Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Khas Buat Ibu Bersalin Normal & Pembedahan

Bersalin secara normal mahupun melalui pembedahan akan melalui fasa kesakitan yang amat sangat terutama pada bahagian luka yang dijahit.

Saya sendiri tiada pengalaman bersalin secara pembedahan,ketiga-tiga anak kami lahir secara normal. Namun, pengalaman perit yang saya tak dapat lupa sampai sekarang adalah saat luka perineum dijahit hidup-hidup tanpa bius.

Atas pengalaman lalu, saya nak kongsikan cara dan tips luka bersalin cepat sembuh yang saya amalkan sepanjang melahirkan ketiga-tiga anak kami.

Apa Saya Buat Untuk Luka Bersalin Cepat Sembuh?

(1) Makan Buah Oren


Ini yang saya mula-mula amalkan seawal berpantang bersalin Rafiuddin 8 tahun yang lalu. Saya ambil sekurang-kurang 3 biji buah oren sunkist sehari.

Selain membantu percepatkan kesembuhan luka bersalin, buah oren sangat membantu saya lawas buang air besar sepanjang berpantang setiap hari.

(2) Makan Ikan Haruan


Yang terbaik adalah kita makan ikan haruan yang dimasak segar tu. Bukan pati ikan haruan dalam botol ya.

Ketika berpantang, mak akan masakkan samada sup ikan haruan atau ikan haruan masak asam. Kalau di bandar mahal betul ikan haruan ni. Seekor boleh cecah RM20 ikut pada saiz.

(3) Ambil ESP


ESP ni Energizing Soy Protein produk berkualiti Shaklee. Saya mula ambil ESP ni sejak kelahiran Auni, anak kedua kami. Asal usul pengambilan ESP adalah untuk bantu penyusuan susu ibu, tapi Alhamdulillah ia turut bantu memperbaiki luka bersalin saya.

Baca lagi tentang manfaat ESP

(4) Ambil Vivix

Di antara ke semua tips di atas, saya paling suka amalkan tips ni. Vivix pun suplemen dari Shaklee. Ia adalah item Shaklee yang paling premium.

luka bersalin cepat sembuh
Selain mudah untuk diamalkan, Vivix ni sedap sangat.

Saya mula mencuba amalkan Vivix untuk luka bersalin cepat sembuh adalah selepas kelahiran anak kami yang ketiga, Lutfi.

Luka jahitan saya sembuh sekitar kurang dari 2 minggu selepas saya lahirkan Lutfi. Yang paling best apabila ngilu langsung tak dirasai seawal 30 hari selepas bersalin.

Selain luka cepat baik, masalah keputihan yang saya hadapi ketika sebelum hamilkan Lutfi juga hilang sama sekali.

Baca lagi tentang manfaat Vivix

Testimoni Lain Luka Bersalin Cepat Sembuh Dengan Vivix

Saya yakin bukan saya sorang je yang alami kesan ni. Berpandukan pengalaman pengguna lain lah, saya menabung untuk mencuba Vivix ke atas diri saya sendiri.

Testimoni 1:

Luka bersalin rasa tegang & tak selesa. Lepas ambil Vivix dah selesa nak duduk & dah tak takut membuang air besar.

luka bersalin cepat sembuh

Testimoni 2:

Menangis tiap kali nak duduk sebab luka jahitan yang menyakitkan. 3 hari selepas amalkan Vivix berturut-turut, sakit pada luka terus hilang.

Testimoni 3:

Luka bersalin czer cepat kering selepas pengambilan Vivix ketika berpantang hari ke 5.


Semoga perkongsian & tips ini membantu  ibu-ibu selepas bersalin yang sedang menderita sakit pada luka mereka 🙂



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit

ibu Uddin & Auni

-Live in a simple life -Biar kita yang menentukan kehidupan yang kita inginkan, bukan masalah yang menentukan bagaimana kita harus hidup

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.