tips bulan puasa

Tips Bulan Puasa: Apakah 5 Persediaan Kita Dalam Menghadapi Ramadhan?

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…

Bulan yang penuh dengan rahmat & keberkatan dari Allah ini kembali lagi. Syukur Alhamdulillah kita berpeluang lagi untuk bersemuka dengannya.

Apabila semakin berakhirnya bulan Syaban, apakah persiapan yang telah kita sediakan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ini?

Di sini saya kongsikan sedikit tips bulan puasa sebagai panduan kita bersama.

5 Persediaan Menghadapi Bulan Puasa

Tips Bulan Puasa 1: Stok Buah Kurma

  • Memastikan stok buah kurma yang mencukupi untuk seisi keluarga.
  • Buah kurma bagus dalam memberikan tenaga segera kerana kandungan Potassium yang ada padanya.
  • Kita disunatkan untuk berbuka puasa dengan buah kurma sekurang-kurangnya 3 biji.

Mengimbau kisah Maryam a.s ketika beliau baru saja melahirkan Nabi Isa a.s, Allah telah Memerintahkan Maryam menggoncang pohon tamar & makan buah kurma yang jatuh daripadanya bagi mengatasi keletihan beliau selepas melahirkan anak.

 

Tips Bulan Puasa 2: Jadual Aktiviti Beribadat

  • Mengatur jadual harian supaya tidak terlepas dari diisi dengan aktiviti bertadarus & mengerjakan solat-solat sunat seperti Terawikh, Witir & Tahajjud
  • Bulan puasa juga bulan di mana kita digalakkan untuk tidur sedikit dengan menghidupkan malam melalui solat-solat sunat. Alangkah ruginya kita jika tidak memanfaatkan peluang dalam melipatgandakan amalan kita untuk dihitung di Padang Mahsyar nanti.

Untuk mengelakkan kebocoran pahala @ kurangnya kualiti dalam ibadat kita, sama-samalah kita untuk sentiasa mengawal lidah, mata & juga jari kita daripada bercakap/ melihat/ menaip perkara yang sia-sia & dusta.

Tips Bulan Puasa 3: Selesaikan Awal Persiapan Aidilfitri

  • Menyiapkan hal-hal persiapan di Hari Raya Aidilfitri seawal yang mungkin supaya tidak mengganggu aktiviti ibadat sepanjang Ramadhan
  • Jika anda menempah baju raya untuk dijahit, buatlah tempahan lebih awal. Bayangkan kelewatan kita, menyebabkan tukang jahit kita lebih sibuk menguruskan kerja jahitan siang & malam berbanding fokus kepada ibadat-ibadat sunat yang lain.

Tips Bulan Puasa 4: Tidur Awal Bangun Awal

  • Melatih diri untuk tidur malam awal sekitar jam 10 malam supaya boleh bangun awal pagi sebelum azan Subuh berkumandang.

Tips Bulan Puasa 5: Vitamin Untuk Kecergasan Diri

  • Konsisten dengan pengambilan vitamin untuk berpuasa sebagai antara ikhtiar untuk kita seisi keluarga lebih cergas dalam mengerjakan rutin harian disamping konsisten mengerjakan ibadah sunat walaupun ketika sedang berpuasa

Antara vitamin yang dapat membantu kita lebih cergas sepanjang bulan Ramadhan ialah:

tips bulan puasa
Performance Drink & ESP antara best seller Set Bulan Puasa kerana ia mudah disediakan sebagai minuman berbuka/ sahur ringkas untuk seisi keluarga

 

tips bulan puasa
Vivix & Cinch Tea adalah pilihan mereka yang ingin cantik sebelum Hari Raya disamping ingin kekal cergas & berstamina tinggi dalam berdiet

Semoga perkongsian ini banyak membantu kita yang berpuasa meningkatkan kualiti ibadah kita pada kesempatan ini & semoga usaha kita diredhaiNya.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge