukan secara umum untuk minum 8 gelas air kosong sehari sepanjang berpuasa sehari.

 

  • Utk 2 liter air sehari, 1 gelas (200 ml) selepas azan Maghrib, 1 gelas (200 ml) selepas solat Maghrib, 1 gelas (300 ml) selepas makan, 1 gelas (200 ml) selepas solat Isya’  , 1 gelas (300 ml) selepas solat Terawikh, 1 gelas (100 ml) sebelum tidur, 1 gelas (100 ml) sebaik saja bangun sahur, 1 gelas (500 ml) selepas sahur.

Jadi boleh anggarkanlah berapa banyak nak minum sebaik saja bangun tidur untuk bersahur tu. Untuk mudah minum, kita digalakkan minum air kosong menggunakan water tumbler yang bersenggat untuk mudah kita disiplin minum air.

Tips Bersahur Sihat 3: Elakkan Minuman Berkafein

  • Tempoh bersahur agak pendek. Maka elakkan terus untuk minum kopi atau teh (malah minuman coklat juga) pada ketika ini.
  • Minuman berkafein hanya akan membuatkan kita berasa lebih dahaga kerana kaffein dapat meningkatkan kadar pengeluaran air lebih cepat dari tubuh kita melalui air kencing (dehidrasi)

Tips Bersahur Sihat 4: Elakkan Minuman Manis

  • Minuman manis seperti kordial berperisa tidak membantu banyak dalam melancarkan sistem pengangkutan di dalam tubuh. Ia hanya akan membebankan buah pinggang kita & meningkatkan paras gula dalam darah.
  • Apabila kita dah minum air berperisa ketika sahur, sudah tentu kita sukar nak minum air kosong yang secukupnya sebab portion untuk air dah diambil oleh air manis tadi.

Jadi, selain membantu untuk kurang rasa dahaga & membantu mengurangkan kerja buah pinggang, elak minuman manis boleh menjimatkan wang juga  😉

Tips Bersahur Sihat 5: Ambil Minuman Isotonik Yang Sihat

  • Ramai yang berkesedaran, mengambil air isotonik dapat mengekalkan air dalam tubuh lebih lama berbanding air kosong.
  • Namun berhati-hati dengan produk isotonik berkarbonat. Kandungan gula di dalamnya hanya akan mengundang kerosakan gigi &  peningkatan berat badan yang tidak sihat  😥

Sekiranya anda ingin mengambil minuman isotonik yang sihat, boleh bertukar kepada 100 Plus Edge atau Performance Drink.

Tips Bersahur Sihat 6: Sediakan Makanan Yang Tinggi Protein & Rendah Indeks Glisemik

Makanan yang tinggi protein ada pada telur, ikan, daging merah & ayam. Sebaik-baiknya pilihlah untuk lebih makan ikan. Jika ingin memilih daging atau ayam, pilihlah untuk membuang kulit & lemaknya sewaktu memasak.

Apa pula indeks glisemik ni?

Indeks glisemik merujuk pada kadar pelepasan gula dari makanan (karbohidrat) ke salur darah dalam tubuh badan kita.

  • Makanan dengan indeks glisemik yang tinggi akan melepaskan gula dengan lebih cepat. Gula yang tidak digunakan sebagai tenaga (berlebihan sebab x dapat serap semua kerana sangat cepat dilepaskan) akan disimpan di dalam tubuh badan sebagai lemak.
  • Dengan erti kata lain, ambillah makanan yang rendah indeks glisemik supaya gula dari makanan itu dapat dimanfaatkan secara perlahan-lahan & digunakan lebih lama dalam tubuh kita.
  • Jika ingin mengambil nasi, pilihlah nasi yang dimasak dari beras perang berbanding beras putih. Jika mengambil roti, pilihlah untuk mengambil roti serat berbanding roti putih

Sekiranya anda orang yang seringkali sukar bersahur makanan berat, pilihlah Energizing Soy Protein untuk sahur yang ringkas. Ia kaya dengan protein serta rendah indeks glisemik (39).

Tips Bersahur Sihat 7: Ambil Banyak Sayur & Buah Ketika Bersahur

Serat dari buah & sayur penting untuk membantu sistem penghadaman kita.

Jika anda orang yang sukar mengambil sayur & buah serentak (sebab x lalu makan nasi di awal pagi @ lain-lain), anda boleh menyediakan jus buah & sayur.

Antara resepi jus buah & sayur yang enak adalah:

  • Epal hijau + Daun saderi (celery)
  • Epal merah + Lobak merah
  • Oren + daun saderi (celery)

Semoga perkongsian tips bersahur sihat ini dapat meningkatkan daya produktiviti kita dalam urusan kerja mahupun ibadah utama sepanjang kita berpuasa.

Rujukan:

  1. Kenali 15 Superfoods dalam Al Quran (Normadiah Daud), Perintis Books Sdn Bhd, 2014
  2. Nutrition For Life (Lisa Hark & Dr Darwin Deen), Dorling Kindersley, 2005
  3. Detoksifikasi Tubuh & Manfaat Puasa ( Ramli Hamid), SAM Synergy Media, Sdn Bhd, 

2 thoughts on “Tips Bersahur Sihat Supaya Kekal Bertenaga & Produktif Sepanjang Hari”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge