kawal kolesterol

Tips Kawal Kolesterol Dalam Darah – Iktibar Kes Diserang Strok Tiba-tiba

Baru-baru ni, dikejutkan dengan berita dari rakan group Whatsapp. Rakan sekerja suami beliau dikejarkan ke hospital akibat serangan strok yang berlaku pada awal pagi di rumahnya.

kawal kolesterol

Beberapa hari selepas itu, pesakit ini koma. Hasil MRI mendapati banyak darah bergumpal dalam salur darah.

Boleh rujuk sini untuk arteriosclerosis 

Pesakit ini kemudiannya kembali ke Rahmatullah beberapa hari kemudiannya. Al Fatihah.

kawal kolesterol

Kes ini pastilah sesuatu yang menginsafkan kita yang masih hidup. Justeru saya tergerak untuk menulis lanjut tentang tips & petua untuk kita kawal kolesterol dalam darah selagi kita masih punya kesempatan.

kawal kolesterol

Beberapa Cara Untuk Kawal Kolesterol Termasuk Yang Diajar Guru Saya

Kami suami isteri berpeluang untuk bersembang santai dengan guru silat kami, Dr Syeikh Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi (pewaris mutlak Silat Cekak Pusaka Hanafi) beberapa hari selepas kejadian arwah kawan tadi.

Agak terkejut juga kerana arwah ini badannya bukanlah gemuk & tidak pula berperut boroi.

Cuma, tabiat pemakanan arwah katanya ada sedikit masalah. Arwah kurang prihatin untuk kawal kolesterol dalam darah & memang jenis gemar makan berat lewat malam. Wallahu alam.

(1) Petua Kawal Kolesterol Dengan Minyak Zaitun

Petua ini dikongsi guru kami tadi.

Caranya adalah dengan mengambil sesudu minyak zaitun setiap pagi atau beberapa hari dalam seminggu.

JIka ada mengambil daging kambing/ makan makanan yang tinggi kolesterol, ambillah minyak zaitun tadi sebaik sahaja selepas makan.

kawal kolesterol

Menurut pembacaan saya, minyak zaitun adalah minyak yang kaya dengan lemak mono-tidak tepu, antara minyak sayuran yang terbaik.

Minyak zaitun juga adalah antara 15 superfood yang diiktiraf oleh pakar nutrisi dunia. Antara sumber yang membantu meningkatkan paras kolesterol baik dalam darah (HDL)

(2) Kawal Kolesterol Dengan Minyak Ikan

Antara ikan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah:

  • ikan tuna (tongkol)
  • ikan salmon
  • ikan mackerel (tenggiri)
  • ikan trout

Minyak ikan yang tulen, disaring rapi dari sisa logam berat lautan dan kaya dengan kebaikan DHA & EPA boleh juga diambil terus dari Omega Guard ini.

(3) Kawal Kolesterol Dengan Polyphenol

Terdapat suatu kajian, diet yang tinggi dengan kandungan serta khasiat polyphenol membantu menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.

Bolehlah cuba. Tahukah kita polyphenol banyak terdapat dalam buah-buahan beri. Dan polyphenol dapat ditemui banyak dalam Vivix  😉

Selain membantu mengurangkan paras LDL darah, polyphenol yang terkandung dalam anggur muscadine (ramuan utama Vivix) juga antara yang berkesan mengurangkan kesan okdatif akibat pemakanan tinggi lemak.

kawal kolesterol

Semoga tips ini membantu kita semua berusaha menjaga kesihatan diri kita dari diserang stroke akibat masalah kolesterol yang tinggi.

Perlukan sebarang info & pertanyaan lanjut mengenai OmegaGuard & Vivix? Hubungi saya di 019-7646021 atau klik bawah ini untuk whatsapp saya

Rujukan:

  1. Family Health Modern Diseases: Cause, Symptoms And Prevention; Dr Bruce Miller DD, CNS; Oak Publication, 2016
  2. Nutrition For Life: The Definitive Guide to Eating Well for Good Health; Lisa Hark & Dr Darwin Deen; Dorling Kindersley, 2005
  3. http://healthresource.shaklee.com/omega-3-fish-oil-hdl-cholesterol-and-triglyceride-levels/
  4. 11 Reasons Why Polyphenols Are Good for You; https://www.healthline.com/nutrition/why-polyphenols-are-good
  5. Serum 25-hydroxyvitamin D is independently associated with high-density lipoprotein cholesterol and the metabolic syndrome in men and women; https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21291826
  6. healthresource.shaklee.com/a-resveratrol-and-polyphenol-preparation-suppresses-oxidative-and-inflammatory-stress-response-to-a-high-fat-high-carbohydrate-meal/
  7. A Resveratrol and Polyphenol Preparation Suppresses Oxidative and Inflammatory Stress Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal; https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3085195/



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge