Tips Guna IC: Apabila Anda Tiada Kad Touch & Go Di Tol Pembayaran Elektronik

Berkuatkuasa pada 1 Jun 2015 yang lalu, semakin banyak laluan lebuhraya PLUS yang telah dinaiktaraf operasi pembayaran tolnya secara elektronik.

Ini bermakna tiada lagi lorong tunai & anda memerlukan kad Touch & Go untuk melaluinya.

Untuk mengetahui info yang selanjutnya, bolehlah merujuk di laman sesawang rasmi PLUS ini.

Seperti di Johor Bahru, laluan lebuhraya dengan pembayaran tol secara elektronik ni telah lama beroperasi di sepanjang Lebuhraya Kempas – Johor Bahru (selepas exit Tol Skudai)

 

tips guna IC

Kira-kira jam 1 pagi suatu Ramadhan baru-baru ini, ada rakan saya pernah melalui situasi kecemasan, apabila terpaksa melalui highway dengan pembayaran tol secara elektronik sedangkan beliau tiada kad Touch & Go pada ketika itu.

Alhamdulillah mujurlah juga beliau masih ada kad pengenalan (IC) & sejumlah wang bersama-samanya pada saat-saat kecemasan tu.

3 Tips Mudah Menggunakan Kad Pengenalan Untuk Melalui Tol Elektronik

(1) Pastikan Kad Pengenalan Terbaru Dengan Cip Berfungsi

Untuk ini, anda kenalah pastikan anda dah upgrade IC anda kepada IC yang mempunyai ciri-ciri sebegini.

Sekarang ni dah xde masalah lagi untuk buat IC baru dengan cepat.

Pergi saja ke UTC (Unit Transformasi Bandar) yang terdekat di tempat anda. Boleh rujuk di sini untuk ketahui lokasi UTC yang terdekat di seluruh Malaysia.

Dulu saya pernah tukar kad pengenalan baru kerana cip pada kad pengenalan lama saya telah berkarat. Ketika itu RM10 dikenakan untuk penukaran cip baru.

Jadi, silalah jaga kad pengenalan masing-masing dengan selamat ya  😉

(2) Ambil Lorong Tambah Nilai

Apabila PLUS telah menaiktaraf sistem pembayaran tol secara elektronik, secara automatiknya banyak lorong tol akan lebih dinaiktaraf kepada lorong tambah nilai.

Buat tambah nilai dengan jumlah minima RM10.

 

(3) Sentuh IC Anda di Kotak Pembayaran Secara Elektronik

Sentuh kad pengenalan anda di kotak Touch & Go ini.

Mudah kan?

Jadi, lepas ni tak payahlah nak rasa risau lagi @ panik sampai nak kena patah balik cari kad Touch & Go semata-mata nak meredah highway yang memang tak de lorong tunai macam ni..

😆

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa saja 🙂

p/s: artikel Tips Guna IC ini ditulis berdasarkan 100% pengalaman penulis sendiri yang pernah kecemasan tiada kad Touch & Go untuk melalui highway Kempas – Johor Bahru.

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge