persediaan anak ke sekolah darjah 1

Tips & Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1: Jangan Cakap Saya Tak Payung

Assalamu’alaikum & salam sejahtera

Terfikir nak tulis info ni apabila diri sendiri yang tiba-tiba macam blank sekejap memikirkan apa lagi antara persediaan yang perlu disiapkan oleh mak ayah tatkala menjelang hari persekolahan pertama anaknya.

Oleh kerana dah lama tak pergi sekolah & bukan guru sekolah, jadi entri ini adalah antara yang mungkin memberi manfaat untuk sesiapa saja yang membacanya khususnya untuk para ibu bapa.

persediaan anak ke sekolah darjah 1

Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1 (1): Daftar Sekolah Anak

Pendaftaran untuk anak-anak yang ingin ditempatkan di sekolah kebangsaan adalah seawal 2 tahun sebelum anak-anak itu berumur 7 tahun.

Contohnya jika Rafiuddin berumur 7 tahun pada tahun 2016, maka, Rafiuddin perlu didaftarkan seawal pada tahun 2014 lagi.

Untuk persekolahan agama anak-anak pula, boleh didaftarkan 1 tahun sebelumnya.

persediaan anak ke sekolah darjah 1
stanby untuk reti ejaan jawi/ Arab nama penuh anak

 

persediaan anak ke sekolah darjah 1

Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1 (2): Peperiksaan Memasuki Darjah 1

Peperiksaan ini diadakan bertujuan untuk cikgu-cikgu sekolah membuat saringan awal bagi menentukan kelayakan anak-anak kita untuk berada di kelas yang mana.

Fuh.. mak ayah nya yang terlebih nervous ni tau. :mrgreen:

nervousnya sampai sanggup tanya apa hint @ persediaan yang dilakukan oleh parents lain…hihihu

Siap cari buku-buku yang mungkin menjadi hint kepada soalan-soalan yang bakal dihadapi oleh anak-anak ketika exam tersebut.

Hihihi… makna kata, mak ayah lah kena jadi cikgu pertama buat anak-anak ni. Memang sebaiknya begitulah…  🙂

In shaa Allah, persediaan yang baik dilakukan untuk kebaikan anak-anak itu juga.

Saya teringat ketika saya di tahun 1 (tahun 1991) saya ditempatkan di kelas biasa. Sama rata dengan yang lain. Seingat saya zaman itu takdelah exam bagai, cuma, diletakkan dalam kelas mengikut senarai daftar kemasukan (siapa daftar dulu)

Namun apabila di tahun 2, barulah berlaku sedikit saringan & begitu juga seterusnya.

Memang berbeza, suasana yang lebih mencabar (apabila berada di kalangan rakan-rakan yang hampir sama level kelayakan) ada kalanya membuatkan berlaku persaingan secara sihat dalam pelajaran.

Kalau dapat kelas yang ramai pelajar suka main-main, potensi anak-anak nak main-main dalam kelas tu agak tinggi… Pengaruh rakan sebaya sangat penting pada usia-usia mereka ingin membesar.

Jadi sebagai parents, pastilah kita nak sangat anak-anak kita berada di lingkungan rakan sebaya yang terbaik.

Mudah-mudahan anak-anak ini faham kenapalah mak ayah dia nak sangat diorang blajar sungguh-sungguh. 🙄

 

Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1 (3): Pakaian & Kelengkapan

Untuk mereka yang memang anaknya yang sulong macam kami ni, memang patut sangatlah survey dari sekarang. Apa item yang wajib & wajar dibeli baru.

Kelengkapan Anak Sekolah Darjah 1:

  • Uniform sekolah – sekurang-kurang 2 pasang
persediaan anak ke sekolah darjah 1
bolehlah kira & stanby bajet dari sekarang…

 

persediaan anak ke sekolah darjah 1
bolehlah kira & stanby bajet dari sekarang…

 

  • Beg sekolah – fikirkan yang beroda (ergonomik) untuk mengurangkan beban pada anak-anak yang menggalas. Selama kat tadika pun, macam kesian jelah tengok si Rafiuddin tu menggalas beg. Tadika jer pun berat juga begnya.  😆
  • Kasut sekolah – haha ni sepasang pun xpe, boleh ajar anak-anak untuk pandai jaga kasut & bersihkan.
persediaan anak ke sekolah darjah 1
cari kasut yang ringan pun bagus… kesian anak-anak pakai kasut berat-berat

 

  • Kapur kasut – ni applicable untuk yang wajib pakai kasut putih
terbayang pulak babak Upin & Ipin yang main-main ngan kapur kasut…adeh.. :p

 

  • Stoking – belilah beberapa pasang untuk hygiene

persediaan anak ke sekolah darjah 1

  • Alat tulis – 1 set pun dah cukup. Kalau beli banyak-banyak, jarang yang lekat.. mudah sangat hilangnye…hoho… kalau beli banyak (konon nak jimat) kena simpan diam-diam sebagai stok.  😉

persediaan anak ke sekolah darjah 1
cute nyer lah design pengasah pensel…

 

  • Botol air BPA free bertali – yang ni macam Rafiuddin dah ada sejak kat tadika lagi. Baru je beli yang bertali masa lawatan tadika dia ke KL beberapa bulan lepas, so, jimat. Boleh pangkah item ni.  :mrgreen:

  • Lunch box – selain vitamin untuk kanak-kanak, persediaan untuk bekalkan anak makanan berkhasiat juga bagus… ewah… sekarang ni kan dah banyak idea bento yang menarik & tertarik tu kan….hihi  :mrgreen:

 

Just untuk share, bagi mereka yang memang gemar buat window shopping, bolehlah mula survey dari sekarang.

Teringat dulu-dulu mak ayah belikan kami adik-beradik pakaian sekolah kami kat Osman Store Sungai Petani, antara kedai pakaian sekolah yang agak popular di sana. Under 1 roof, semua ada… harga pun memang berbaloi lah.

 

seluar sukan… stanby jer.. biasanya sekolah ada pakaian sukan mereka sendiri
semua harga yang ditunjukkan adalah belum less 15%

 

Macam kalau yang suka membeli belah di AEON Mall, bolehlah dapatkan diskaun & penjimatan dengan membeli pakaian sekolah pada hari Ahad sebab tiap Ahad sehingga hujung tahun ni, ada Super Sunday (dapat baucer RM10 untuk setiap pembelian RM100 di bahagian GMS sahaja)

Oh ya.. di saat kita mempunyai dana untuk persiapan anak-anak, jangan pernah lupa, pasti ada anak-anak yang mungkin tak merasa nikmat persiapan yang sebegini.

Jom Bantu #ProjekBegSekolah Untuk Anak-anak Yang Memerlukan

Yang Menulis:
SID Pro: Zaleha (ID: 962548)
Shaklee Products & Consultation
019-7646021
produkvitaminsemulajadi@gmail.com
FB: Produk Vitamin Semulajadi

2 thoughts on “Tips & Persediaan Anak Ke Sekolah Darjah 1: Jangan Cakap Saya Tak Payung”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge