seafood sedap di sabah

Tips Makan Seafood di Sabah | Tempat Makan Seafood Sedap di Sabah

Kami ke Sabah ala-ala backpack 1 family bersama adik bongsu & mak ayah saya. Sampai je airport Kota Kinabalu, lepas dapat kereta sewa, kami terus ke Kundasang dulu.

Dah settle Kundasang, baru kami balik semula ke Kota Kinabalu. Petang tu lepas settle kat Rumah Terbalik Tamparuli kami terus ke bandar Kota Kinabalu untuk check in di KK Sky Suite @ Sky Hotel.

Malam tu kami niat nak hunting makanan seafood sedap di Sabah ni kat kawasan nearby.

Hunting For Seafood Sedap di Sabah – Pasar Malam Todak

seafood sedap di sabah

Dari pembacaan, memang ada lah bloggers yang suggest makan kat Gerai Santai Haji Manja. Since masa kami jalan-jalan kat pasar Todak ni tengok semua seafood macam lebih kurang je, terberhentilah kat satu gerai ni.

Bukan gerai yang disebut bloggers la.

Ramah sungguh brader tu. Siap cakap semua segar-segar lagi & bagi diskaun untuk harga sekor lobster yang saya nak try.

Lepas dah pilih ikan 2 ekor, adik saya nak udang masak butterprawn, saya lak nak 1 lobster dimasak sama, tapi dihantarnya masak lain yang berkuah sket (still sedap, Alhamdulillah).

Malangnya udang butterprawn tu sangat sadis.

seafood sedap di Sabah

Saya cuba bau, udang tu dah berbau sangat & cuba rasa kat lidah. Ya Allah, busuknya..

Terus tak jadi teruskan. Mintak semua jangan ambik udang tu takut sakit perut. Sebab kami ada lagi 2 hari untuk spend risau sakit tengah jalan.

Tips Makan Seafood di Sabah

Bak kata mak, sepatutnya dah boleh tengok udang tu fresh ke tak dari fizikalnya.

(1) Pilih Seafood Fresh

Udang laut yang fresh, kepala nya tak tertanggal macam yang kami pilih tu (my bad sebab kurang kenal udang laut..huhu)

(2) Buat Perjanjian Dengan Peniaga

Pastu, let say memang kita tak reti nak judge, buat deal / perjanjian dengan peniaga tu. Kalau busuk rasa seafood nya, deal untuk tukar baru/ refund.

Seriously yang saya tak puas hati malam tu, kami dah request untuk tukar, tapi tetap dapat udang yang sama. Tak sure lah kalau diorang memang berdegil taknak masak yang baru ke apa. Yang pasti memang sama busuknya.

Masa nak kira bayar tu, saya bertegas taknak bayar udang butterprawn tu sebab memang kami tak lalu nak makan pun. Peniaga tu suruh kami bayar RM12 instead harga asal RM28 camtu.

Lepas dah ugut kata nak viralkan nama gerai dia, barulah peniaga tu akur untuk FOC je. Kami dah request yang baru kot. Siap request lagi dia makan udang tu depan kami, tapi tak pula dibuatnya.

(3) Makan Seafood Di Restoran Seafood

Yang terbaik pergi makan seafood kat restoran je bukan di pasar-pasar. Alhamdulillah memang dah study juga nak makan di Restoran Gayang Seafood.

Cuma plan dalam iti nak ke situ esoknya lepas ke Muzium Akua Marin Universiti Malaysia Sabah.

Nak tau apa yang best kat Gayang Seafood tu?

Of course seafood yang fresh & sedap, makanan & minumannya jauh lagi murah berbanding kami makan di pasar Todak sebelumnya.

Nasi putih RM1 compared to di pasar Todak RM2.50 sepinggan. Air buah (any jus buah) RM21 saja sejug di Gayang, tapi di Todak RM40 kami dipownya (jus tembikai).

So saranan saya, kalau setakat nak makan makanan biasa-biasa boleh lah kat Kota Kinabalu tu. Makan makanan yang goreng-goreng letak ayam/ daging is better dari ambil seafood (elak keracunan makanan).

Sebab ramai kenalan yang saya kenal balik dari Sabah asyik cerita sakit perut makan seafood kat sana. Mungkin terlampau makan banyak/ dapat seafood yang dah tak fresh.

So far legalah dapat balas dendam makan seafood sedap kat Restoran Gayang tu.

seafood sedap di sabah

Mak saya plak teringin rumpai laut yang letup-letup tu, dapatlah beli kat pasar Filipin lepas gembira dapat shopping mutiara. So semua orang puas hati dapat apa yang dihajatiĀ  šŸ™‚ Alhamdulillah.

Semoga tips ini membantuĀ  šŸ˜‰

Bacaan lanjut:

Part 1: Backpack Family Jalan Jalan Sabah

Part 2: Jalan Jalan Sabah – Desa Dairy farm

Review Homestay Mesilau Kundasang

 



Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

1 thought on “Tips Makan Seafood di Sabah | Tempat Makan Seafood Sedap di Sabah”

  1. Pingback: Review Restoran Gayang Seafood | Restoran Seafood Sedap di Sabah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge