Tips Jimat Wang :Bercucuk Tanam Yang Menguntungkan Walau Rumah Tanah Terhad

Menanam adalah aktiviti yang tidak asing dan tak terhad kepada masyarakat di desa sahaja.

Saya teringat lagi, dulu saya pernah menanam pokok di balkoni hostel yang bertempat di tingkat 2 untuk projek tahun akhir. Kalau apartmen pun boleh, apatah lagi lah di rumah teres kan?

Tips Jimat Wang :Jom Berkebun

Samada kita menanam pokok sekadar hobi atau pun untuk menampung keperluan dapur, ia adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila dapat melihat tanaman itu membesar dan mengeluarkan hasil.

Bonus sangat kalau tanaman yang kita usahakan tu dapat pula menjana pendapatan sampingan.

Jangan terkejut, ya.. tup-tup duit belanja dapur boleh jimat banyak sebab sayur dah tak perlu beli, pada masa sama boleh pula mendatangkan pendapatan sampingan dengan teknik pertanian moden dan sistematik.

Kaedah Bercucuk Tanam Secara Moden Yang Mudah

Antara teknik pertanian moden yang boleh diusahakan:

  • Tanaman secara hidroponik
  • fertigasi
  • menegak dan banyak lagi

Kalau nak bercucuk tanam sekadar hobi, bolehlah membelek-belek YouTube dan blog-blog pertanian.

Sebaliknya jika bersungguh-sungguh untuk belajar teknik yang betul, boleh ke web jabatan pertanian negeri-negeri, daftar dan mengikuti kursus yang ditawarkan.

Tips Jimat Wang :Tanam Secara Menegak Di Kawasan Terhad

Bagi kita yang mempunyai kawasan terhad, tanaman secara menegak amat sesuai.

Di negara maju terutamanya di negara empat musim, mereka banyak mengamalkan corak pertanian ini. Ia lebih dikenali sebagai vertical farming di sana.

Di sana mereka menanam di dalam bangunan dan menggunakan lampu sebagai ganti cahaya kepada tanaman.

Tanaman Secara Menegak – Hasil Tanaman Lebih Cepat Matang

Kaedah tanaman secara menegak ni, menjadikan tanaman 3 kali lebih cepat matang untuk dijual.

Biasanya matahari membekalkan cahaya sekitar 12jam sehari. Tanaman mendapat cahaya yang effektif sekitar 8jam sahaja.

Dengan menggunakan lampu, cahaya dibekalkan sepanjang hari. Oleh itu tidak hairanlah, tanaman menggunakan cara ini 3x lebih cepat membesar.

Cara ini juga dapat menjaga mutu tanaman dengan mudah.

Ini kerana tanaman tidak terdedah kepada cuaca sekeliling, maka ancaman terhadap tanaman juga dapat dikurangkan. Oleh kerana tanaman ditanam di dalam bangunan, serangan serangga perosak juga berkurangan. Penggunaan racun perosak juga boleh dielakkan.

Terdapat beberapa teknik tanaman menegak. Tray bertingkat, pigeon box, flow pipe dan beberapa lagi.

Jika anda berminat dengan tanaman menegak ini, saya sarankan konsep pigeon box.

Kalau sekadar hobi, tak perlulah untuk menggunakan lampu. Anda perlu memastikan tempat tanaman anda mendapat cahaya matahari. Jika berhajat untuk serius, perlu mencari lampu khas untuk tumbuhan dan perancangan yang teliti.

Sama ada kita tanam bunga, sayur atau herba, semuanya dapat memberi kepuasan bila ia memberi hasil yang kita inginkan.


Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge