tips suri bekerja dari rumah

Tips Suri Bekerja Dari Rumah Yang Berjaya: 8 Agenda Yang Wajib Buat

Zaman yang penuh kecanggihan teknologi kini tidak memustahilkan seseorang untuk berada di rumah sambil bekerja.

WAHM atau working at home mom adalah istilah yang tidak asing lagi. Ia merujuk pada golongan ibu-ibu yang bekerja dari rumah. Saya sendiri perlukan tips suri bekerja dari rumah ni kerana bekerja dari rumah juga banyak cabarannya.

8 Panduan Suri Bekerja Dari Rumah

(1) Restu Seorang Suami/ Keluarga

tips suri bekerja dari rumah

  • Penting sangat bagi seorang isteri mendapat restu suaminya untuk melakukan apa saja kerjaya.
  • Beritahu suami, fahamkan beliau, tugas yang perlu dilakukan selain kerja-kerja hakiki di rumah.
  • Sokongan suami/ keluarga dari segi moral & kewangan sangat membantu merealisasikan hasrat seorang suri yang bekerja dari rumah terutama apabila ingin memulakan sesuatu bisnes.

Antara tips suri bekerja dari rumah juga adalah perlunya untuk mempunyai talian internet yang baik. Teringat jugak dulu, sebelum ada wifi di rumah, saya & suami berbincang segala yang berkait dengan keperluan/ kepentingannya ada wifi ni. Alhamdulillah kami telah masuk tahun ke 4 sebagai pengguna tegar wifi Streamyx.

(2) Tetapkan Masa & Patuh Pada Masa

Penting sangat untuk jaga masa ni.

Seperti Firman Allah dalam surah Al-Asr [1-3],

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman & beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Macam mana nak jaga masa?

  • Buat jadual pengurusan masa
  • Latih diri untuk kita sendiri & ahli keluarga untuk sama-sama patuh pada jadual itu
  • Buat & amalkan jadual tadi setiap hari (alah bisa kan tegal biasa). Sehari dua mungkin sukar, lama-lama nanti pasti dah terbiasa, mudahlah jadinya, dengan izin Allah.
  • Hormati masa kita

(3) Buat Senarai To Do List & Not To Do List 

Kita dah biasa dengan To Do List kan? Kali ni praktikkan Not To Do List sekali.

  • Buat senarai kerja ini pada malam sebelumnya
  • Not To Do List membantu kita singkirkan aktiviti sampingan yang selama ni mungkin banyak buat kita tercuri masa ke arah yang melalaikan/ tak perlu.

tips suri bekerja dari rumah

  • Contoh Not To Do List: Tonton drama bersiri/ sinetron/korea. Secara jujurnya, jika dah mula tengok beberapa siri walau di pertengahan jalan pun, biasanya akan terleka nak tengok lagi 😐

tips suri bekerja dari rumah

  • Beri fokus/ tumpukan pada Item Mesti Buat (To Do List)

(4) Bangun Awal Setiap Pagi

Dalam bulan Ramadhan ni, mudahlah kan nak bangun awal terutama bagi semua umat Islam yang berpuasa.

Jadi, jika sebelum ni bangun jam 5 pagi ngam-ngam untuk bersahur, bolehlah amalkan bangun pagi setengah jam @ 1 jam lagi awal untuk aturkan semua aktiviti pada hari tersebut / buat ibadah sunat.

tips suri bekerja dari rumah

Macam mana nak bangun awal pagi?

Latihlah diri tidur lebih awal (10 @ 11 pm). Tidur malam yang cukup & merehatkan adalah memadai sekitar  4 – 6 jam.

Kalau sukar juga nak bangun awal pagi, boleh ikhtiar ambil OsteMatrix ini sebagai alarm semulajadi.  😉

(5) Bina Blok Tugasan

Dulu saya suka sangat buat 1 kerja tu lump sum 1 masa. Straight tanpa henti. Tahu x apa masalahnya?

Menurut mentor saya, blok tugasan (pecahan-pecahan dalam 1 tugas) ni bagus untuk mengurangkan rasa jemu/ letih melampau buat benda yang sama dalam tempoh yang panjang.

Contoh blok tugasan bagi seorang penulis blog (dalam masa 2 jam) tu macam ni:

  1. Cari idea & bahan ( 30 minit)
  2. Rehat (10 minit )
  3. Tulis entri ( 1 jam)
  4. Rehat (10 minit)
  5. Semak email (10 minit)

(6) Tetapkan Priority List

tips suri bekerja dari rumah

  • Sentiasa utamakan apa yang lebih patut diutamakan
  • Berani untuk menolak pada perkara yang remeh/ sampingan

Apabila semua priority list kita dah berjaya selesaikan & ada pula extra masa kt situ, lakukanlah apa-apa saja yang dirasakan ingin dilakukan. Mungkin sebagai reward kepada diri  😉

(7) Reflex Diri

  • Fikirkan @ simpulkan apa pengajaran yang dapat dikutip pada hari tersebut

Sebagai umat Islam, reflex diri ni boleh juga dilakukan setiap kali selepas selesai solat fardhu. Sambil kita beristighfar, sambil kita mohon & serah pada Allah untuk permudahkan urusan harian kita.

tips suri bekerja dari rumah

(8) Muhasabah Diri

Lakukan muhasabah diri ini setiap kali sebelum tidur.

  • Apa yang boleh kita perbaiki lagi untuk hari-hari yang seterusnya?
  • Sebagai umat Islam yang cemerlang, kita mesti sentiasa berusaha perbaiki diri ke arah yang lebih baik
  • Hari ini pasti lebih baik dari hari semalam & hari esok mesti lagi bagus dari hari ini, in shaa Allah.

Semoga tips suri bekerja dari rumah ini bermanfaat  untuk semua yang membaca 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge