Tips Murah Rezeki: Wajib Beri Sedekah. Betulke?

tips murah rezeki

Sedekah Itu Wajib

Betul ke memberi sedekah tu wajib?

Bukan sunat?

Ikuti tips murah rezekiĀ  & kupasannya mengapa kita wajib memberi sedekah jika ingin selalu dimurahkan rezeki.

Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? from iReach HD on Vimeo.

Rezeki Bukan Sekadar Wang

tips murah rezeki

Rezeki bukan hanya bermaksud wang. Tapi banyak lagi yang dimaksudkan dengan rezeki.

Antara yang dimaksudkan dengan rezeki:

  • Kesihatan
  • Anak-anak
  • Kebahagiaan
  • Jodoh yang baik
  • Masa yang lapang
  • Pekerjaan yang baik
  • Pencapaian yang baik dalam apa jua usaha yang dilakukan

5 Tips Murah Rezeki Supaya Mudah Mendapat Apa Saja Yang Dihajatkan

tips murah rezeki

Selain bersedekah, banyak lagi amalan menjemput rezeki yang sangat digalakkan untuk kita sentiasa & terus amalkan setiap hari.

Antaranya adalah:

  • Mengerjakan solat sunnat tahajjud 8 rakaat setiap hari.
  • Mengerjakan solat sunnat dhuha 8 rakaat setiap hari. Jika tidak mampu kerana kekangan masa cukup sekadar 2 rakaat yang konsisten setiap hari.

tips murah rezeki

  • Mengamalkan doa dhuha setiap hari (terutama setiap kali sepanjang waktu dhuha/ dalam sujud terakhir solat dhuha/ selepas solat sunat dhuha)
  • Membaca surah Al Waqiah setiap kali selepas solat sunat dhuha
  • Menyebut zikir ya-Wahab sekurang-kurang 1000 kali sehari

Banyak lagi amalan & tips murah rezeki yang sering dikongsikan oleh mentor-mentor hebat saya di alam perniagaan ini. Kunci utama untuk sentiasa dimurahkan rezeki adalah meminta dengan bersungguh-sungguh kepada Pencipta kita, yakni Allah SWT.

Ia umpama kita inginkan sesuatu perlulah diminta dengan jelas & ada usaha yang kuat untuk ke arahnya.

Apa yang penting adalah kita konsisten dengan amalan menjemput rezeki & buat dengan yakin serta bersungguh-sungguh.

Inshaa Allah segalanya dipermudah & dimakbulkan kerana Allah itu Maha Besar. Maha Menciptakan dari tiada kepada ada.

Seperti firman Allah SWT:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge