tips hadapi kesibukan

Tips Hadapi Kesibukan Harian Supaya Terurus Tanpa Mengabaikan Keluarga

Ada kan suatu ketika dalam hidup kita, kesibukan yang melampau sampai rasa aduh.. macam mana nak agih masa untuk diri sendiri, keluarga, kerjaya & urusan lain-lain.

Saya sendiri juga pernah begitu. Ada 1 masa sampai nak kemas rumah pun xsempat. Malu betul jika tiba-tiba ada tetamu datang bertandang.

Kasihan pada anak-anak yang tengah nak membesar jika mak & ayahnya selalu sibuk tak sempat melayan mereka.

 

tips hadapi kesibukan

Kasihan juga pada anak-anak remaja yang sebaiknya menjadi rakan pendengar kepada mak ayahnya jika mereka berdua tiada masa untuk diluangkan bersama-sama.

Ikuti sedikit perkongsian tips hadapi kesibukan yang kadang-kadang kita sendiri tak teringat nak buat.

3 Tips Hadapi Kehidupan Yg Padat & Sibuk from iReach HD on Vimeo.

4 Tips Hadapi Kesibukan Harian

(1) Buat Senarai Kerja Mesti Buat

  • Senarai To Do List ni mesti dilakukan pada setiap malam sebelum hari yang kita rancangkan tu
  • Tampalkan senarai kerja ni di mana-mana tempat yang kita mudah nak tengok. Ada yang suka letak depan peti sejuk, ada juga yang suka tampal di cermin muka. Kt mana-mana saja @ mungkin anda ada whiteboard di rumah pun bagus.
  • Boleh juga add dalam list ruang masa untuk kita beraktiviti bersama-sama keluarga

(2) Lakukan! Mesti Buat Apa Yang Telah Diletak Dalam Senarai

  • Hanya lakukan perkara yang tersenarai
  • Jangan buat perkara yang tiada dalam senarai selagi urusan yang sepatutnya dilaksanakan belum selesai
  • Dah siap priority list, barulah boleh buat perkara-perkara yang lain

Kadang-kadang kita kurang perasan apabila banyak masa kita dihabiskan tanpa sengaja di ruang whatsapp/ facebook / instagram malah tak terkecuali juga pada siaran televisyen.

(3) Disiplinkan Diri Untuk Patuh Pada Jadual

  • Cari kawan yang dapat membantu mendorong kita untuk sentiasa patuh pada senarai & jadual kita sendiri
  • Sentiasa berkata-kata pada diri yang masa kita adalah sangat berharga & terlalu mahal untuk dibuang ke arah yang kurang penting

(4) Beli Masa Jika Rasa Tidak Cukup Masa

 

tips hadapi kesibukan

  • Sibuk tidak bermakna kita langsung tiada masa walhal setiap org sama saja memiliki 24 jam dalam sehari. Kita lah yang perlu tahu kat mana masa kita telah habis diluangkan.
  • Masa boleh dibeli melalui pembacaan Al Quran yang konsisten setiap hari
  • Jika kita rasa kita sangat sibuk, itu tandanya kita memang kena banyakkan lagi baca Al Quran

Semoga semua tips hadapi kesibukan yang dikongsikan dapat kita sama-sama amalkan.

 

2 thoughts on “Tips Hadapi Kesibukan Harian Supaya Terurus Tanpa Mengabaikan Keluarga”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge